Posts

Showing posts from January, 2015

Bila Anak Request Nak Bela Kucing

Image
Nizam, Dania & Hariz memang suka kucing. Pantang jumpa kucing... suka sangat belai-belai pegang-pegang. Kalau ayu, tengok jer la... hehehe.

Gigih Dania dok pujuk mama nak bela kucing. Tapi... mama buat derk ajer.

Bukan tak suka kucing. Tapi kitorang kerap balik kampung atau merayap sana sini. Takkan la nak angkut sana-sini kucing tu.

Nak tinggal, kesian pulak. Walaupun tak gemar bela kucing, kalau dah bela... ada rasa sayang. Pernah merasa perasaan camner kucing hilang atau mati. Walaupun tak belai-belai kucing tu. Dah ayu yang bagi makan, bersihkan bekas makan minum dia. Mana la tak teringat kan. Rasa jugak kasih tu hehe.

Ni sejak beberapa hari ni dania gigih lagi dok merayu-rayu.
Bagi la bela kucing, baru dania tak pergi carik kucing kat luar nak main.

Mama dia bukan aper, bela kucing ni berbau rumah. Walaupun tak bela dalam rumah, sekali sekala jer bagi masuk. Tetap la berbau...makanan dia... tempat tidur dia.
Lagi haru, daku sayang karpet dan sofaku hehehe. Ermmmm... tengok l…

SALAM MAULIDUR RASUL| 30 Fadhilat & Kelebihan Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Image
Assalamualaikum. 
Selawat dan Salam buat Rasulullah SAW. Bukan saja pada hari-hari tertentu, malah sama-samalah kita jadikan amalan yang menjadi getaran dibibir yang menyentuh dihati. 
Sungguh mudah nak alunkan selawat... tetapi ganjaran dan kelebihan tidak terhitung nilainya untuk dunia dan akhirat. Kalau belum mulakan, jom kita mulakan. Jadikan amalan harian di samping zikir-zikir lain. 
Saya dulu pun malas jugak hehhe. Better late than never kan. Bila dah biasa, seronok pulak. Hati pun rasa lebih tenang dan bergetar rindu pada Rasulullah. Semoga kita semua dapat bersama Rasulullah di Jannah. Kita semua mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak. Amin.

Hari ni, saya nak kongsikan 30 Fadhilat dan Kelebihan Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW (sumber: KLIK SINI)

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat seba…

Catatan Pertama 2015| Resolution, Wishlist & New 'Job'

Image
Assalamualaikum.
Selamat Tahun Baru 2015! Bersemangat memulakan entry pertama kat blog untuk tahun 2015. Jamu mata dulu dengan keindahan ciptaan Allah ini:

Setiap kali sambut tahun baru, mesti nak sebut pasal Resolution dan Wishlist kan. Cliche sangat!  Tapi, yang cliche tu la yang kita nak buat kan? 

Ayu pun sama jugak.
Tapi baru hari ni tulis kat Diary.
Gigih menulis... sementara mood tahun baru membara lagi.


Tahun ni, as overall... paling utama nak fokus pendidikan anak-anak.
Dania dah nak masuk darjah 3, Hariz pulak 4 tahun.
Plan nak hantar Hariz masuk tadika. Tapi Nizam tak kasik lagi.
Kecik lagi katanya. Haduih! selalu berbeza pendapat bab anak dengan dia.


So, untuk Hariz... ayu nak kene bebetul homeschooling dia.
Selama ni ikutkan tak ajar apa pun hahahha.
Tadi dah beli online teaching material untuk Hariz.
Kalau tak pandai jugak, maksudnya mama dia yang malas ajar heh!


Dania pulak... kena utamakan kesihatan dia.
Sebab manjang MC sebab kerap demam tonsil.
Budak tu dah tak meny…