Wednesday, April 29, 2015

Susun Atur| Mini Library di Dapur!



Kami sekeluarga menggunakan sepenuhnya ruang tamu dan dapur.
Sebabnya malas nak menapak turun naik tangga ke tingkat atas.


Ok, ni nak share gambar susun atur rak buku di dapur.
Berangan la konon ni mini library.
Walaupun buku seciput ajer.
Itu pun termasuk buku sekolah dania.

Ini jer pun. Kat lantai bawah rak tu simpan newspaper untuk mak nizam. Bila balik kampung, bawak balik. Mak nizam guna untuk lapik-lapik masa masak untuk elak minyak terpercik atas lantai.


Tak kisahlah letak kat dapur pun.
Yang penting senang nak ambik buku dan majalah.
Ini takder la kemas mana pun, asal boleh ajer.


Rak pun guna kabinet dapur gas dan rak buku murah cap Tesco.
Ikutkan, ayu suka rak yang ada pintu.
Kalau bersepah pun tak nampak hehehhee.
Susah la orang ada sindrom OCD ni.
Kemas pun tetap rasa tak puas hati, rasa semak jer mata ni.
Nanti ada bajet, nak beli rak buku ada pintu pulak.


2 rak tindih letak sekali. Letak terbalik so jadi lebih kukuh dan boleh letak buku tinggi berdiri





Tepi rak letak meja kecik untuk letak beg sekolah dania.


Berbaloi letak rak kat dapur camni, senang hariz nak capai buku. 


Since kat dapur, dekat meja makan... sinilah tempat ayu duduk makan sambil membaca kekadang tu.
Saya suka makan sambil membaca, dah jadi habit :)



Majalah Anjung Seri & Impiana saya letak kat dapur. Mudah nak capai baca bila nak makan hehehe.
Saya tengah carik rak majalah yang ada bakul, cantik pernah tengok orang share kat FB.
Dah beli nanti, boleh letak kat ruang tamu atau bilik as deco items. 

4 comments:

nadiah hanum said...

Baru terperasan, nad belum follow blog ayu lagi...ok2 sekarang jugak mak follow..hehe...eh, best la idea camni, senang anak2 nak capai buku kan...best2!

Lenny Boniface Jubilee said...

Wah. Kemas dan cantik. Memang bagus juga OCD ni. Rumah sentiasa kemas.

Ayu Rashid said...

Nadiah: Terima kasih nyah :) senang capai dan senang sepah... hehehhe

Ayu Rashid said...

Lenny: Letih tau jadik OCD ni... cuba sedaya mungkin nak 'abaikan', tapi selalu tak terdaya.. huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...