Friday, April 24, 2015

Prinsip Bisnes Saya untuk Produk Hai-O Marketing

Assalamualaikum.

Ada yang tanya Ayu, samada daripada kalangan rakan-rakan yang ayu kenal dan juga strangers, adakah ayu masih lagi menjalankan bisnes Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. Atau bisnes apa yang ayu buat sekarang, macam banyak jer. Ke semua tak menjadik?


Eh! Jangan la cakap camtu, apa kita cakap tu doa. Doakanlah semua ayu buat menjadi, dan menjadi kaya-raya yang memberi manfaat dunia dan akhirat kepada diri sendiri, keluarga, dan orang lain. Amin.



Menjawab soalan tu, samada masih lagikah menjalakan bisnes Hai-O, jawapannya ialah YA MASIH LAGI. CUMA... ayu hanya menjual produk sahaja. Tidak lagi mengembangkan networking atau dengan bahasa mudahnya mencarik/mendapatkan downlines.


Sebab ayu dah tak dapat nak commit diri sebagai Upline (Leaders) disebabkan kekangan lokasi, masa dan sebetulnya ayu tak sesuai dengan jaringan bisnes sebegini. Full stop! Tapi, YES! Ayu masih lagi menjual produk, sebab ayu yakin dengan produk-produk Hai-O in terms of quality, keberkesanan dan halalnya.


Walaupun harga produk dah naik banyak sejak 1/2/2015 lepas, tapi bila produk tu bagus dan serasi dengan kita, of course kita tetap akan beli walaupun gigil-gigil jari masa nak transfer duit tru maybank2u untuk order melalui stokis.


Oh ya, untuk pengetahuan korang, bila beli barang ayu dah tak pergi stokis, ayu cuma order melalui Whatsapp dan transfer duit pada stokis di Seksyen 9 Shah Alam. Urusan pos tu stokis yang uruskan. Jadi, itulah sebabnya ayu masih lagi menjual produk sebab ayu tak perlu ke stokis yang dah sangat jauh dari Semenyih nan permai ini (permailah sangat hahaha).


Jadi, korang masih lagi boleh beli produk-produk Hai-O daripada Ayu. Jika nak tanya pasal produk atau Premium Beautiful khususnya pun boleh. Sebab ada jer yang contact ayu (strangers yang beli Premium Beautiful daripada agent lain) yang tanya pasal kesan pakai Premium Beautiful, macam mana nak basuh, macam mana nak hantar repair, etc... mengadu yang agent dorang beli tak dapat dikesan dah dan ada yang tak layan pun buyer dia tu.


Tak baik buat orang macam tu. Kita bisnes buat sebab $$$$ semata, kita bisnes niat kena betul, ikhlas nak memberi nilai dan menyelesaikan masalah orang. Jangalah bisnes touch and go saja. Lepas dah jual ko biar buyer tu terkial-kial. Cuba tempatkan diri kita kat tempat orang tu, beli produk harga ribu-ribu, lepas tu buat derkkk ajer. Iskkkkk, not good tau. 


Jadi, kalau yang baca entry ni ada nak tanya apa-apa, jangan segan contact Ayu, InsyaAllah ayu tolong setakat mampu. Tapi tru Whatsapp jer la yer :)



Kalau Friends ayu kat Facebook mesti perasan yang Ayu dah lamaaaaaa tak share pasal produk-produk Hai-O. Ni salah satu sebab ramai tanya dah tak buat ke bisnes ni? 


Sebenarnya atas nasihat daripada Cikgu June Mohd Som (Cikgu Online Positioning), beliau advice ayu untuk Position-kan diri di Facebook untuk Akademi Bekerja di Rumah sahaja dulu untuk setengah tahun (dari bulan Januari - June 2015). 


Ini sebenarnya senang cerita, untuk bina branding diri Ayu di Facebook. Di media social lain, masih boleh promote produk lain seperti biasa. Lepas daripada 6 bulan tu, ayu boleh promote atau sharing semula produk/bisnes lain di Facebook. Jadi, janganlah pelik yer. Ini semua teknik online marketing sajer. 


Jadi, ayu gunakan Instagram untuk promote produk Hai-O. CUMA, bila guna Instagram, data lajuuuu sangat. Tu yang ayu jarang guna Instagram. Kalu guna pun masa nizam ada kat rumah, ayu menumpang guna Hotspot handphone dia hhahaha. Jimat ler data wifi i keh keh kehhhh. 


Kat blog pulak, jarang jugak share, sebab kadang-kadang tatau nak share pasal apa. Tapi syukur alhamdulillah, masih ada yang contact, sebab dorang dapat info pasal bisnes ayu buat ni di Google (melalui entry-entry lama). Tak sesia gigih update blog dari dulu walaupun rasa blog ni sendu jer :)



Ayu juga nak highlight-kan disini, bahawa ayu punyai prinspip sendiri untuk promosi dan menjawab pertanyaan orang tentang produk.


1. Ayu tidak akan share gambar atau testimoni yang mendedahkan aurat individu lain dan diri sendiri. 

Kalau dulu masa kemaruk bisnes dan zaman tak berapa nak insaf tu, selamba jer tunjuk-tunjuk. Bila tengok balik, rasa nak hantuk kepala kat dinding. Maafkan saya jika saya pernah share gambar yang tidak menepati syarak. Rasanya semua dah takder, semua saya dah remove. Semoga tiada entry yang saya terlepas pandang.


2. Saya tidak akan over-claimed tentang produk
Bila orang bertanya atau sharing, saya akan berikan maklumat produk berdasarkan apa produk info dan pengalaman saya sendiri (bagi produk yang saya guna) dan juga testimoni orang lain yang saya rasa meyakinkan. Korang mesti faham maksud over-claimed kan?



3. Anda boleh jer nak tanya apa pun, tak beli takper. 
Tiada paksaan. Saya sedia melayan anda. Tapi kalu beli lagi bagus. hahahha. Jangan rasa bersalah kalau tanya tapi tak beli, okey? Kalau rasa masa tu tak mampu lagi beli, tapi nak tanya dulu boleh jer. Tapi lepas tu kumpul duit, carik i semula tau :)



4. Beli dengan saya, anda akan dapat harga diskaun! 
Sebabnya saya meniaga jenis tak sampai hati hehehe. Lagi pun, saya kan order melalui online jer, takder nak abis duit minyak pun nak ke stokis. Jadi, tak perlulah saya nak berkira sangat. Lagi-lagi kalau produk untuk kesihatan, asalkan sama-sama dapat manfaat, saya dah cukup happy. 


5. Saya yakin dengan produk-produk Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd, jadi anda pun boleh meyakininya.


6. Saya kini ber-majikan direct dengan Allah swt. 
Saya yakin pada rezeki DIA. Sebab tu saya memilih prinsip-prinsip di atas, kerana saya inginkan rezeki yang benar-benar berkat. Biar sedikit, asalkan berkat dan saya senang hati. Saya dah 'tua' untuk peningkan kepala untuk hal dunia sahaja. Saya bisnes untuk saham dunia dan akhirat dan menambah nilai pada orang lain. 



Itu jer buat masa ni. Semoga apa yang saya terangkan ini dapat menjawab persoalan sesiapa saja yang tertanya-tanya. Cuma, saya ni kadang on-off jer semangat menjualnya tu hehehhee. Biasalah, dah namanya bisnes kan, ada masa rajin dan malasnya, up & down-nya. Lumrah la tu. Tapi kalau ada orang nak beli, saya akan layan dan jual seperti biasa. 


Sekian celoteh berjela-jela di pagi Jumaat. Wassalam. 

7 comments:

Anonymous said...

ai ayu..saya pun baru join hai-O ..tapi sampai sekarang masih belum dapat member card dan business kit...sedangkan pembayaran pendaftaran ahli telah saya buat. upline saya pulak bising2 kenapa saya tak up iklan dekat fb dan sebab tu kad saya masih tak dapat. sedankan saya mendaftar sebagai ahli.

Snow Heart said...

As salam ayu. Blh dptkn instagram ayu? Atau no hp? Blh wasap utk order produk hai-o ni. Sy pengguna sabun marine. Suka dgn sabun ni sbb hari tu kulit saya ada gatal2 merah. Bila guna sabun ni, Alhamdulillah....gatal2 tu dh hilang. Body wash pon bagus jgk.

ummi mia said...

Boleh sy taw nama fb dan instagram

Anonymous said...

Saya baru join stg April 2016 dan baru promote melalui fb dlm sebulan, sama macam Ayu, prinsip saya, do not overclaim..cuma bagi info, contoh testimonial yang berkenaan,dan x janji yg produk tu berkesan, sebab bergantung pada tindakbalas badan masing2..
Suruh customer cuba dulu, kalau berkesan, alhamdulillah..kalau x berkesan, kita x boleh buat apa2..
Upline saya x pernah paksa apa2..cuma syer ilmu dan bagi motivasi..
So far, sy rasa ok dgn business ni & produk pun berkualiti

Anonymous said...

Saya pon baru join sebulan..mmg btol la smua bergantung pd leader.bagusnya leader yg x paksa apa2.patut pon dorg guide kita tp jgn la smpai seolah2 amik alih terus fb kita.smua kita post dia nk cek satu2.sedangkan tengok fb team leader lain okay je x overclaimed kan.kdg2 stress nk blah je.kdg2 naik balik smgt.

Anonymous said...

http://directsellingnews.com
Hai-o ni nombor 101 kot

Anonymous said...

http://directsellingnews.com
Hai-o ni nombor 101 kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...