Monday, December 1, 2014

SOHO| Idea SOHO yang Menawan Kalbu

Assalamualaikum. 

Welcome December! Bulan terakhir dah untuk tahun 2014. Cepatnya masa berlalu. Makin hujung tahun makin malas nak buat apa-apa tau! 

Dah, kita terus jamu mata dengan SOHO yang ayu amik dari Google Image. Jomlah kita berangan secara berjemaah untuk miliki SOHO cantik macam ni. 



Rumah besar sesuai la buat design SOHO macam ni. Boleh la buat kerja sesamer suami dan anak-anak. 

Cantiknya! Rasa nak duduk buat kerja pun sayang takut kotor hahha!


Ini ala-ala bersambung dengan dapur terus. Memang sah dengan dokumen sekali bau bawang macam MAH.


Ini rasanya bersekali dengan ruang keluarga. Confirm kat ruang berdepan sofa tu ada TV. Amboi, bukan main tinggi lagi rak-rak tu. Kena panjat la kalu nak amik/letak documents.


Konsep ala-ala perobot main letak ajer, tapi tetap nampak lawa sebab perabotnya lawa dan ada pokok-pokok.


Ini paling saya berkenan! Ruang terhad digunakan sepenuhnya. Kemas dan simple. Banyak duit, semua boleh dapat. So, kita beranganlah dulu.


Sekian. Nanti saya share lagi idea dekorasi berkaitan SOHO. Jumpa lagi!

2 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

semua cantekkkkkkkkkkk mau hari2 checkin opisssss

✿ Atin ✿ said...

Kalo dapat sebjik mcm ni pun bes... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...