Wednesday, January 21, 2015

Bila Anak Request Nak Bela Kucing

Nizam, Dania & Hariz memang suka kucing.
Pantang jumpa kucing... suka sangat belai-belai pegang-pegang.
Kalau ayu, tengok jer la... hehehe.


Gigih Dania dok pujuk mama nak bela kucing.
Tapi... mama buat derk ajer.


Bukan tak suka kucing.
Tapi kitorang kerap balik kampung atau merayap sana sini.
Takkan la nak angkut sana-sini kucing tu.


Nak tinggal, kesian pulak.
Walaupun tak gemar bela kucing, kalau dah bela... ada rasa sayang.
Pernah merasa perasaan camner kucing hilang atau mati.
Walaupun tak belai-belai kucing tu.
Dah ayu yang bagi makan, bersihkan bekas makan minum dia.
Mana la tak teringat kan. Rasa jugak kasih tu hehe.

Penghujung Disember 2013... singgah Petronas area Senawang. Jumpa kucing kat situ... sempat lagi main sampai kucing tu nak ikut naik keter!

Ni sejak beberapa hari ni dania gigih lagi dok merayu-rayu.
Bagi la bela kucing, baru dania tak pergi carik kucing kat luar nak main.


Mama dia bukan aper, bela kucing ni berbau rumah.
Walaupun tak bela dalam rumah, sekali sekala jer bagi masuk.
Tetap la berbau...makanan dia... tempat tidur dia.

Lagi haru, daku sayang karpet dan sofaku hehehe.
Ermmmm... tengok la macam mana.
Bila fikir, bela kucing ni senang nak dapat pahala kan.


Tengoklah dulu macam mana. 
Kalau nizam kasik... sebab dia suka kucing.
Tapi dia pun fikir bab nak tinggal-tinggal tu renyah.
Nizam ni beria kalau bela kucing,
Siap beli sangkar untuk bela kat rumah dan bawak jalan lagi.
Sudahnya...membazir.


Ok, cerita kucing pun jadik ler hehhhe. 

No comments: