Thursday, April 30, 2015

Kali Pertama Seumur Hidup Buat Kek!

Iyer... Ayu bukanlah pompuan melayu terakhir yang hebat memasak.
Dah la tak hebat, malas pulak tuuuuuu.
Kesian nizam, dapat bini tak expert & malas masak.


Tapi, takat nak lepas tekak sekeluarga, boleh laaaa.
Melampau tu kalau tak reti masak langsung kannnn.
Ko dah kenapeeeee... 
So, kalau tahap buat kek dan biskut segala tu,
Memang wohaaaaa, gegar vaganza sangat tau!


Bulan lepas membawa ke awal bulan April mak ayu datang sini.
Suka anak-anak bila Nenek Jah ada sama.


Kebetulan masa tu, ada la lebihan bahan buat Dorayaki.
Eh! Iols tak share lagi kan resepi dorayaki yang iols buat.
Next time hokeyyyy. Dorayaki buruk rupa hahaha.
Tapi rasa sedap! Maklumlah, resepi googled.


Okey, berbalik kepada acara buat kek hari tu.
Bila dah rasa lapar petang-petang kan.
Nizam pulak outstation, maka try la google resepi kek paling mudah.
Dan of course dengan bahan paling mudah dan dah ada di dapur.


Maka, hari itu dalam sejarah.
Ayu Rashid buat kek uolssssss! Clapppp clapppp clappppppp!


Ini jer pun bahan yang ada. Telur pun ada 2 bijik jer. Auwww sesuatu pulak hahaha.
Ni kira kek nutella la yer.
Resepi ayu google, dan ada adjust sikit sebab bahan tak berapa nak complete.


Bermulalah acara membuat kek nutella mudah!


Kagum hariz tau bila mama dia nak buat kek



Ini tangan Nenek Jah kesayangan sedang mengacau tepung. Guna sudip kayu jer, iols manalah ada mixer.
Eh! betul kan nama benda alah tu mixer?



Sedia untuk diseksa di dalam oven.


Tadaaa... dah siap Kek Nutella Ayu Rashid
Dah macam rupa brownies pun yer jugak, hehehhe.
Alhamdulillah, sedap!
Since taip entry ni, ayu dah cuba buat kek butter resepi blogger cantik jelita Namee Roslan. Itu pun mudah dan sedap. Takder la susah mana buat kek ni kan? Cuma nak kena rajin jer... erkkk! masalahnya tak berapa rajin.


Ok... jumper lagi di lain resepi. Amboihhh!

Wednesday, April 29, 2015

Susun Atur| Mini Library di Dapur!



Kami sekeluarga menggunakan sepenuhnya ruang tamu dan dapur.
Sebabnya malas nak menapak turun naik tangga ke tingkat atas.


Ok, ni nak share gambar susun atur rak buku di dapur.
Berangan la konon ni mini library.
Walaupun buku seciput ajer.
Itu pun termasuk buku sekolah dania.

Ini jer pun. Kat lantai bawah rak tu simpan newspaper untuk mak nizam. Bila balik kampung, bawak balik. Mak nizam guna untuk lapik-lapik masa masak untuk elak minyak terpercik atas lantai.


Tak kisahlah letak kat dapur pun.
Yang penting senang nak ambik buku dan majalah.
Ini takder la kemas mana pun, asal boleh ajer.


Rak pun guna kabinet dapur gas dan rak buku murah cap Tesco.
Ikutkan, ayu suka rak yang ada pintu.
Kalau bersepah pun tak nampak hehehhee.
Susah la orang ada sindrom OCD ni.
Kemas pun tetap rasa tak puas hati, rasa semak jer mata ni.
Nanti ada bajet, nak beli rak buku ada pintu pulak.


2 rak tindih letak sekali. Letak terbalik so jadi lebih kukuh dan boleh letak buku tinggi berdiri





Tepi rak letak meja kecik untuk letak beg sekolah dania.


Berbaloi letak rak kat dapur camni, senang hariz nak capai buku. 


