Monday, March 9, 2015

Kasih Sayang Tanpa Syarat


Image: Google

Kasih sayang ni terlalu luas skop dan pengertiannya kan?
Kalau boleh semua orang nak dikasihi & disayangi. 


Contoh, kalau kita dah kawen.
Kalau boleh, biarlah suami kita sayang kat kita ajer.
Amboiiii! Tamak haloba sungguh ngko kan.
Abes, mana dia nak campak mak ayah & adik-beradik dia.


Kita mungkin rasa, orang tak sayang kita.
Contohnya antara menantu dan mertua.
Banyak berlaku kes menantu-mertua tak sehaluan.
Contohnya kes Erra Fazira & Rozi Othman.
Eh! Itu drama ler heehhehe. Mertua VS Menantu.
Itu contoh yang di-drama-kan hehe.


Kadang-kadang pelik juga.
Berkahwin dah berpuluh-puluh tahun.
Sampai dah dapat anak yang dah boleh kawen dapat anak 2, 3 orang.
Punnnnnn masih bermasalah dalam hubungan antara mertua - menantu.
Kenapa ek jadi macam tu?


Sebenarnya, ayu bersyukur sangat.
Kerana Allah tak uji ayu dalam hubungan antara mertua - menantu.
Sebenarnya, kesian dan sedih jika seseorang diuji dengan situasi macam ni.


Yang ayu dapat nampak dan lihat.
Ada yang berlaku akibat tidak menerima seadanya.
Kita sayang suami kita jer, tapi tidak mertua.
Bila kita kawen, kita nak suami kita jadi hak milik kekal kita.
Ada yang sampai nak suami tu seolah-olah menidakkan hak ibu & anak.


Malah ada yang jika suami berikan duit kepada emak pun boleh jadi perbalahan.
Bermasam muka bukan saja dengan suami, malah dengan mertua.
Tak pernah ke ada sekelumit rasa belas kasihan, kasih dan sayang pada mertua?


Mungkin juga tak tahu hukum agama kan?
Macam mana dalam Islam dah syariatkan hubungan anak - ibu bapa bila dah kawen.
Tapi... nampak macam alim jer hahaaha. Ni takleh blah punya la.
Ikutkan jahil... yang dok menaip ni lagi ler jahil kot.
Tapi masih tau setakat bab macam ni. 


Ibu bapa cuma ada sekali jer. Satu tu jer.
Suami/Isteri boleh carik lain yer, boleh ditukar ganti.
Eh! Bukan ler nak suruh kawen lain ke aper hehhehe.
Just nak kita sentiasa sedar dan semat kat minda mana kedudukan kita.
Lagi-lagi sebagai sorang isteri.


Syurga anak lelaki, kekal di bawah telapak kaki ibu.
Bukan telapak kaki isteri. 
Talkin dibaca nanti pun sebut nama mak kan?
Bukan nama isteri yang dicintai.
Sayang caner pun kat isteri, suami diseru dengan nama mak jugak.


Kalau kita rasa mertua tak boleh terima kita.
Cubalah terima mertua kita tu dulu.
Mungkin situasi tegang yang berlaku berpunca dari kita.
Tapi, kita rasa kita jerrrr betul, orang lain tak betul.
Dan tak payah tunggu mak mertua kaya baru nak sayang.
Kenapa tak carik mertua kaya terus sebelum kawen.
Oh! Mungkin orang kaya taknak kat dia kot hehhee.


Nak terima kasih sayang daripada orang lain.
Kita dulu kena beri kasih sayang pada orang.
What you give... you get back.


Tak rugi pun mengalah... lagi-lagi dengan orang tua.
Orang tu pulak mertua kita, syurga buat suami kita.


Jangan pulak makin tegang situasi, makin kita nak mengada tunjuk aku jer betul.
Sampai bila keadaan nak selesai. 


Rugi jika tak berbaik-baik dan berkasih sayang dengan mertua ni.
Hidup ni singkat jer. Bila-bila masa kita akan dijemput Ilahi.
Bila dah sampai saat tu, takder guna dah.


Kasih sayang tak boleh dijual beli.
Kalau ada dijual, pasti ramai orang dah beli borong.


So, macam mana nak dapatkan kasih sayang tu?
Macam ayu sebutkan tadi... beri dulu kasih sayang kita.
Tak kira pada sesiapa pun, konsepnya SAMA.
Jangan harap orangggggg jer dok tatang kita.
Kita buat perangai macam hmmmmmmm tatau nak taip apa ehhehe.


Tak terlambat untuk kita mulakan.
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Hidup berkasih sayang ni... seronok.
Kalau baik ngan mertua, lagi seronok. 
Tak best ke jadi menantu disayangi... besttt tau.
*Eh! bila masa pulak aku jadi menantu kesayangan ni hehhee.


Apa pun, berikan kasih sayang pada semua.
Memberi biarlah tanpa syarat. InsyaAllah kita akan rasa happy jer


Ok... selamat memulakan minggu baru. Assalamualaikum :)

No comments: