Monday, March 30, 2015

WISHLIST| WING CHAIR ARM CHAIR

Salam everibodi. 

Kegilaan sejak tahun lepas ialah beli buku & baca buku.
Takder dah nak sawan shopping pakaian atau mekap segala.
Tapi dah bertukar sawan nak beli buku dan ebook jer.
Majalah memang tak minat, aper lagi majalah pasal dunia hiburan atau fashion.
Iyer, makcik-makcik sangat kan. 


Bila dah gila membaca ni.
Berangan la pulak dalam bilik nak ada sebijik kerusi dan stool.
Bestnya kalu dapat letak sebijik wing chair & stool.
Tepi tu pulak letak meja kecik dan bunga (wajib adoooooo!)


Bajet bilik tu luas sangat!
Nak letak itu, nak letak ini. Pastu semak.

Makcik sangat bahagia dapat membaca kat kerusi ala-ala camni.
Tapi cerah masa depan berebut ngan nizam sebab dia dok gila main COC!

Cer bayangkan... pasang ekon, ada kopi panas secawan.
Baca buku sambil lunjur kaki atas stool.
Perghhhhh! Heaven hokey. 
Dah berumur ni, takder dah nak jalan-jalan sangat.
Dok rumah adalah sangat best buat aktiviti kesukaan sambil makan.
Dah ngantuk baca buku, kita tidur pulak hehehehe.

Best kan... berangan.
Bila la boleh dapat ni.
Bilik pun bersepah lagi, maka berangan jer la mampu.

Ok, sekian entry pelepas rindu kat belog.



Image source: Google

2 comments:

UMIE SUE said...

amboii...ngan syokk naaa

Azziah Nawawi said...

cemana nak join dropship tu? mcm berminat je....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...