Thursday, February 26, 2015

Langsir Color Block Kononnya

Kelmarin ada member share kat FB yang puasa lagi 100 hari
Terus teringat dan terpandang langsir kat sliding door.
Bukan nak buat baru (walaupun impian tu ada hahaha),


TETAPI... sendu pandang langsir yang dah pasang sejak raya puasa tahun lepas.
Tidak berbasuh ler... berkeladak dah habuk.
Dah la langsir tu i alter panjang sebelah - pendek sebelah.
Pun boleh elok tergantung dah 7 bulan!
Punyalah malas nak bukak dan pasang semula.

Ni ler dia langsir tuh hehehe. Sib baik dia takleh cakap. Kalau boleh cakap, mesti dia cakap:
"pemalasnya ko pompuan, aku dah gatal satu badan ni penuh ngan habuk"


Since sekarang ni dah start musim panas.
Kalau boleh taknak sikit pun cahaya panas masuk dalam rumah.
Amboi! Padahal nak lagi sedap nap hehehee.


So, ayu bukak langsir warna coklat gelap kat bilik atas.
Ni jenis black-out punya kain, so memang gelap gelita dan sejuk jer rasa.
Langsir ni beli kat Nagoya Plaza Alam Sentral.
Dalam tahun 2008 kot, masa baru pindah dok Istana Kayangan. 
Beli sekali dengan langsir jalur yang atas tu ler.
Combine pakai sesamer. Lawa jugak. 
Nanti Ayu carik gambornya. Ada dalam labtop,

Dah boring guna sheer curtain kaler putih atau coklat, so ayu cuba match-kan dengan warna biru ni.
Color Block hokeyyyyyy!
Ni buta warna ke apa, tatau ler... janji iols suka hehehe.



Pastu, cuba pulak letak black-out curtain kat bahagian belakang.
Sheer biru letak bahagian depan.
Kan biasa sheer letak letak bahagian belakang, ni konon nak kelainan daripada yang biasa ayu buat.


Hahaaaaa! Ni pun drama sangat. Bila hariz tengok mama dia panjat kerusi ni dia cakap:
'Hati-hati mama, nanti patah kerusi Alish'

Nampaknya dia sayang kerusi dia berbanding mamanya. Syukur selamat hahaha.



Akhirnya... inilah rupa paras langsir color block-ku.

Pandangan depan.



Pandangan sisi



Bila bukak sliding tu... gini ler jadiknya. Tak berapa cantik la kan sebab pintu camni.


Since pintu sliding ni adalah satu-satunya pintu yang ada 
Jenis bukak-tutup dari tepi..
Terpaksalah ikat macam ni kain sheer tu.
Ikat pun guna getah ikat rambut hahahaha.
Asal boleh jer iols ni buat kerja kan.


Nak ikat tepi cam tak sesuai dan takder penyangkut.
Ingat nak cuba jugak suruh nizam pasang penyangkut. 
Mesti lagi lawa. 
Biarlah susah nak kuar masuk kene selak langsir dulu pun;
Asalkan pada mata i lawa :)


Lagi pun kitorang gemar bergelap dan berkurung. 
So, takder la pintu nak bukak selalu.
Part of it, bukannya kami jenis kuar masuk selalu pun. 


Nanti ayu carik gambar langsir coklat dan jalur tu yang pasang combine.
Kot boleh jadi inspirasi deko tingkap dengan bajet rendah;
Tapi feeling deko bersama eric.
Berangan tak perlu bayar kan?


Ok... jumpa lag!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...