Monday, February 23, 2015

Musim Panas dah Bermula

Assalamualaikum semua.

Dah bersedia nak mulakan minggu baru setelah sakan cuti panjang Chinese New Year. Sana-sini jalan jammed orang melayu gigih ambik kesempatan beraya jugak hehe.


Kitorang balik Keratong jer. Ni pun bersiaran langsung dari Keratong. Menunggu anak-anak bangun tak tau la pukul berapa dapat bertolak.


Dania MC lagi hari ni. Demam, tonsil, satu badan gatal-gatal dan tangan kebas takleh genggam sebab kena ambik darah kat lengan kiri & kanan kat Poliklinik Dinamik & Hospital Az-Zahra Bangi hari Rabu malam Khamis lepas.


Nyaris kami "check-in" percutian ditaja Prudential Insurance @  MediCare TNB hahahah. Sebab Poliklinik Dinamik dah suruh refer untuk admitted kat Az-Zahra sebab white blood count jadi tak normal... up to 20 (normal dalam belas-belas jer).


Huru-hara malam tu lepas balik klinik terus balik rumah kemas dapur basuh periuk pinggan segala, sidai kain dan kemas pakaian kami 4 beranak untuk check-in hospital!


Orang lain sibuk berkemas nak bercuti atau balik kampung. Kami pulak berkemas nak check-in hospital! Dah la pesakit sorang jer, tapi kami bawak pakej 4 orang terus!


Hariz tu mana boleh berenggang dengan mamanya. Mana boleh papanya sedap dok kat rumah kalau dah mamanya sorang kena jaga anak yang tak sihat dan anak yang manja asyik nak berkepit ajer. Maka, gigih angkut barang siap dengan 2 helai toto lagi. Eh! Bantal pun bawak 4 bijik. Dania siap tanya: "mama tak bawak ke bantal peluk dania". Amboi, nak berpeluk katernya. Tatau la tu jarum drip akan jadi "kembar siam" dia bila masuk wad.


Punyalah lama menunggu turn kat Az-Zahra tu sampai dalam 2 jam! Padahal orang tak ramai pun. Pukul 12 baru dapat jumpa. Lepas tengok result darah, doktor kata sel darah putih tu tak normal due to infections sebab tonsil. Dania demam dah beberapa hari tapi tak bagi antibiotik. Just bagi ubat demam sebab papanya outstation so tak pergi klinik. Pasal gatal-gatal tu, doktor kasik calamine lotion ajer.


ALHAMDULILLAH. Tak payah check-in hospital. Rasa nak lompat bintang ajer. Eh! sujud syukur hehehe. Pukul 2.30am baru sampai rumah. Itu pun singgah tapau burger dulu. 4 beranak dah kelaparan. Pukul 3.30am baru tidur. Konon esok pagi nak balik Keratong awal-awal sebab jiran sebelah rumah mak ada kenduri kawen.


Sudahnya... pukul 6.30pm baru bertolak balik. Ok jugak, cuti panjang buat apa nak balik rushing2. See, orang lain dah balik... kami masih lagi kat sini. Yelah, balik semalam pun memang hadap jalan jammed laaa... baik melangut dulu kat kampung. Dania pun takleh pegi sekolah lagi. No point jugak balik.


Sekarang dah musim panas. Macam-macam sakit mudah jer kena. Kesian anak-anak sekolah. Berpanas. Kat rumah pun manjang pasang ekon. Dania tu jenis tak tahan panas. Hariz pulak tak tahan sejuk hehehe. Si kakak on ekon... tak lamer si adik off ekon. On-off pulak main tekan terus kat plag. Lama-lama jahanam la ekon tu. Dah la sejak beli tak pernah servis. Nak harap nizam cuci sendiri, memang tak laaaaa. Dia lebih rela beli baru kot daripada kena cuci ekon. Feeling kaya sangat camtu la. Nak harapkan iols? Banyak lagi benda-benda kat rumah ni iols nak kena jaga dan lap habuk. Sudahnya, kalau rosak ekon tu melopong laaaaa.


Apa kisah la pokok bungaku dah 5 hari tak bersiram. Baru nak gebu-gebu... dah kena tinggal lama pulak. Patah hati tau bila tengok pokok layu dan mati. Tak sangka nak balik lama camni. Kalau tau dah isi air dalam plastik, cucuk sikit-sikit plastik tu dan letak dalam pasu. Ada jugak sumber air. Ermmm... semoga hujan la kat sana sekali dua. Yang kat bawah beranda ok laaaa sbb tak direct kena cahaya matahari. Yang kat luar pagar tu. Semoga jiran sebelah rumah i baik hati laaa tolong siram sekali. Atau sesajer lajakkan siraman pokok bunga dia tu kasik kena pokok bunga i.


Ok... nak kemas beg. Semalam dah kemas tapi tak jadi balik. Stress iols dapat laki kejap nak balik... kejap taknak balik. Sampai baju nak pakai pun takder sebab tak basuh baju konon nak balik basuh kat rumah. Ni pakai baju dia jer. Sib baik muat buleh gilir-gilir baju.


Ok selamat menjalankan tugas diminggu baru. Jangan lemau-lemau hehehe. Kbai!

3 comments:

Aty_Fared said...

cakap pasal servis ekon.. saya pon rasa kene servis dah ekon umah.. bayangkan.. tak rasa sejuk dah.. memang sekarang musim panas hamat.. tidur tengahari dalam bilik macam tido dalam oven gamak nya.. huhu

Ayu Rashid said...

Kalau gitu sesilap kena tukar chiller. Mahal jugak rasanya servis ekon.

Hehehe... sini pun panas. Naik atas 10minit sehari leh terbakar lemak tepu. Takyah diet @ exercise dah ;)

Ayu Rashid said...

Kalau gitu sesilap kena tukar chiller. Mahal jugak rasanya servis ekon.

Hehehe... sini pun panas. Naik atas 10minit sehari leh terbakar lemak tepu. Takyah diet @ exercise dah ;)