Thursday, March 5, 2015

Our New Family Member is Coming Soon

Setelah dibincangkan dari hati ke hati.
Ditimbang tara segala kemungkinan termasuk bajet (amboii over sangat!).
Kami suami-isteri bersetuju nak tunaikan impian anak-anak nak bela kucing.


Ini belum bela lagi pun... rumah ni dah jadi tempat kucing makan.
Mana kat depan... mana kat belakang.
Kalau ada kucing datang buat muka chomel, ada la rezeki dorang.
Ikan kat umah ni memang jarang la ada
Ikan bilis pun kami kasik... ayam goreng pun hariz kasik!
Well, dah pandai amik sendiri bawah saji.
Terkedu mama dia tengok hehehe.


Paling tak menahan... kalau mama cakap takde apa nak bagi kucing makan.
Dia akan cakap:
"Mama goreng la ayam..."
Amboiiii... ke mainnnn lagi eh bagi cadangan.


Cukup-cukup ler dania asik mencarik kucing nak main.
Sampai nak pegi sekolah 7am tu pun dia sempat memanggil kucing.
Sama tak berubah perangai dari kecik.
Mama nak anta umah babysitter, kucing tepi tong sampah pon dia buat main.
ERmmm... pasrah jer la.

Dania Hariz with Cici (kucing Atuk)
Amboiii kemain Nizam kasik nama. Cici ni adalah legasi kucing yang kami berdua bela masa baru kawen.
Tak tau dah keturunan ke berapa. Nizam bahasakan bini dia ni as ONYANG kat cici ni.
Hampeh sangat!

Mana nak dapat kucing?
Beli? Oh! Memang tak laaa hahahahhahhaa.
Takper, kawan-kawan kerja nizam ada jer sumber nak dapatkan kucing.
Tapi taknak amik yang kecik sangat atau baru lepas menyusu.
Kesian nak pisahkan dengan mak kucing.
Kena amik yang dah agak besar dan dah start gedik-gedik pandai main.
Dan... syarat UTAMA ialah WAJIB kucing JANTAN!

Daku taknak bercucu-cicit. Jenuh nak bela banyak-banyak.
Sekor sudah.

7 comments:

cik hani said...

Kak ayuuuu.ingatkan new family member tu bakal anak baru... Rupanya anak kucinggggg.... Kot kot la anak tahun 2015 nak keluar..hehehe

yana yassin said...

Seronok bela kucing , tapi sejak kucing arwah , xmo bela dah . sedih .

MamaBard said...

bestnya dapat bela kucing...suami saya tak suka kucing...jadi tak bolehla nak bela..

Ayu Rashid said...

Hani: Hahahhaa... tajuk entry tu saja nak mengundang spekulasi... menjadik yeayyy! :)

Ayu Rashid said...

Yana Yassin: kak ayu tak suka bela kucing... tapi anak-anak & suami suka kucing... emmm pasrah jer la.

Ayu Rashid said...

MamaBard: oh! terbalik la kita... suami suka kucing... inherits drpd abah dia hehhehe...

shehren shahadan said...

Murah rezeki bela Kucing nih
InsyaAllah
I love cat