Wednesday, February 25, 2015

Mini Library di Dapur!

Mesti nak ada bunga... mana zaila mohamad ni hahahaha

Salah satu wishlist 2015 nak buat mini library kat rumah.
Since kitorang ni asik berlonggok kat tingkat bawah...
Maka kenalah semua benda longgok kat bawah jugak.


Kalau guna bilik kat atas, boleh buat family room merangkap soho dan mini library.
Lebih selesa dan presentable la kan.


Tapi, dah nak naik atas sehari sekali pun malas.
Jangan berangan nak letak kat atas.
Lagi pun bilik tak siap-siap lagi kemas.


Beberapa bulan lepas beli rak buku murah 2 bijik kat Tesco.
Mulanya letak kat atas rak tv kat ruang tamu.
Rasa semak pulak... pastu pindah bawah ke dapur semalam.

Semak mata tengok dapur. Tak reti la nak kemas dapur elok-elok.
Lagi-lagi kalau nizam balik outstation.
Berlonggok beg pakaian dan baju dia kat rak di dapur tu.
Punyalah malas nak naik kat bilik... ayooooo!


So, semalam ayu ubah sikit kedudukan meja makan.
Tarik kabinet letak dapur gas untuk letak rak buku atas tu.
Since rumah ni ada kabinet pasang siap utk letak dapur gas.
So, kabinet dapur gas kami punya sejak baru kawen tu tak guna
Just buat longgok barang jer atas tu. Maka kita make-over sikitttt.


Ini jer pun mau tunjuk jugak kaaaaa.


Boleh letak 2 rak buku dan 2 buah beg sekolah dania. 


Banyak lagi buku dania-hariz tak isi kat sini.
Sini tak termasuk untuk buku sekolah dania. Buku sekolah dania kat rak buku khas untuk dia saja.


Buku ada... kotak CD hariz pun ada. 


Masa ni dania pergi sekolah kebangsaan, so ada satu beg sekolah agama jer atas ni.
Muat la letak 2 buah beg dania atas ni. So tak membazir ruang


Ini koleksi buku ayu. Nanti ayu akan buat Review Buku kat blog. 


Ok... semoga koleksi buku kami akan bertambah.
Nizam kena pasrah jer anak-bini dia gila buku. hehehehe

Jumpa lagi... 

5 comments:

ummialyaanas said...

kemas rumah akak..sejuk mata memandang.
*salam kenal*

Ayu Rashid said...

Salam kenal ummia :)

part kemas jer akak tunjuk hehee.
part bersepah sendiri jer pandang huhuuu

Ayu Rashid said...

Salam kenal ummia :)

part kemas jer akak tunjuk hehee.
part bersepah sendiri jer pandang huhuuu

anggapanku rahsiaku said...

Baru bulan lps follow blog ayu. Cantik umah ayu, pandai ayu mengemas. Bersih je...

cik hani said...

Kak ayu... Rumah 2 tingkat mmg malas nk turun naik..Sume benda rasa nk kt bawah je.tu yg sy bli umah setingkat..hehehe..

Kemas dapur kak ayu.. ( buat-buat tak nampak komen kak yu psl sepah). Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...