Thursday, April 2, 2015

Ulasan Buku| Bekerja dan Berniaga - Panduan Untuk Suri

Judul: Bekerja dan Berniaga - Panduan Kejayaan Untuk Suri
Penulis: Azura Abdullah
Penerbit: Jootawan Group


Apabila seseorang 'bercerita' melalui pengalaman yang dilalui, penyampaian itu pasti akan sampai ke hati. Kerana pengalaman adalah guru yang paling mahal harganya. Itulah yang dapat saya rasai apabila membaca buku hasil garapan pengalaman daripada Puan Azura Abdullah bertajuk Bekerja dan Berniaga - Panduan Untuk Suri.



Buku ini mengandungi 14 bab yang digarap dengan tersusun dan mudah difahami. 



Para pembaca akan mendapat idea untuk memulakan perniagaan ketika anda masih bekerja tanpa menjejaskan waktu kerja hakiki anda. Keberkatan rezeki untuk anda yang berniaga sambil bekerja adalah sangat penting kerana kita mungkin 'mencuri' waktu bekerja hakiki untuk tujuan bisnes.


Penulis berkongsi pengalaman beliau dan anak-anak berniaga dengan sumber yang ada. Jika kita kreatif, apa saja yang 'laku dijual' boleh kita niagakan. Sememangnya apa yang dilakukan oleh Penulis pasti memberi inspirasi buat para pembaca.


Di dalam buku ini juga Penulis berkongsi cara untuk menjalankan bisnes melalui medium Online dengan modal yang paling minimum dan bisnes tanpa modal langsung. Jika anda tiada idea atau kekangan modal untuk berbisnes, di dalam buku ini anda akan temui jawapannya. Malah, anda juga boleh mendapat peluang berniaga bersama Penulis!


Penulis juga berkongsi tips pengurusan masa peribadi, majikan dan bisnes yang mana perkara ini adalah perkara yang sangat 'kritikal' bagi individu yang bekerja dan berniaga. Cara Penjenamaan Diri juga turut diberikan agar kita dapat menempatkan diri di dunia 'maya' yang sangat 'sibuk'. 


Selebihnya, anda bacalah buku ini. Saya jamin ia tidak akan mengecewakan anda. Malah anda sanggup menghabiskan buku ini dalam masa satu hari sahaja. Setiap helaian mukasurat pasti menaikkan adrenalin anda!


Saya list-kan buku Bekerja dan Berniaga - Panduan Untuk Suri sebagai buku motivasi bisnes yang WAJIB anda miliki jika anda ingin mengubah kedudukan kewangan dan kehidupan anda sekeluarga.



Terima kasih Puan Azura Abdullah untuk garapan yang sangat bermanfaat ini. Saya doakan semoga Puan Azura dilimpahi rezeki melimpah ruah dan kesihatan yang baik untuk terus berkongsi.

2 comments:

nor said...

sharing yang amat bermanfaat..
t,kasih puan..salam singgah dari saya

Irda Garmin said...

thanks kak for info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...