Thursday, December 4, 2014

Resepi Popia Goreng Sira Gula

Assalamualaikum.

Kate org Tganu, of course suka makan manis-manis.
Nak makan pengat, tunggu balik kampung dulu, mak buatkan heh!
Tak dapat makan pengat, popia bergula pun jadik ler.

Masa selalu melepak kat umah kakak di JB dulu.
Kakak pernah buat popia sira gula.
Tapi dia versi rajin, siap gulung-gulung dulu baru goreng.

Tapi, ayu ni versi malas dan nak mudah ajer.
Asalkan rasanya sama, mana ada cara mudah, itulah ayu buat.

So, agak-agak korang nak makan kudap-kudap yang murah, ringkas tapi sedap giler.
Silalah cuba Popia Goreng Sira Gula.


BAHAN-BAHAN:
  • Kulit popia
  • Gula
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:
  • Gulung & potong kulit popia (kalau boleh ceraikan sehelai-sehelai utk lebih rangup)
  • Goreng dengan minyak yg banyak (api slow ajer)
  • Blender gula (macam gula donut)
  • Bila popia digoreng tadi masih suam-suam, terus gaulkan dengan gula supaya gula melekat kat popia.

NOTA: Tak perlu letak garam, sebab biasanya kulit popia dah rasa masin.


Kita tengok versi bergambar pulak. 

Ayu potong macam ni. Gigih 3 beranak ceraikan kulit popia satu per satu. Kalau korang rajin, gulung pun boleh. Tapi, eh malas la, renyah!


Gula dah siap blender halus dan mulus


Sedia untuk digaul agar sherashi bershama bak kata Ajai & Nurul suatu ketika dulu heheh.


Dah sherashi bershama. Tak sabar nak makan. Masa menggoreng pun dah ngap-ngaapppppp!
Rangup-masin-manis semua ado.


Buat banyak-banyak yer korang, mesti sekali hadap pun boleh abes sebekas. Anak-anak pun suka. Daripada dok makan jajan yang masin tu, baik makan popia sira ni. Taknak sira dengan gula pun tetap sedap sebab rangup dan masin-masin gitu.
Selamat mencuba!

3 comments:

Aty_Fared said...

oohh my peberet..!!

mama amir said...

ini mau tau2 habis je satu balang...hihi

Nur Inani said...

nak try buatlahh. :)