Posts

Showing posts from March, 2015

WISHLIST| WING CHAIR ARM CHAIR

Image
Salam everibodi. 
Kegilaan sejak tahun lepas ialah beli buku & baca buku. Takder dah nak sawan shopping pakaian atau mekap segala. Tapi dah bertukar sawan nak beli buku dan ebook jer. Majalah memang tak minat, aper lagi majalah pasal dunia hiburan atau fashion. Iyer, makcik-makcik sangat kan. 

Bila dah gila membaca ni. Berangan la pulak dalam bilik nak ada sebijik kerusi dan stool. Bestnya kalu dapat letak sebijik wing chair & stool. Tepi tu pulak letak meja kecik dan bunga (wajib adoooooo!)

Bajet bilik tu luas sangat! Nak letak itu, nak letak ini. Pastu semak.

Cer bayangkan... pasang ekon, ada kopi panas secawan. Baca buku sambil lunjur kaki atas stool. Perghhhhh! Heaven hokey.  Dah berumur ni, takder dah nak jalan-jalan sangat. Dok rumah adalah sangat best buat aktiviti kesukaan sambil makan. Dah ngantuk baca buku, kita tidur pulak hehehehe.
Best kan... berangan. Bila la boleh dapat ni. Bilik pun bersepah lagi, maka berangan jer la mampu.
Ok, sekian entry pelepas rindu kat b…

Dekorasi Rumah Flat

Image
Assalamualaikum.
Since rumah yang duduk sekarang ni dalam fasa bersepah-sepahhhhhh. Ayu nak share jer gambar rumah sewa dulu masa kat Flat PKNS Seksyen 7. Ni rumah yang ayu namakan Istana Kayangan hehehe. Kan pernah citer dulu umah ni kat Tingkat 4. 
Masa mula-mula pindah, rumah ni semua tuan umah cat putih. So, bila tengok gambar ni ayu ingat semula Yang rumah ni mula-mula kami cat warna pink-peach untuk dinding *yang belakang sofa tu. Feature wall la kononnya. Dinding lain kami biarkan warna putih sesuci lebaran jer.
Lepas pada tu, tak ingat juga tahun bila... Barulah warna cat ditukar kepada coklat gelap & cream. Ingat2 pasal deko bila tengok warna cat jer la hehe.

Rasanya, ayu tak pernah share gambar-gambar ni kat memaner pun. Ada aman damai je save kat folder.  Mungkin hujung tahun 2008 atau awal 2009. Sebab masa ni dah ada sofa LShape gemuk ni.  Sofa LShape beli masa baru kawen dan few perabot lain ayu dah let go murah2.

Ayu sangat sangattttt suka tinggal kat rumah ni.
Rind…

ULASAN eBOOK| Suri Rumah Juga Boleh Bisnes

Image
Assalamualaikum. 


Hari ni, saya nak share eBook terbaru yang menjadi sumber inspirasi dan rujukan saya iaitu eBook bertajuk Suri Rumah Juga Boleh Bisnes oleh Puan Zaila Mohamad. Pengalaman beliau dalam bisnes sangat luas sehinggalah terhasilnya ebook ini berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. 



Kali pertama saya melihat muka depan eBook Suri Rumah Juga Boleh Bisnes saya sudah tak sabar untuk memilikinya.Don’t judge the book by it’s cover!Tetapi, saya sangat yakin bahawa naskah sulung Puan Zaila Mohamad ini pasti tidak akan mengecewakan.


Setelah membaca eBook ini saya merasa sangat puas. Penulis menggarap eBook ini dengan baik dan teratur kerana ia berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. 

Apabila membacanya saya dapat membayangkan apa yang telah beliau lalui bermula dari Bab 1 (Pengenalan – Melepaskan Kerjaya Demi Keluarga dan Sebab Saya Berhenti Kerja) sehinggalah beliau yang saya kenali hari ini (melalui alam maya sahaja).

Secara umumnya, ramai wanita mengalami dilema samada ingin terus b…

Kasih Sayang Tanpa Syarat

Image
Kasih sayang ni terlalu luas skop dan pengertiannya kan? Kalau boleh semua orang nak dikasihi & disayangi. 

Contoh, kalau kita dah kawen. Kalau boleh, biarlah suami kita sayang kat kita ajer. Amboiiii! Tamak haloba sungguh ngko kan. Abes, mana dia nak campak mak ayah & adik-beradik dia.

Kita mungkin rasa, orang tak sayang kita. Contohnya antara menantu dan mertua. Banyak berlaku kes menantu-mertua tak sehaluan. Contohnya kes Erra Fazira & Rozi Othman. Eh! Itu drama ler heehhehe. Mertua VS Menantu. Itu contoh yang di-drama-kan hehe.

Kadang-kadang pelik juga. Berkahwin dah berpuluh-puluh tahun. Sampai dah dapat anak yang dah boleh kawen dapat anak 2, 3 orang. Punnnnnn masih bermasalah dalam hubungan antara mertua - menantu. Kenapa ek jadi macam tu?

Sebenarnya, ayu bersyukur sangat. Kerana Allah tak uji ayu dalam hubungan antara mertua - menantu. Sebenarnya, kesian dan sedih jika seseorang diuji dengan situasi macam ni.

Yang ayu dapat nampak dan lihat. Ada yang berlaku akiba…

Our New Family Member is Coming Soon

Image
Setelah dibincangkan dari hati ke hati.
Ditimbang tara segala kemungkinan termasuk bajet (amboii over sangat!).
Kami suami-isteri bersetuju nak tunaikan impian anak-anak nak bela kucing.


Ini belum bela lagi pun... rumah ni dah jadi tempat kucing makan.
Mana kat depan... mana kat belakang.
Kalau ada kucing datang buat muka chomel, ada la rezeki dorang.
Ikan kat umah ni memang jarang la ada
Ikan bilis pun kami kasik... ayam goreng pun hariz kasik!
Well, dah pandai amik sendiri bawah saji.
Terkedu mama dia tengok hehehe.


Paling tak menahan... kalau mama cakap takde apa nak bagi kucing makan.
Dia akan cakap:
"Mama goreng la ayam..."
Amboiiii... ke mainnnn lagi eh bagi cadangan.


Cukup-cukup ler dania asik mencarik kucing nak main.
Sampai nak pegi sekolah 7am tu pun dia sempat memanggil kucing.
Sama tak berubah perangai dari kecik.
Mama nak anta umah babysitter, kucing tepi tong sampah pon dia buat main.
ERmmm... pasrah jer la.


Mana nak dapat kucing?
Beli? Oh! Memang tak laaa hahahah…