Wednesday, April 8, 2015

Dekorasi Bilik: Pindah Bilik

Assalamualaikum.


Ayu dan Nizam decide nak tukar bilik. Pindahkan katil masuk bilik yang letak barang (bilik warna pink-purple tu). Bilik ni la yang sebenarnya master bedroom (walaupun kecik jugak!). 

Bilik ni mengadap cahaya petang. Tapi, rasa lebih sejuk berbanding bilik sebelum ni sebab dapatlah jugak udara masuk tanpa terhadang sangat. Paling penting, bilik ni mengadap jalan dan gate. Walaupun tak nampak gate sebab terlindung bumbung beranda, boleh la jugak nampak rumah depan dan jalan.


Pastu skrip ayu buat tak menahan pulak tu:
"Kalau tidur kat bilik depan ni, kalu ada kebakaran ke... senang sikit dengar jiran jerit. Ni kalau bilik tengah, tertutup abes".


Terus nizam setuju hehehe.


So, sehingga saat entry ini ditaip, railing langsir tak pasang lagi! Drill nizam dah pinjam sebulan dari kawan dia. Memang cerah masa depan tuan dia mintak semula sebelum nizam guna. Ni dah kali ketiga pinjam tapi hampeh tak buat! 


Masa ni langsir pasang sebelah jer, sebab lagi selai tak jumpa. Beberapa hari lepas tu baru jumpa bila kemas-kemas almari pakaian. Haaaa! Dahsyat betul tahap Ayu menyumbat barang sampai langsir pun boleh terpisah-pisah dengan geng dia.


Langsir kat bilik kelabu dan dania just sangkut dan ikat kat grill dengan tali rafia. Sakit dimata ni melihatnya! Bilik master yang kitorang baru pindah duduk ni ok la sebab dah ada railing. Tapi railing biasa jer la. Malas nak snap gambar, nanti ayu snap. 


Langsir mak nizam tolong jahitkan. Ada beli 5 meter kat Nagoya Segamat bulan lepas. Pastu mak dia tolong jahitkan juga tape putih untuk 4 keping langsir yang pernah beli sebelum ni (tahun lepas!) tapi tak pernah guna sebab takder railing lagi. Buat sementara ni, guna jer dulu mana yang sediada. Kumpul duit nak tempah langsir Elyza's asyik kebocoran jer duitnya. Huhuhu. Belum rezeki, dah sampai masanya, pasti dapat. Nak jugak tuuuuuu.


Buat sementara waktu ni, inilah keadaan bilik master. Bilik lain pun dah siap kemas ala kadar. Dah 5 bulan bilik bersepah-sepah. 5 bulan okey! Bukan 5 hari atau 5 minggu. Penat mata tengok keadaan teruk camtu.

Kat ruang ni la ayu berangan nak letak sebijik wing chair dan stool.
Tapi semalam ayu dah masukkan almari solek dan sebuah drawer baju letak sini.
Tapi masih muat lagi kalau nak letak wing chair kat bilik. L
Boleh letak kat hujung dekat meja bulat pink tu. Eh! Berangan sangat kan.



Ini pun kemas sebab terdesak bila mak dan adik ayu datang 3 minggu lepas. Kalau tak, memang ayu pun malas nak kemas selagi tak buat railing langsir tu. Malas nak berkemas banyak kali. Tapi terpaksalah jugak.


Eh! Tapi end up berlonggok tidur kat bawah jugak. Bilik panas macam sauna, tak sanggup nak korbankan lemakku secara tidak sengaja :) Panas luarbiasa la zaman sekarang ni. Siang malam panas. Bila la duit nak turun dari langit nak sambar ekon sebijik.


Pasal cadar, ayu lebih suka guna cadar cotton berbanding quilt. Cotton sejuk dan tak rasa rimas. Lepas ni nak ganti guna cadar Akemi dan Jean Perry masa kawen dulu jer. Lagi cun sebab plain dan warna cream.

Okey. Jumpa lagi.

1 comment:

asha k said...

betul lah sekarang panas. my place yang dulu boleh tdo pki comforter, sekarang rasa mcm taknak pki baju. haha. and tengah berdoa jugak turun duit dari langi nak sambar ekon satu. 2 ke tiga pun boleh jugak. letak kat ruang tamu, bilik anak. wahah berangan tapi fulus mana fulus

btw hai ayu. aishah here