Thursday, December 25, 2014

SOHO| Daily Planner & Home Binder

Assalamualaikum.

Berbaki 6 hari saja lagi kita berada dalam tahun 2014. Jika dipanjangkan usia, kita akan menyambut tahun baru 2015 pada hari Khamis depan. Dah ready nak tutup 'diary' 2014? Dah sedia dengan Plan 2014 yang katanya ekonomi jatuh merudum?



Entry ini khusus untuk Cabaran Bulan November & Disember di blog Susun Atur Sioca iaitu Home Binder. Dah nak tamat masa sertai cabaran ini, baru saya terhegeh-hegeh nak buat entry. Kebetulan pula semalam suami bawak balik Kalendar Meja dan Planner 2015 daripada TNB. Terus bersemangat nak share dan join peraduan. Semoga ada rezeki memang Home Binder dari Fizah hehehe.




Buat yang baru saja menjenguk blog ini. Saya adalah WAHM. Saya menjalankan bisnes online menjual produk-produk syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd., menjadi Ahli Akademi Bekerja di Rumah dan menjadi Penulis Blog sebuah workshop Lori dan Trailer yang terletak di Shah Alam. 


InsyaAllah, ada projek terbaru saya dan pemilik workshop tersebut untuk tahun 2015 yang berkaitan khidmat perundingan dan motivasi. Ia masih lagi dalam proses awal, InsyaAllah akan dilancarkan sepenuhnya pada bulan Jun 2015. Semoga urusan saya dan sahabat saya dipermudahkanNya. Amin.


Jadi, sebagai WAHM dan ibu kepada 2 anak, macam-macam benda yang saya kena fikir dan buat. To-Do-List adalah perkara yang wajib ada. Follow atau tidak, itu lain cerita hehehe. Lagi pun, sejak zaman belajar dan bekerja, saya memang akan buat To-Do-List. Sebab itulah saya memang 'gilakan' organizer, planner dan buku-buku nota (buku tulis dania pun selalu daku rembat heehhe)





Contoh saya buat target bulanan untuk bisnes kat buku.


Bila buat bisnes, target mesti ada. Tercapai atau tak, jangan fikir dulu :)



Home Binder 2014 by Fizah Susun Atur Sioca
Dalam banyak-banyak organizer/diary/buku yang saya guna untuk tahun 2014, Home Binder ni paling WIN!

Masa ni beli version softcopy, so print saja. Cantik kan?
tahun 2015 punya lagi lawa fizah buat.


Memang praktikal!

Kat Home Binder ni pun tulis Monthly Sales Target. 

Senang nak tengok berbanding yang tulis kat buku. Mudah dibawa jugak. Sumbat ajer dalam beg labtop kalau balik kampung. Takyah usung buku yang tebal tuh.


Susun Atur Home Binder/Organizer/Planner/Buku:

Semuanya saya sumbat ajer dalam bakul putih atas workstation. Senang nak amik bila nak guna. Saya tak reti buat kerja dalam keadaan bersepah atau banyak barang atas meja. Letak dalam bakul lebih kemas.


Walaupun Planner TNB dah ada, tapi mana cukup hehehe. Tetaplah nak beli Organizer yang lebih besar. Sedap sikit menulis. Maklum ler, tulisan tangan i besor-besor, tak reti tulis kecik. 

Oh yer, saya oldskool tau... lebih suka guna Planner version hardcopy compared to softcopy. Planner or memo kat HP pun tak guna sangat. Kalau masa perlu mencatat tu dok luar rumah, baru guna as reminder. Last2 guna yang version hardcopy jugak. Lagi ada feel bila tulis tangan. Nak conteng-conteng pun senang.


Ok bye!

1 comment:

Fizah said...

feeling dia tak sama iya dok kak? menulis tetap WIN!! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...