Since kat dapur, dekat meja makan... sinilah tempat ayu duduk makan sambil membaca kekadang tu.
Saya suka makan sambil membaca, dah jadi habit :)



Majalah Anjung Seri & Impiana saya letak kat dapur. Mudah nak capai baca bila nak makan hehehe.
Saya tengah carik rak majalah yang ada bakul, cantik pernah tengok orang share kat FB.
Dah beli nanti, boleh letak kat ruang tamu atau bilik as deco items. 

Wednesday, April 22, 2015

Memory Stroller Dania

Bila tengok stroller dania masa kemas-kemas rumah minggu lepas.
Terasa cepatnya masa berlalu.
Entah ada peluang lagi ke tidak tambah anak kan?

Umur dah 36.
Anak-anak dah umur 9 dan 4 tahun.
Ikutkan nak mengulang ada baby lagi, malas rasanya hahhaa.
Rasa 2 dah cukup, tapi rasa sikit sangat pulak.
Apa pun, bergantung pada rezeki.
Kalau ada, adalah... kalau ditakdirkan 2 ajer, ok jer.


Bila tengok stroller tu, rasa nak buang ajer.
Elok lagi... sebab jarang guna.
Ayu ni jenis apa tak suka dan rasa tak guna... suka buang.

Tapi kebetulan mak ayu ada masa berkemas tu.
Dia cakap janganlah buang, sayang.
Okey... daku pun simpan masuk dalam stor.
Kalu mak takder, memang dah selamat dah hehhee.



Down the memory lane.
Back on 2008, dania umur 3 tahun lebih.
Kat Melaka... hehehe kelakar tengok gambar ni.



Hheehhhee,,, gaya dania tu kelakar.
Dah tu, taknak duduk dalam tu... papa dia tolak la stroller sesajer, kan dah penat!

Tuesday, April 21, 2015

Wishlist - Roman Blind untuk Tingkap dekat Tangga

Salam semua.

Dalam banyak-banyak jenis langsir atau blind.
Roman blind yang paling ayu suka.
Sebab ianya simple, kemas dan nampak moden.

TAPI...
Harganya mahal ya hampuuunnnnnnnn.
Sekeping memang cecah ratus-ratus *lap peluh!


Raya ni, tak kira apa jadik, nak beli jugak sekeping roman blind.
Mungkin tempah kat Nilai 3 jer kot :(
Berangan nak tempah kat Elyza's, tapi confirm lagi mahal.
Sebab yang mahalnya sebab sekali dengan besi-besi blind tu.
Mungkin lepas tu boleh beli kain kat Elyza's tempah kainnya jer.
Sebab besi dah ada, murah la kan.

Apa pun, check bajet dulu tssskkk tskkkk.
Yang penting, berangan tu tak kena bayar :)
Dah ada 2 keping tapi untuk tingkap 3 panel. Bila pasang sekeping tak padan pulak dengan saiz tingkap tangga sebab tingkapnya 2 panel.

Tempah kat nilai 3 dalam tahun 2010, 2 keping RM450 kalau tak silap.

Dah la ayu bukak basuh roman blind ni, tak reti nak pasang semula tali-talinya!
Besi-besi blind pun dah tak complete dah, ntah mana-mana campak.
Ni pun just sangkut kat paku jer, nak tarik turun-bawah memang tak boleh dah la.


Ni ler tingkap tu.
Tak berkenan mata ni tengok besi tingkap warna hijau.
Tapi takder la sampai kami nak cat semula kan.
Bukan rumah sendiri pun sampai gril pun nak cat.
So, kasik cover dengan langsir/blind sudah.




Bayangkan letak roman blind... confirm meletopssss!
Duit jer tak meletopssss hehhehe.


Sekian dulu edisi berangan untuk hari ini.
Ok bai, wassalam.

Tuesday, April 14, 2015

Roti Daging Berkeju Masak Guna Oven

Ayu dah pernah share resepi roti daging berkeju kat blog ni.
Sebelum ni bakar guna pemanggang ajaib.
Kali ni, guna oven pulak. 
Laki dah belikan hujung bulan December 2014 lepas.

