Saturday, February 7, 2015

Pokok Bunga Kertas vs Bunga Plastik

Assalamualaikum... Hai semua!


Lama tak share pasal tanam-tanam pokok bunga kan?
Segan rasanya pokok bunga asyik mati ajer!
Kalau yang hidup pun, alahai sedih nengoknya.
Umpama hidup segan mati tak mau-mau.


Tapi... semangat nak ada koleksi pokok bunga tak pernah padam.
Feeling nak sangat bukak jer pintu rumah nampak pokok-pokok menghias beranda.
Macam-macam saiz, jenis dan warna hidup segar bugar.
Tapi, belum menjadi nyata. Berangan jer la yer.


Hari Jumaat lepas masa dalam kereta lalu depan rumah jiran sebelah.
Nampak pokok bunga kertas jiran beberapa pasu tengah subur.
Sebelum ni tengok macam nak mati jugak. Dia bubuh baja kot.


Terus cakap kat nizam.

"Nanti kita pergi nursery yer, ayu nak beli pokok bunga kertas. Dapat beli 3 jenis cukup dah. Letak kat luar pagar. Pokok bunga kertas elok dok kat tengah panas. Cantik pokok kat rumah Abang Li tu haaa".


Sekali nizam jawab:

"Mama tu elok bela pokok bunga plastik jer".


Sekian. Edisi sentap! 

No comments: