Thursday, April 9, 2015

Resepi Ketupat Sotong

Assalamualaikum.

Buat ketupat sotong ni bulan Februari lepas tak silap. Ni baru ada kesempatan nak share resepi ngan korang. 


Ewah! Padahal ayu pun mintak resepi dengan kawan sekolah. Well, biasa mak yang masak. Cuma tolong-tolong sumbat pulut dalam perut sotong jer. Lain semua iols tak amik tau. Orang rajin memang gini kan? So bila terasa sangat nak makan, barulah terhegeh-hegeh carik resepi.


Ni ayu share resepi ketupat sotong. Boleh la korang cuba nanti. 


Sotong amik yang kategori anak dara sunti gitu.
Hehehe, maksudnya jangan la besar sangat, tak sedap nanti - keras kejung.
Lagi meletop rasanya kalau sotong tu tengah gebu dengan telur. Perhghhh maveles!

Siang sotong tu sila buang kulitnya yer. Baru cantik rupa paras ketupat sotong korang.
Jangan malas-malas... ayu siang sotong sampai bersembur dakwat sotong kena baju.
Gigih sangat (padahal tak expert siang sotong hehe)

Basuh beras pulut. Elok rendam dalam air lebih kurang sejam biar pulut lebih lembut.
Santan segar (supaya aromanya lebih walllaaaaa)

Masukkan beras pulut dalam santan.
Kawan ayu punya resepi, dia letakkan sikit hirisan halia.
So, suka korang la nak letak ke tidak. Tapi jangan pulak sumbat halia tu dalam perut sotong.
Naya saper tergigit halia tu hehe.


Bahan untuk kuah:
Bawang merah, gula melaka, garam dan halba.
Kenal halba tak?
Halba tu yang orang buat nasi dagang tu. Kenal?
Tak kenal sudah... pegi kedai cakap jer nak beli halba.

Sumbat beras pulut yang direndam dengan santan tadi ke dalam perut sotong.
Jangan isi penuh yer, kesian sotong tu... meletup kegemukan dia nanti.
Isi separuh saja supaya beras pulut tu boleh mengembang dan masak dengan megahnya.

Pastu, korang cucuk dengan lidi atau stapler ajer kat bahagian depan sotong supaya beras tak terkeluar.

Masukkan semua bahan dan sotong tadi ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana. Tunggu dengan sabar untuk menikmati ketupat sotong.

Dah siap!
Gebu macam tuannya hehehhehee.

Ni terlebih gula melaka, tu warna coklat semacam.
Ok laa untuk kali pertama cuba kan?

Ni ringkasan bahan, pening korang nak carik dalam resepi ni hehhe.

Sotong
Santan segar
Halba
Halia
Bawang merah
Gula melaka
Garam
Lidi / Stapler


Sukatan: sila uruskan sendiri, korang nak buat sebanyak mana. Pandai-pandai la bajet yer. Orang tak berapa rajin masak dan tak pakar ni memang camni laaa. Nak kongsi resepi kononnya, tapi resepi tak complete. Jangan marah, cuba jer... pasti berjaya. InsyaAllah.

1 comment:

Ezy Loy said...

kalo kat teganu, kuahnya kaler putih..
hihi,,
sedapnye tupat sotong..
nyumm