Bila bakar guna oven ni kan.
Lebih sedap sebab keju tu bebetul meleleh.
Perghhhhh! Heaven makanan berlemak berkirin ni.
Lantas melupakan impian nak kurus macam Maya Karin.


Maka, dalam entry taip laju-laju sebelum masuk waktu Maghrib ni.
Kita share gambar jer la.
Tukang taip ni pun telan ailio tengok roti daging berkeju ni.
Sebabnya buat ni beberapa bulan lepas dah hahaha.



Inti yang dijamin sedap hehehe

Tak snap gambar bahan-bahan. Ni jer snap.
Dah proses nak letak dalam loyang

Loyang kecik jer. Cukup ler 3 beranak nak makan. Hariz tak makan benda camni.

Dah masak. Kasik hangit-hangit sket, baru aummmmmm!

Nampak kegebuan inti yang dah sherasi berdansa dengan cheese?

Jemput... telan ailio sesamer hehehhee.


*Proses nak delete gambar sebenarnya, so kita share kat blog dulu.
Selamat menjamu mata.

P/S: Resepi sama jer dengan yang sebelum ni. Kalau nak cuba, boleh carik entry tu :)

Monday, April 13, 2015

Panduan Mula Bisnes Butik (Online/Offline)

Salam semua.

Ada tak antara korang atau kenalan korang yang sedang jalankan bisnes butik? Tak kiralah secara online atau offline, besar atau kecik bisnes tu.


Malah, kalau yang sedang dalam perancangan nak berbisnes pakaian (pakaian raya, shawl, tudung, pakaian kanak-kanak, etc) sempena nak raya nanti? Musim nak raya, of course para peniaga baru akan bercambah umpama bercambahnya cendawan selepas hujan. 


Nak mulakan sesuatu bisnes apa sekalipun, ILMU sangat penting. Tak dapat pegi belajor dengan sifu-sifu bisnes, kita ada pilihan belajar melalui eBook saja. Mudahnya zaman sekarang ni. 


Hari ni, ayu nak share tentang eBook yang boleh dikatakan WAJIB DIMILIKI oleh peniaga atau bakal peniaga butik iaitu: 

Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
(Penulis: Masayu Ahmad)

Isi Kandungan


Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2  Rangkaian industri butik
1.3  Ciri-ciri butik


Bab 2: Kemahiran
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun


Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat)
3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan


Bab 4: Modal (15 muka surat)
4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman


Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1  Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2  Panduan khidmat pelanggan
5.3  Kemahiran khidmat pelanggan
5.4  Cara menjual kepada setiap pelanggan


Bab 6: Pendaftaran bisnes


Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat)
7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional


Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)
8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online
Bab 9:  Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran


Bab 10: Organisasi/badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan          
         

Bonus 1
Bab 11: Pengalaman bisnes

11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan


Bonus 2
Bab 12 : Motivasi bisnes 

12.1  Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3  Lapan prinsip sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina



Cuba go through Isi Kandungan eBook Panduan Mula Bisnes Butik (Online/Offline) ni, agak-agak kita dah ada ke semua pengetahuan nak mulakan bisnes ni? Invest sikitttt jer duit untuk ilmu. InsyaAllah tak rugi pun. 


Salah satu cara ayu masih mampu bertahan dalam bisnes (walaupun ada yang ayu dah let go), ialah carik ilmu... carik ilmu... carik ilmu. Dan amalkan. Bukan beli buku simpan tak baca, memang tak ke mana la hehehhe.


Berapa harga eBook ni? 

HARGA: RM50 RM30 sahaja.


Murah giler kan? Ok, mesti ramai nak beli kan, sebab ayu tau ramai yang dah nak mulakan bisnes atau all out buat bisnes since dah nak dekat bulan Ramadhan dan musim GST! 


Jangan mengeluh dengan kenaikan harga barang. Ingat kerajaan nak layan ke keluhan kita? Kem salammmmm laaaaa. Hari ni dah 13hb April, maksudnya dah 13 hari kita dihantui GST. Memang terasaaaaaaaaaaa sangat kenaikan harga barang. 


