Tuesday, February 17, 2015

Throwback| Beli Pokok Lagi Bagi Gantikan Yang dah Mati!

Salam semua.


Lama tak citer pasal tanam-tanam pokok kan.
Asyik-asyik mati jer pokok i beli dan tanam. Sedeh!
Tapi... ia tak pudarkan semangat nak membeli lagi hehe.
Sokong industri nurseri sambil feeling nak hijaukan depan rumah.
Padahal... nan adooooo.


Dua jenis pokok bunga kat atas ni memang pokok berdaun feveret.
Yang macam pokok pisang tu... ni dah pokok ke-3 yer uols!
Beli dah besar pun... tetaplah pendek umurnya bila dok ngan i.


Yang pokok ala-ala kelapa sawit tu... pokok ke-2.
Dulu beli lagi besar dan gebus. Ini kicik sikit. Save cost katernya.
Pokok sebelum ni elok jer subur menggebu-gebu macam tuannya
Tapi, bila kami balik kampung dalam seminggu lebih rasanya, mati.
Balik umah... tengok dah kering kontang.
Walaupun letak kat bawah bumbung beranda, kalu dah berminggu tak siram
Memang kering jugak. Tak sangka nak balik lama macam tu.


Ni, dalam sebulan dua ni.
Rajin pulak nak menanam semula dan jaga semula yang mana ada
Rajin ler sangat... siram jer pun.


Dulu penah gak letak baja, tapi overdose!
Abah nizam dah pesan, letak beberapa bijik jer.
Menantu degil... pegi tuang terus dalam pasu hahaha.
Sampai ada daun pokok yang jadi mcm hangus terbakor.
Well, nak pokok cepat besar-gebu...gitu ler kekdahnya, memandai-mandai.


Pokok 2 jenis kat atas tu, beli masa bulan December 2014
Baru minggu lepas pindah masuk dalam pasu hahaha.
Punyalah malas! Padahal pasu dah sediada pun.


Semoga semua pokokku sihat gebu la lepas ni.
Risau jugak nak tinggal balik kampung nanti.
Kene letak air dalam plastik, pastu cucuk sikit2 dengan jarum, letak dalam pasu.
Adalah juga sumber minuman pokok untuk beberapa hari.


Ok, nanti i snap gambar pokok-pokok terkini.
Yang tengah gebu harus ler pokok Money Plant hehehe.
Sebab tu jer la pokok paling takyah amik tau..


Jumpa lagi.

No comments: