Posts

Showing posts from February, 2015

Coaching 'Hati' secara PERCUMA daripada Coach Nurli Salleh

Image
Assalamualaikum.
Ayu nak share satu berita baik dan peluang keemasan untuk korang yang nak dapatkan sesi Personal Coaching daripada Coach Nurli Salleh.

Basically, Coach Nurli Salleh akan berikan coaching berkaitan diri yang mana pokok pangkalnya bermula dari HATI. 



Coaching ini sesuai untuk anda yang:

Ada rasa tak bahagiaAda rasa tak tenang, serabut, jiwa kacauRasa tak puas hati membelenggu diriStress Mengalami masalah peribadi (perkahwinan, hubungan dengan keluarga, etc)Kecewa gagal dalam careerDan juga sesiapa sahaja yang rasa ada saja yang tak kena dalam diri dan hidupnya dan ingin menjadi lebih tenang, damai dan ingin terus bangkit dari kegagalan atau masalah yang membelenggu diri.


Sesi ni jika berbayar RM444 yer untuk tempoh lebih kurang 1 jam 30 minit. Untuk waktu TERHAD ini, Coach Nurli Salleh nak bagi PERCUMA saja.
Keutamaan akan diberikan pada yang boleh ke Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Kalau yang jauh pun boleh, tapi uols kenalah datang ke Shah Alam. Pasal tempat, nanti …

Langsir Color Block Kononnya

Image
Kelmarin ada member share kat FB yang puasa lagi 100 hari
Terus teringat dan terpandang langsir kat sliding door.
Bukan nak buat baru (walaupun impian tu ada hahaha),


TETAPI... sendu pandang langsir yang dah pasang sejak raya puasa tahun lepas.
Tidak berbasuh ler... berkeladak dah habuk.
Dah la langsir tu i alter panjang sebelah - pendek sebelah.
Pun boleh elok tergantung dah 7 bulan!
Punyalah malas nak bukak dan pasang semula.



Since sekarang ni dah start musim panas. Kalau boleh taknak sikit pun cahaya panas masuk dalam rumah. Amboi! Padahal nak lagi sedap nap hehehee.

So, ayu bukak langsir warna coklat gelap kat bilik atas. Ni jenis black-out punya kain, so memang gelap gelita dan sejuk jer rasa. Langsir ni beli kat Nagoya Plaza Alam Sentral. Dalam tahun 2008 kot, masa baru pindah dok Istana Kayangan.  Beli sekali dengan langsir jalur yang atas tu ler. Combine pakai sesamer. Lawa jugak.  Nanti Ayu carik gambornya. Ada dalam labtop,








Akhirnya... inilah rupa paras langsir color block-ku…

Mini Library di Dapur!

Image
Salah satu wishlist 2015 nak buat mini library kat rumah.
Since kitorang ni asik berlonggok kat tingkat bawah...
Maka kenalah semua benda longgok kat bawah jugak.


Kalau guna bilik kat atas, boleh buat family room merangkap soho dan mini library.
Lebih selesa dan presentable la kan.


Tapi, dah nak naik atas sehari sekali pun malas.
Jangan berangan nak letak kat atas.
Lagi pun bilik tak siap-siap lagi kemas.


Beberapa bulan lepas beli rak buku murah 2 bijik kat Tesco.
Mulanya letak kat atas rak tv kat ruang tamu.
Rasa semak pulak... pastu pindah bawah ke dapur semalam.

Semak mata tengok dapur. Tak reti la nak kemas dapur elok-elok.
Lagi-lagi kalau nizam balik outstation.
Berlonggok beg pakaian dan baju dia kat rak di dapur tu.
Punyalah malas nak naik kat bilik... ayooooo!


So, semalam ayu ubah sikit kedudukan meja makan.
Tarik kabinet letak dapur gas untuk letak rak buku atas tu.
Since rumah ni ada kabinet pasang siap utk letak dapur gas.
So, kabinet dapur gas kami punya sejak baru kawen …

Musim Panas dah Bermula

Assalamualaikum semua.
Dah bersedia nak mulakan minggu baru setelah sakan cuti panjang Chinese New Year. Sana-sini jalan jammed orang melayu gigih ambik kesempatan beraya jugak hehe.

Kitorang balik Keratong jer. Ni pun bersiaran langsung dari Keratong. Menunggu anak-anak bangun tak tau la pukul berapa dapat bertolak.

Dania MC lagi hari ni. Demam, tonsil, satu badan gatal-gatal dan tangan kebas takleh genggam sebab kena ambik darah kat lengan kiri & kanan kat Poliklinik Dinamik & Hospital Az-Zahra Bangi hari Rabu malam Khamis lepas.

Nyaris kami "check-in" percutian ditaja Prudential Insurance @  MediCare TNB hahahah. Sebab Poliklinik Dinamik dah suruh refer untuk admitted kat Az-Zahra sebab white blood count jadi tak normal... up to 20 (normal dalam belas-belas jer).

Huru-hara malam tu lepas balik klinik terus balik rumah kemas dapur basuh periuk pinggan segala, sidai kain dan kemas pakaian kami 4 beranak untuk check-in hospital!

Orang lain sibuk berkemas nak bercuti…

Throwback| Beli Pokok Lagi Bagi Gantikan Yang dah Mati!

Image
Salam semua.


Lama tak citer pasal tanam-tanam pokok kan.
Asyik-asyik mati jer pokok i beli dan tanam. Sedeh!
Tapi... ia tak pudarkan semangat nak membeli lagi hehe.
Sokong industri nurseri sambil feeling nak hijaukan depan rumah.
Padahal... nan adooooo.


Dua jenis pokok bunga kat atas ni memang pokok berdaun feveret.
Yang macam pokok pisang tu... ni dah pokok ke-3 yer uols!
Beli dah besar pun... tetaplah pendek umurnya bila dok ngan i.


Yang pokok ala-ala kelapa sawit tu... pokok ke-2.
Dulu beli lagi besar dan gebus. Ini kicik sikit. Save cost katernya.
Pokok sebelum ni elok jer subur menggebu-gebu macam tuannya
Tapi, bila kami balik kampung dalam seminggu lebih rasanya, mati.
Balik umah... tengok dah kering kontang.
Walaupun letak kat bawah bumbung beranda, kalu dah berminggu tak siram
Memang kering jugak. Tak sangka nak balik lama macam tu.


Ni, dalam sebulan dua ni.
Rajin pulak nak menanam semula dan jaga semula yang mana ada
Rajin ler sangat... siram jer pun.


Dulu penah gak letak baj…

Tips Beli Spesis Kobis yang Sedap & Rangup

Image
Assalamualaikum.

Allahu. Bila tengok Popular Posts kat blog ni.
Dah feeling blog masakan pulak hehhee.
Korang yang baca blog ni suka masak eh?
Ke suka makan macam tuan tanah kedaung ni?


Apa pun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi jenguk blog ni.
Ni makin semangat nak sharing pasal masak-memasak ni.
Walaupun masaknya tak seberapa dan jarang berlaku hahaha.
Rajin masak dan wajib masa cuma berlaku bila suami outstation.


Katernyaaaa... dok sini bukan 'syurga makanan' macam Shah Alam.
Turun flat jer, haaaa... pilih jer nak makan apa.
Malah siap boleh call restoran seberang taman mainan nak makan apa.
Agak-agak dah siap dimasak, turun pergi ambik & bayar.
Mau laaa iols tak merindui zaman kegemilangan di Shah Alam.



Entry kali ni nak share tips beli spesis kobis sedap dan rangup.
Haaaa, ayu pun mak mertua yang bagitahu.
Siap tunjuk live depan mata lagi kat dapur umah dia hahaha.
Nampak sangat dia nak anak dia makan sayur yang sedap kan?
Sebab nizam suka sangat makan kobis tumis…

Kegilaan Suatu Ketika Dulu Kini Kembali!

Image
Uiksss tajuk, seram baca hehehe. Propa sangat kan? Well, pagi-pagi Isnin dah update blog. Mood rajin ler ni. 

Khamis malam minggu lepas kitorang pegi IOI Mall Putrajaya. Yeayyy! Finally dah jumpa tempat shopping menepati citarasaku. Tak jauh sangat, dan tak dekat sangat. Tapi best sebab tak serabut. Nizam ni mengada lebih, tempat crowded sikit taknak pegi. Even AEON Balakong pun dia tak suka. Ramai orang katanya. Dah tu, dah namanya shopping mall.

Erk... tapi penat pun pegi shopping sekarang even kat kedai biasa-biasa jer. Hariz makin ligat! Stress nak control dia lagi, nak beli barang lagi. Memang tak berani la kan. Letih control dia daripada tawaf. Tensen mak.


Berbalik kepada tajuk. Tetiber dok citer pasal kejar hariz kan.
Dulu memang kitorang sukaaa sangat beli perfume. Memang giler-giler suka buat koleksi. Berangan banyak duit. Padahal nan ado. Tapi  masa tu i kerja, so takat 100 - 300 tu ok lagi. Yang ori jer layan hehhee. Kalau inspired pun tetaplah tak best. Dulu sampai boleh …

DIY Gubahan Bunga| Bunga Lily Putih

Image
Malam tadi transfer gambar dari HP masuk ke labtop. Jumpalah banyak gambar yang tak share kat blog. Musim malas.

Ni yang rajin nak share DIY gubahan bunga lily putih. Lama dah belinya... 1/12/2014 lepas kat Aeon Balakong. Pegi nak beli oven, dah nampak bunga lawa ni... apa lagi!
Beli 2 tangkai jer. Murah sangat, dalam RM7.90/setangkai kalau tak silap. Setiap tangkai ada 3 kuntum bunga dan beberapa helai daun. So memang cantik, simple dan teksur fabrik bunga tu nampak mewah. Takder la nampak bunga murah bebenor wp harga less than RM10.












Ok...kalau berkenan dengan bunga lily ni... sila terjah Aeon Balakong atau cawangan Aeon berdekatan anda. Bunga hydrangea pun cantik bulat besar gedabak. Cuma masa tu ada warna merah menyala. I tak minat bunga warna merah. tu tak beli. Ntah. rasa seram pulak tengok bunga warna merah. hahaha.

Pokok Bunga Kertas vs Bunga Plastik

Image
Assalamualaikum... Hai semua!

Lama tak share pasal tanam-tanam pokok bunga kan? Segan rasanya pokok bunga asyik mati ajer! Kalau yang hidup pun, alahai sedih nengoknya.
Umpama hidup segan mati tak mau-mau.

Tapi... semangat nak ada koleksi pokok bunga tak pernah padam. Feeling nak sangat bukak jer pintu rumah nampak pokok-pokok menghias beranda. Macam-macam saiz, jenis dan warna hidup segar bugar. Tapi, belum menjadi nyata. Berangan jer la yer.

Hari Jumaat lepas masa dalam kereta lalu depan rumah jiran sebelah. Nampak pokok bunga kertas jiran beberapa pasu tengah subur. Sebelum ni tengok macam nak mati jugak. Dia bubuh baja kot.

Terus cakap kat nizam.
"Nanti kita pergi nursery yer, ayu nak beli pokok bunga kertas. Dapat beli 3 jenis cukup dah. Letak kat luar pagar. Pokok bunga kertas elok dok kat tengah panas. Cantik pokok kat rumah Abang Li tu haaa".

Sekali nizam jawab:
"Mama tu elok bela pokok bunga plastik jer".

Sekian. Edisi sentap!