Wednesday, February 11, 2015

Tips Beli Spesis Kobis yang Sedap & Rangup

Assalamualaikum.

Allahu. Bila tengok Popular Posts kat blog ni.
Dah feeling blog masakan pulak hehhee.
Korang yang baca blog ni suka masak eh?
Ke suka makan macam tuan tanah kedaung ni?


Apa pun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi jenguk blog ni.
Ni makin semangat nak sharing pasal masak-memasak ni.
Walaupun masaknya tak seberapa dan jarang berlaku hahaha.
Rajin masak dan wajib masa cuma berlaku bila suami outstation.


Katernyaaaa... dok sini bukan 'syurga makanan' macam Shah Alam.
Turun flat jer, haaaa... pilih jer nak makan apa.
Malah siap boleh call restoran seberang taman mainan nak makan apa.
Agak-agak dah siap dimasak, turun pergi ambik & bayar.
Mau laaa iols tak merindui zaman kegemilangan di Shah Alam.



Entry kali ni nak share tips beli spesis kobis sedap dan rangup.
Haaaa, ayu pun mak mertua yang bagitahu.
Siap tunjuk live depan mata lagi kat dapur umah dia hahaha.
Nampak sangat dia nak anak dia makan sayur yang sedap kan?
Sebab nizam suka sangat makan kobis tumis air dengan sambal belacan.
Kalu kami balik, selalu sangat mak dia masak kobis tumis air tu.
Emmm, ayu tak minat pulak. Goreng lagi sedap!
Eh! Dah tekak anak dia... dia punyer suka la kan hahhaa.



Inilah dia rupa paras kobis manis, rangup dan sedap itu.

Kobis ni biasanya bulat kecik jer. Dia memang bebetul bulat macam bola takraw tuh.
Kan kalau sejenis lagi macam ala-ala leper sikit, dan warnanya cam ada ala-ala nak putih sket.
Kobis ni warnanya lebih hijau dan berkilat. Cantik sangat!


See, kepadatan susunan dalaman kobis ni. Subhanallah. Indah kan ciptaan Allah?
~ ni dah potong untuk goreng... well, daku masak takder seni. sila kagum dengan seni potongan ku ini ~



Kebetulan ada capsicum, campurkan ajer.
Nak masak ni takyah skema sangat hahaha. Anak-anak kami tak makan sayur. Macam mamanya dulu-dulu



Ayu suka goreng kobis campur isi ayam/hati atau pedal ayam.
Takder bahan tu semua, dengan telur pun sedap.
Tapi telur tu goreng biar garing sikit, nanti hanyir pulak.

Wallaaaaa, sedap!


Ok korang, esok pegi pasar beli kobis bulat ni tau.
Buat ulam pun sedap sebab rangup dan tak pahit macam kobis leper biasa tu.

Jumpa lagi :)

1 comment:

yana yassin said...

Xpernah terniat nak beli kobis nie , tapi biasa nampak kat pasar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...