Jadi, jika kita tak mampu mengubah apa-apa yang kerajaan dah tetapkan, nak taknak kita yang kena ubah diri kita. Mulakan dan teruskan bisnes dengan bijak. Tambah ilmu dulu. Nak income bisnes RM3000 sebulan, cuba invest dulu 'beli ilmu' dengan cuma harga RM30.


Boleh hubungi ayu untuk maklumat lanjut/pembelian. 


P/S: ada yang tanya, ebook ni macam mana beli?
Caranya mudah jer. Bila korang dah bank-in duit pada ayu, korang bagi email address. Then, ayu akan email eBook pada korang. eBook boleh print kalau korang nak baca version fizikal. Macam ayu, ayu akan print, maklumlah iols kan old skol. hehehhee.


Jumpa lagi.
Selamat Berbisnes buat anda. 

Change yourself before you change the world!

Friday, April 10, 2015

Resepi Shepherd Pie

Salam Jumaat semua.

Hamboih! Feeling blog masakan la pulak.
Well, laki dah belikan oven kan...
Kenalah sekali sekala hot-kan oven tu.

Kali ni nak share resepi shepherd pie
Macam biasa, resepi ni pun ayu google heh!


Since bahan-bahan semua dah ada (lebihan kuah spagheti).
Maka, terus la google resepi dan masak.


Resepi Shepherd Pie ni sangat mudah.
Puas makan sehingga menjilat sudu.


Bahan-bahan:
Tidak termasuk axion itu yer hehehe.


*Kuah untuk shepherd pie ni boleh guna resepi sama dengan kuah Spageheti.
Ni ayu gunakan kuah spagethi yang dah sediada buat sehari sebelumnya.
Saja buat kuah lebih sebab motif nak buat shepherd pie.
So, dah mudah kerja didapur sebab satu bahan utama dah ada.

Kupas kulit kentang.
Rebus
Lenyek
Masukkan susu segar
 (bajet sendiri banyak mana yer, jangan sampai cair sudah kentang tu)

Masukkan kuah
Tabur capsicum atau apa jua jenis sayur korang nak letak.

Masukkan kentang lenyek dan susu tadi
Ratakan

Letak cheehse
*Ayu letak mozarella & cheddar cheese banyak-banyak.
Tabur blackpper

Bakar
(Suhu 180. Masa 20 minit)
Kalau tak berapa masak, korang tambah lagi masa.
Ni main belasah jer letak timing hahaha.

Tingggggg! Dah siap.
Semerbak bau. Terus feeling berada di rumah ala-ala cottage pada musim sejuk.
Padahal panas ya Rabbi sekarang ni!

Sedap hokey!
Nampak, cheese meleley tuuuuu. Pastu feeling nak kurus macam Maya Karin.
Nan hadooooo kalu selera camni.


Selamat mencuba!

Thursday, April 9, 2015

Resepi Ketupat Sotong

Assalamualaikum.

Buat ketupat sotong ni bulan Februari lepas tak silap. Ni baru ada kesempatan nak share resepi ngan korang. 


Ewah! Padahal ayu pun mintak resepi dengan kawan sekolah. Well, biasa mak yang masak. Cuma tolong-tolong sumbat pulut dalam perut sotong jer. Lain semua iols tak amik tau. Orang rajin memang gini kan? So bila terasa sangat nak makan, barulah terhegeh-hegeh carik resepi.


Ni ayu share resepi ketupat sotong. Boleh la korang cuba nanti. 


Sotong amik yang kategori anak dara sunti gitu.
Hehehe, maksudnya jangan la besar sangat, tak sedap nanti - keras kejung.
Lagi meletop rasanya kalau sotong tu tengah gebu dengan telur. Perhghhh maveles!

