Sunday, February 8, 2015

DIY Gubahan Bunga| Bunga Lily Putih

Malam tadi transfer gambar dari HP masuk ke labtop.
Jumpalah banyak gambar yang tak share kat blog. Musim malas.


Ni yang rajin nak share DIY gubahan bunga lily putih.
Lama dah belinya... 1/12/2014 lepas kat Aeon Balakong.
Pegi nak beli oven, dah nampak bunga lawa ni... apa lagi!

Beli 2 tangkai jer. Murah sangat, dalam RM7.90/setangkai kalau tak silap.
Setiap tangkai ada 3 kuntum bunga dan beberapa helai daun.
So memang cantik, simple dan teksur fabrik bunga tu nampak mewah.
Takder la nampak bunga murah bebenor wp harga less than RM10.


Betul tak cantik teksur fabrik bunga ni? Berkilat lagi hehee. Tunggu sebulan, confirm penuh habuk!


Sedia untuk disumbat dalam vase kaca (sediada punya vase jer)


Jangan potong batang bunga tu... mana tau nanti nak tukar ke pasu lain yang lebih panjang. Lipat-lipat jer. 


Adjust2 la kedudukan daun dan bunga kasik nampak cantik kebaboommmmm!


Dah siap. Vase petak tu isi pokok bunga berdaun yang amik dari rumah mak besut... hehhee. Buruk siku betul. Belikan mak, pastu amik semula hehehe. 


Letak kat sudut tepi sofa. 

Ok...kalau berkenan dengan bunga lily ni... sila terjah Aeon Balakong atau cawangan Aeon berdekatan anda. Bunga hydrangea pun cantik bulat besar gedabak. Cuma masa tu ada warna merah menyala. I tak minat bunga warna merah. tu tak beli. Ntah. rasa seram pulak tengok bunga warna merah. hahaha.

3 comments:

Ezy Loy said...

lawanye bunga lily..
saye suke tgk bunga lily..
cantik!

yana yassin said...

Hiasan simple pun lawa kan , tapi rumah YY langsung takde hiasan bunga nie . :)

cik lin said...

wah..thanks ye bagi idea..ciklin baru pindah rumah so mmg tgh tgk2 idea nak mnghias

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...