Thursday, January 1, 2015

Catatan Pertama 2015| Resolution, Wishlist & New 'Job'

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2015!
Bersemangat memulakan entry pertama kat blog untuk tahun 2015.
Jamu mata dulu dengan keindahan ciptaan Allah ini:


Setiap kali sambut tahun baru, mesti nak sebut pasal Resolution dan Wishlist kan.
Cliche sangat! 
Tapi, yang cliche tu la yang kita nak buat kan? 


Ayu pun sama jugak.
Tapi baru hari ni tulis kat Diary.
Gigih menulis... sementara mood tahun baru membara lagi.


Tahun ni, as overall... paling utama nak fokus pendidikan anak-anak.
Dania dah nak masuk darjah 3, Hariz pulak 4 tahun.
Plan nak hantar Hariz masuk tadika. Tapi Nizam tak kasik lagi.
Kecik lagi katanya. Haduih! selalu berbeza pendapat bab anak dengan dia.


So, untuk Hariz... ayu nak kene bebetul homeschooling dia.
Selama ni ikutkan tak ajar apa pun hahahha.
Tadi dah beli online teaching material untuk Hariz.
Kalau tak pandai jugak, maksudnya mama dia yang malas ajar heh!


Dania pulak... kena utamakan kesihatan dia.
Sebab manjang MC sebab kerap demam tonsil.
Budak tu dah tak menyabar nak sekolah. Rindu kengkawan la tuh!


Wishlist pulak...
Lebih kepada nak mendeko rumah ajer hahaha.
Mana yang tak dapat lagi tahun lepas, kena dapatkan tahun ni.
Dah visualise dah dapat semua tu. Berangan tak perlu bayar!
Suami dan diri sendiri yang kena bayar heh!


Pasal Bisnes dan Career pulak.
Alhamdulillah... masih setia bersama Akademi Bekerja di Rumah.
Masih diberi peluang jadi Penulis Blog Workshop.
Masih menjual produk-produk Hai-O (fokus di Instgram).


Alhamdulillah juga.
Dapat lagi satu 'job' dari rumah yang baru.
Ini memang rezeki yang Ayu tak jangka sama sekali.
Allah bagi kemudahan disebalik setiap kesulitan.

Juga, InsyaAllah Ayu akan jadi Editor tak bertauliah kepada rakan yang nak terbitkan buku.
(Alhamdulillah, nampak hikmah kenapa aku pandai BM berbanding Matematik Tambahan heh!)


Semoga Allah permudahkan. Please pray for me.
Apa ayu buat, bukan sebab tamak.
Tapi untuk carik sesuap nasik... sobb sobbb sobbb.
(sesuaplah sangat kan... kenyang ke? hehehe).
Ok la, kerja dari rumah kan... dapat sikit2 pun Alhamdulillah.


Last but not least...
Ayu juga doakan agar rakan-rakan semua dimurahkan rezeki;
Diberikan kesihatan yang baik dan berjaya mencapai impian anda.


Lupakan kesulitan 2014... 
Jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran. 
Teruslah berjuang, kerana rezeki Allah ni luas. 
Bukan semata $$$$ sahaja, tapi lebih dari itu. 


Yang penting, kita bersyukur. Sedikit pun syukur... 
Banyak lagiiii laaa bersyukurrrrrr.
Gitew!


Jumpa lagi.

4 comments:

cik hani said...

kak ayu..
semoga tahun 2015 lebih bermakna untuk kak ayu sekeluarga..
Salam 2015

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

aminnn..semoga tahun 2015 ni lebih bersinarrrrrr

NabilaHasyim said...

Selamat berkenalan.
Semoga sukses selalu.
Sy pun wahm jgk.
Tp blum ada bisnes apa lg.
Masih mencari2 minat dan kecenderungan, hehe...

Anonymous said...

boleh share tal mcm mana u decide to be WAHM.. saya dalam dilema nie.. nak kerja dah rasa fedup.. tapi hutang byk ..camno nie