Siang sotong tu sila buang kulitnya yer. Baru cantik rupa paras ketupat sotong korang.
Jangan malas-malas... ayu siang sotong sampai bersembur dakwat sotong kena baju.
Gigih sangat (padahal tak expert siang sotong hehe)

Basuh beras pulut. Elok rendam dalam air lebih kurang sejam biar pulut lebih lembut.
Santan segar (supaya aromanya lebih walllaaaaa)

Masukkan beras pulut dalam santan.
Kawan ayu punya resepi, dia letakkan sikit hirisan halia.
So, suka korang la nak letak ke tidak. Tapi jangan pulak sumbat halia tu dalam perut sotong.
Naya saper tergigit halia tu hehe.


Bahan untuk kuah:
Bawang merah, gula melaka, garam dan halba.
Kenal halba tak?
Halba tu yang orang buat nasi dagang tu. Kenal?
Tak kenal sudah... pegi kedai cakap jer nak beli halba.

Sumbat beras pulut yang direndam dengan santan tadi ke dalam perut sotong.
Jangan isi penuh yer, kesian sotong tu... meletup kegemukan dia nanti.
Isi separuh saja supaya beras pulut tu boleh mengembang dan masak dengan megahnya.

Pastu, korang cucuk dengan lidi atau stapler ajer kat bahagian depan sotong supaya beras tak terkeluar.

Masukkan semua bahan dan sotong tadi ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana. Tunggu dengan sabar untuk menikmati ketupat sotong.

Dah siap!
Gebu macam tuannya hehehhehee.

Ni terlebih gula melaka, tu warna coklat semacam.
Ok laa untuk kali pertama cuba kan?

Ni ringkasan bahan, pening korang nak carik dalam resepi ni hehhe.

Sotong
Santan segar
Halba
Halia
Bawang merah
Gula melaka
Garam
Lidi / Stapler


Sukatan: sila uruskan sendiri, korang nak buat sebanyak mana. Pandai-pandai la bajet yer. Orang tak berapa rajin masak dan tak pakar ni memang camni laaa. Nak kongsi resepi kononnya, tapi resepi tak complete. Jangan marah, cuba jer... pasti berjaya. InsyaAllah.

Wednesday, April 8, 2015

Pindah Bilik| Dari Bilik Utama ke Bilik Kedua

Assalamualaikum.


Ayu dan Nizam decide nak tukar bilik. Pindahkan katil masuk bilik yang letak barang (bilik warna pink-purple tu). Bilik ni la yang sebenarnya master bedroom (walaupun kecik jugak!). 

Bilik ni mengadap cahaya petang. Tapi, rasa lebih sejuk berbanding bilik sebelum ni sebab dapatlah jugak udara masuk tanpa terhadang sangat. Paling penting, bilik ni mengadap jalan dan gate. Walaupun tak nampak gate sebab terlindung bumbung beranda, boleh la jugak nampak rumah depan dan jalan.


Pastu skrip ayu buat tak menahan pulak tu:
"Kalau tidur kat bilik depan ni, kalu ada kebakaran ke... senang sikit dengar jiran jerit. Ni kalau bilik tengah, tertutup abes".


Terus nizam setuju hehehe.


So, sehingga saat entry ini ditaip, railing langsir tak pasang lagi! Drill nizam dah pinjam sebulan dari kawan dia. Memang cerah masa depan tuan dia mintak semula sebelum nizam guna. Ni dah kali ketiga pinjam tapi hampeh tak buat! 


Masa ni langsir pasang sebelah jer, sebab lagi selai tak jumpa. Beberapa hari lepas tu baru jumpa bila kemas-kemas almari pakaian. Haaaa! Dahsyat betul tahap Ayu menyumbat barang sampai langsir pun boleh terpisah-pisah dengan geng dia.


Langsir kat bilik kelabu dan dania just sangkut dan ikat kat grill dengan tali rafia. Sakit dimata ni melihatnya! Bilik master yang kitorang baru pindah duduk ni ok la sebab dah ada railing. Tapi railing biasa jer la. Malas nak snap gambar, nanti ayu snap. 


Langsir mak nizam tolong jahitkan. Ada beli 5 meter kat Nagoya Segamat bulan lepas. Pastu mak dia tolong jahitkan juga tape putih untuk 4 keping langsir yang pernah beli sebelum ni (tahun lepas!) tapi tak pernah guna sebab takder railing lagi. Buat sementara ni, guna jer dulu mana yang sediada. Kumpul duit nak tempah langsir Elyza's asyik kebocoran jer duitnya. Huhuhu. Belum rezeki, dah sampai masanya, pasti dapat. Nak jugak tuuuuuu.


Buat sementara waktu ni, inilah keadaan bilik master. Bilik lain pun dah siap kemas ala kadar. Dah 5 bulan bilik bersepah-sepah. 5 bulan okey! Bukan 5 hari atau 5 minggu. Penat mata tengok keadaan teruk camtu.

Kat ruang ni la ayu berangan nak letak sebijik wing chair dan stool.
Tapi semalam ayu dah masukkan almari solek dan sebuah drawer baju letak sini.
Tapi masih muat lagi kalau nak letak wing chair kat bilik. L
Boleh letak kat hujung dekat meja bulat pink tu. Eh! Berangan sangat kan.



Ini pun kemas sebab terdesak bila mak dan adik ayu datang 3 minggu lepas. Kalau tak, memang ayu pun malas nak kemas selagi tak buat railing langsir tu. Malas nak berkemas banyak kali. Tapi terpaksalah jugak.


Eh! Tapi end up berlonggok tidur kat bawah jugak. Bilik panas macam sauna, tak sanggup nak korbankan lemakku secara tidak sengaja :) Panas luarbiasa la zaman sekarang ni. Siang malam panas. Bila la duit nak turun dari langit nak sambar ekon sebijik.


Pasal cadar, ayu lebih suka guna cadar cotton berbanding quilt. Cotton sejuk dan tak rasa rimas. Lepas ni nak ganti guna cadar Akemi dan Jean Perry masa kawen dulu jer. Lagi cun sebab plain dan warna cream.
Okey. Jumpa lagi.

Dekorasi Bilik: Pindah Bilik

Assalamualaikum.


Ayu dan Nizam decide nak tukar bilik. Pindahkan katil masuk bilik yang letak barang (bilik warna pink-purple tu). Bilik ni la yang sebenarnya master bedroom (walaupun kecik jugak!). 

Bilik ni mengadap cahaya petang. Tapi, rasa lebih sejuk berbanding bilik sebelum ni sebab dapatlah jugak udara masuk tanpa terhadang sangat. Paling penting, bilik ni mengadap jalan dan gate. Walaupun tak nampak gate sebab terlindung bumbung beranda, boleh la jugak nampak rumah depan dan jalan.


Pastu skrip ayu buat tak menahan pulak tu:
"Kalau tidur kat bilik depan ni, kalu ada kebakaran ke... senang sikit dengar jiran jerit. Ni kalau bilik tengah, tertutup abes".


Terus nizam setuju hehehe.


So, sehingga saat entry ini ditaip, railing langsir tak pasang lagi! Drill nizam dah pinjam sebulan dari kawan dia. Memang cerah masa depan tuan dia mintak semula sebelum nizam guna. Ni dah kali ketiga pinjam tapi hampeh tak buat! 


Masa ni langsir pasang sebelah jer, sebab lagi selai tak jumpa. Beberapa hari lepas tu baru jumpa bila kemas-kemas almari pakaian. Haaaa! Dahsyat betul tahap Ayu menyumbat barang sampai langsir pun boleh terpisah-pisah dengan geng dia.


Langsir kat bilik kelabu dan dania just sangkut dan ikat kat grill dengan tali rafia. Sakit dimata ni melihatnya! Bilik master yang kitorang baru pindah duduk ni ok la sebab dah ada railing. Tapi railing biasa jer la. Malas nak snap gambar, nanti ayu snap. 


Langsir mak nizam tolong jahitkan. Ada beli 5 meter kat Nagoya Segamat bulan lepas. Pastu mak dia tolong jahitkan juga tape putih untuk 4 keping langsir yang pernah beli sebelum ni (tahun lepas!) tapi tak pernah guna sebab takder railing lagi. Buat sementara ni, guna jer dulu mana yang sediada. Kumpul duit nak tempah langsir Elyza's asyik kebocoran jer duitnya. Huhuhu. Belum rezeki, dah sampai masanya, pasti dapat. Nak jugak tuuuuuu.


Buat sementara waktu ni, inilah keadaan bilik master. Bilik lain pun dah siap kemas ala kadar. Dah 5 bulan bilik bersepah-sepah. 5 bulan okey! Bukan 5 hari atau 5 minggu. Penat mata tengok keadaan teruk camtu.

Kat ruang ni la ayu berangan nak letak sebijik wing chair dan stool.
Tapi semalam ayu dah masukkan almari solek dan sebuah drawer baju letak sini.
Tapi masih muat lagi kalau nak letak wing chair kat bilik. L
Boleh letak kat hujung dekat meja bulat pink tu. Eh! Berangan sangat kan.



Ini pun kemas sebab terdesak bila mak dan adik ayu datang 3 minggu lepas. Kalau tak, memang ayu pun malas nak kemas selagi tak buat railing langsir tu. Malas nak berkemas banyak kali. Tapi terpaksalah jugak.


Eh! Tapi end up berlonggok tidur kat bawah jugak. Bilik panas macam sauna, tak sanggup nak korbankan lemakku secara tidak sengaja :) Panas luarbiasa la zaman sekarang ni. Siang malam panas. Bila la duit nak turun dari langit nak sambar ekon sebijik.


Pasal cadar, ayu lebih suka guna cadar cotton berbanding quilt. Cotton sejuk dan tak rasa rimas. Lepas ni nak ganti guna cadar Akemi dan Jean Perry masa kawen dulu jer. Lagi cun sebab plain dan warna cream.

Okey. Jumpa lagi.

Monday, April 6, 2015

Nak Jadi Working at Home Mom?

Assalamualaikum.

Beruntungnya korang zaman sekarang ni berbanding masa Ayu mula-mula berhenti kerja dulu. Nowadays, banyak sangat peluang nak jana pendapatan dari rumah. Selain itu, pelbagai sumber nak tambah ilmu tentang bisnes dari rumah samada secara online atau offline. Free atau berbayar. Tapi, biasanya yang berbayar lebih dihargai. Kan?


Jika korang nak ilmu, panduan, motivasi dan perkongsian berkaitan bekerja dari rumah, working at home mom, idea home based business dan perkara berkaitan kerja dari rumah, bulan April ni Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) tawarkan 2 pakej eBook dengan harga RM50 sahaja. 


2 buah ebook adalah yang baru saja dilancarkan iaitu:
  • Surirumah Juga Boleh Bisnes (Puan Zaila Mohamad)
  • Yeay! Mama Sudah Resign (Puan Masayu Ahmad)


Korang boleh pilih antara dua pakej ini. Yang membezakan cuma sebuah eBook sahaja samada:

101 Idea Home-Based Business




Super WAHM, Super Mom


Siapa patut miliki eBook ini?

  • Peniaga online
  • Nak berniaga tapi tak tau idea bisnes apa
  • Surirumah
  • Wanita Bekerja dari Rumah (WAHM)
  • Wanita Bekerja yang ada impian nak berhenti kerja dan buat bisnes
  • Wanita dalam dilema nak kerja ke nak berhenti kerja
  • Wanita yang dah bosan kerja
  • Surirumah yang dah bosan dok di rumah (kes tepu hehe)
  • Wanita inginkan motivasi
  • Wanita yang suka membaca dan menambah ilmu
  • Wanita yang ingin upgrade diri
  • Wanita yang suka baca kisah motivasi orang lain

RM50 sahaja untuk 3 ebook. 
Sangat berbaloi berbanding harga asal.


Berminat nak tau lebih lanjut atau nak beli boleh contact Ayu:
013 - 255 0727


Nanti ayu share isi kandungan untuk semua eBooks ni dalam next entry.
Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...