Tuesday, March 10, 2015

ULASAN eBOOK| Suri Rumah Juga Boleh Bisnes

Assalamualaikum. 


Hari ni, saya nak share eBook terbaru yang menjadi sumber inspirasi dan rujukan saya iaitu eBook bertajuk Suri Rumah Juga Boleh Bisnes oleh Puan Zaila Mohamad. Pengalaman beliau dalam bisnes sangat luas sehinggalah terhasilnya ebook ini berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. 











Kali pertama saya melihat muka depan eBook Suri Rumah Juga Boleh Bisnes saya sudah tak sabar untuk memilikinya. Don’t judge the book by it’s cover! Tetapi, saya sangat yakin bahawa naskah sulung Puan Zaila Mohamad ini pasti tidak akan mengecewakan.


Setelah membaca eBook ini saya merasa sangat puas. Penulis menggarap eBook ini dengan baik dan teratur kerana ia berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. 


Apabila membacanya saya dapat membayangkan apa yang telah beliau lalui bermula dari Bab 1 (Pengenalan – Melepaskan Kerjaya Demi Keluarga dan Sebab Saya Berhenti Kerja) sehinggalah beliau yang saya kenali hari ini (melalui alam maya sahaja).


Secara umumnya, ramai wanita mengalami dilema samada ingin terus bekerja atau melepaskan kerjaya demi keluarga. Pilihan ini bukan mudah! Perkongsian pengalaman Penulis pasti memberikan keyakinan dan gambaran kepada pembaca bahawa tiada yang mustahil untuk kita lakukan.


Seterusnya, Penulis berkongsi pengalaman beliau berniaga, bagaimana beliau menjalankan perniagaan melalui offline (suatu ketika dulu), dan sehingga kini beliau aktif menjalankan perniagaan di laman social iaitu Blog, Fanpage dan Instagram.


Pembaca sangat beruntung memiliki eBook Surirumah juga Boleh Bisnes kerana Penulis bukan sahaja berkongsi pengalaman beliau, bahkan juga berkongsi tips untuk berbisnes di social media secara efektif.


Saranan saya, eBook Surirumah Juga Boleh Bisnes wajib menjadi koleksi bahan bacaan setiap wanita tak kiralah anda adalah wanita bekerja, surirumah dan semestinya para suami digalakkan menghadiahkan eBook ini kepada wanita kesayangan anda.

Tahniah Puan Zaila Mohamad



P/S: Harga eBook ini cuma RM25 sahaja. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian.

No comments: