Friday, May 29, 2015

Yeay! Cuti Sekolah Datang Lagi


Esok dah start cuti sekolah pertengahan tahun.
Sakan dah dania dan hariz tak sabar nak balik Besut.


Lama dah tak balik Besut, sebab Nenek Jah yang selalu datang.
Syukur dah tak kerja, kalau kerja memang tak balik ler walaupun cuti panjang.


Nanti Ayu beroperasi dari Besut saja.
Bisnes  berjalan seperti biasa, semoga internet lajuuuu ler kat sana.
Biasa agak sendu hehhehehe.


Ok semua, selamat bercuti.
Selamat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.


P/S: Pendaftaran sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) dan kelas-kelas ABDR berjalan seperti biasa. Boleh hubungi Ayu di 013 - 255 0727 (Whatsapp sahaja)


Wassalam dan jumpa lagi :)

Wednesday, May 27, 2015

SOHO| Printer Hadiah Besday daripada Suami

Bila dah makin serius kerja dari rumah *amboi statement poyoonyaaa!
Rasa tak lengkap dan susahnya takder printer.
Lagi-lagi ayu dah kemaruk beli ebook.
Errrrr, dan juga download ebook versi Free. Heh!

Biasanya, ayu akan grab jer ebook free berkaitan ilmu bisnes dan marketing.
Kalau yang beli pun banyak dah ayu beli.


Ilmu dan sharing daripada orang lain ni penting untuk bisnes.
Biasalah, bisnes ada pasang surutnya.
Kita kena kekalkan momentum dan sentiasa upgrade ilmu.
Walaupun kekadang beli atau download tu dok perap jer dalam folder.
Yang penting ada. Hehehhehe.
Tapi, biasanya ayu akan baca.


Actually, inilah salah satu tips WAHM untuk kekalkan momentum.
Sebab ramai yang tanya tips macam mana nak jadi WAHM berjaya.
Eh! I belum berjaya lagi. Masih jauh lagi perjalanan.
Ini pun baru bangkit semula, malah terkial-kial lagi.


Nasihat Ayu, mudah ajer.
Jangan berkira duit untuk ilmu.


Sebab ramai antara kita, nak beli eBook atau buku fizikal RM10 - RM50 terasa mahal.
Tapi kalau harga shawl dengan nilai tu, kita rasa murahnyaaa.
Kita bandingkan ilmu nak buat duit dengan nilai macam tu, memang susah.


Contohnya eBook-ebook Akademi Bekerja di Rumah.
Kalau korang tengok, memang dah pakej lengkap untuk dapat ilmu dan tips nak jadi WAHM
Atau nak berniaga dengan modal minimum.

Kita invest duit untuk ilmu.
Ilmu apa? Ilmu nak buat duit.
Rugi ke? Jawapan tu ada pada diri masing-masing :)



Haaa. kalau tak melalut, bukan ayu namanya LOLS!
Maka, marilah kita kembali ke pangkal jalan cerita,
Iaitu berkaitan PRINTER :)



Lama dah beli printer Canon ni. Bulan Januari lepas.
Nizam hadiahkan as besday present.
Mana tak hadiahkan, dah bini asyik menuntut ajer nak printer hehe.
Duit sendiri kedeks. Well, selagi laki mampu kannnn.
Lagi pun, harga printer ni cuma RM200++ jer.


Printer Canon ni ada functions utk print, photostat dan scan.
Kualiti hasil cetakan pun ok sangat. Puas hati!



View SOHO bila dah ada printer.
Agak messy dan saya tak suka. Serabut heehhee.


Ayu letak atas meja bulat. Tak letak atas meja kerja, sebab printer ni agak besar, makan space



Sesi print eBook



Ni antara eBook yang ayu suka baca. Ni versi Free.
Now dah ada versi buku fizikal. Ayu dah beli pun bukunya.
Beli la korang, best buku ni. Kawan FB ayu ada jual, kalau nak tau contact Ayu, nanti ayu bagitau details seller tu.

Buku ni pun kena re-stock untuk cetakan. Terlajak larisss weehhhhhh.
Eh! Macam aku pulak jual buku ni hehehhhe.
Takper, pasal ilmu yang baik untuk dunia akhirat, kita sama-sama share. 


By the time ayu update entry ni, printer tu ayu dah simpan pun.
Letak dalam plastik hitam (plastik sampah ler hehe).
Pastu letak dalam almari.


Alah, bukan tiap-tiap hari guna pun.
Bila nak guna baru gigih ayu keluarkan.
Daripada duduk kat meja berhabuk dan bikin semak mata, baik simpan.


Alhamdulillah, satu daripada wishlist 2015 tercapai sudah.
SesungguhNya Dia akan berikan apa kita idamkan pada waktu yang tepat.


Jumpa lagi. Wassalam.

Monday, May 25, 2015

Resepi Ayam Panggang Rosemary

Resepi Ayam Panggang Rosemary ni saya amik di sini
*Mekasih Kak Jah untuk resepi ni"


Kak Jah gunakan sekor ayam yang seksi.
Saya cuma guna part paha yang gebu.
Beli 5 ketul, hamik ko... sampai muak makan hahaha.


Oh yer, masa beli bahan nak masak ni ler S3 i hilang.
Sobbb sobbbb sobbbb. Tragedy sangat tau ayam panggang ni.



Saja lebihkan beli sayur, baru lawa sket bila dah letak dalam plate. Amboih


Resepi korang tengok la kat link blog Kak Jah tu yer.
Ni nak show off gambar jer hhehhehee



Ayam ni ayu bungkus dalam aluminium foil, sebab nizam nak yang bungkus dalam tu.
Tu yang ayam jadik putih.
Ayu rasa kalau tak bungkus lagi sedap kot, sebab ada rasa hangit-hangit dan warna ayam pun lebih seksi bila macam ada terbakor kulitnya.

Ini putih cream ajor, cam tak best sangat.
Jadi ayu sarankan, nak buat ayam panggang rosemary ni, ikut jer sebijik cam Kak Jah buat tu.

But as overall, alhamdulillah sedap!
Puas makan ayam dan segala sayur tu.


Bulan Ramadhan nanti elok la sekali sekala masak ayam panggang.
Kalau beli kat bazaar ramadhan sekor ayam panggang mau cecah RM28++ sekor kan?
Lagi kan tahun lepas pun dah RM22 - RM25 sekor.


Masak sendiri lagi puas hati *especially untuk yang family besar.
Cuma rajin ke tidak jer la kan, macam ayu masak ni manjang malas hehhee.


Tapi, bila meroyan nak makan tu, laju jer google resepi,
Itu yang tetiber 'muncul' idea nak buat ayam panggang.
Dapat ayam panggang, hp pulak hilang. Oh! Sadis.



Sunday, May 24, 2015

Resepi Sira Nenas

Pernah tak korang dengar ungkapan macam ni:

"Bila seseorang tu dah pergi selamanya, setiap apa yang dia gemari pasti akan mengingatkan kita pada dia"


Tak kira berapa lama pun dia telah pergi, namun ia tetap terpahat dalam ingatan.
Pada saat itu, kita akan merasa rindu sangatttt.
Rindu yang tiada ubatnya, sampai menitis airmata.


Begitu juga dengan Ayu.
Lebih-lebih lagi bila nak menjelang bulan Ramadhan ni.
Makin sayu kenangkan arwah ayah dan abang. 


Arwah ayah ayu meninggal dunia pada 3//6/2003.
Bermakna, akan genap 12 tahun pada 3/6/2015 nanti.


Antara makanan kegemaran arwah ayu pada bulan puasa ialah Sira Buah Nenas.
Selalu dia beli, lepas tu suruh mak buat 'jeruk'.
Biasa sana panggil sira ni jeruk.


Biasa kalau kita beli buah nanas yang rasanya masam, takder mood nak makan kan?
Jadi, ayu nak share resepi sira nanas.
Gunakan nenas dah masak yer.
Nanas yang manis pun sedap jugak jeruk.
Sebab bila air gula dan air nenas dan bercampur, sedapnyaaa!



Caranya mudah saja.


1. Kupas nenas.

2. Potong nenas
(bentuk sesuka hati la yer)\

3. Tabur gula 
(kuantiti gula ikut suka korang, kalu nenas tu masam, lebihkanlah gula) 

Ayu suka potong bulat, senang.


Dah potong dan tabur gula, letak dalam peti.
Biar sejukkkkk baru maveles!



Bila tengok gula dan cair dan dah ada air keluar jadi macam kuah, boleh la makan.


Jika airnya banyak, boleh buat cicah dengan roti.
Atau, masa makan nenas tu, hirup sekali dengan 'kuah'nya tu.
Makan masa sejuk-sejuk tu, memang yummyyy to the max!



Selamat mencuba!

Friday, May 22, 2015

Dekorasi Bilik| Kombinasi Warna Pink & Biru

Ayu siap kemaskan bilik dania ni masa dia gi sekolah.
Macam biasa la, 'berkemas' dengan hariz!

Sampai berebut vacuum ngan dia. Geram betul.
Kerja buleh siap sejam dah jadi 2 jam.

Tapi bila dah siap, dia cakap:
"Wah! Cantiknya bilik Alish"

Wah! Ko dah kenapa nak bilik warna pink!
Parah!


Lantaklah lantai tu tak hilang pun simen-simen melekat tu.
Bukan rumah aku pun nak beria bersihkan. Buat-buat tak nampak sudah.
Paling tak pun, letak jer karpet nanti.

Malas nak buang masa dan tenaga membersihkan rumah orang.
Bukan salah kami pun lantai tu penuh simen tu, salah tukang buat rumah.

*sebenarnya ada sedikit bengang, tu yang malas nak menjaga sangat. tapi tak sesesuailah citer kat sini, cukuplah kami dan few kawan rapat ayu jer tau.


Jom. Cuci mata.
Malas nak taip panjang-panjang. Hariz dok mintak nasik goreng.





3 ekor ni yang nizam kasik masa kawan ngan ayu dulu.
Masa nak kat kiter kan.

Now, aku suh tebuk railing langsir dan gantung lukisan pun nak masuk 2 tahun tak buat-buat jugak.
Cesssss sangat kan!












Petang ni nak balik Keratong pulak.
Berkemas pun belum. Letih sebenarnya asyik balik kampung ni.
Tapi, daripada dok dalam rumah ni lagi bosan.
Kalu kat kampung, buleh jugak amik angin kat beranda rumah mak.
Sini panas ya ampun! Macam sauna kat beranda.


Ok, siap entry untuk 3 buah bilik kat rumah kami.

Selamat berhujung minggu uols.

Dekorasi Bilik| Bilik Coklat Bertukar Pink Putih!

Bila pindah sini, kami cat bilik ni warna putih + dark brown.
Lama-lama, warna makin buruk jadinya.

Jadi, decide cat semula juga dengan kaler soft.
Putih dan pink (cat lebihan bilik warna pink purple).
Jimat, buat apa membazir beli cat lagi dah dinding terrible macam ni.



Teringat dinding Istana Kayangan dulu. Puas hati dok situ, takder masalah pun berbanding dok sini.
Sememangnya saya menyesal pindah sini!

Merawat hati yang lara akibat penyesalan pindah sini.
Layan dulu sekeping gambar bilik ni sebelum di cat pink.




Sedia untuk dicat.



Alihkan katil biar jauh dari tingkap nak elak bahang.
Katil dah buruk giler dah, beli pun murah jer kat Perabot Bahagia masa dania baby lagi.
Tu bertompok kaler cream kat katil tu bekas cat la tu hehhee.
Adik ayu la mengecat masa kat Shah Alam dulu, habes melekat kat katil.


Nak tengok katil antik tak?
Siap ikat okey!
Ko hadoooo? Mesti kalu korang dah campak katil ni kan?

Erkkkk, sememangnya nak jugak beli baru, sebab nak bagi semangat kat dania tdo dalam bilik dia ni.
Tapi, tunggulah dulu. Selagi buleh guna, gunal jer dulu. hehhehe


Next entry, ayu share gambar bilik yang dah siap kemas.


Thursday, May 21, 2015

Dekorasi Bilik| Bilik Tidak lagi Kelabu

Rajin pulak update blog, kata nak update esok pasal bilik kelabu ni.
Ada masa, buat jer terus. 
Eh ehh, padahal ada jer kerja lain nak buat heheeee.


Ayu suruh dania dok dalam bilik ni, tapi dia taknak.
Dia nak bilik kecik jugak, dasar penakut la tuuuu.
Kalau dia dok dalam bilik ni, muat la letak meja study dan rak buku.



Dah dia taknak, rasanya nak letak sofa gemuk LShape dalam bilik ni.
Tak tau la muat ke tak. 
Kalau muat pun, memang sendat ler sebab sofa tu besar gedabak.
Kat bawah macam dah takder space nak letak.
Kalu letak jugak, memang semak rasanya.


Nizam suruh bagi orang atau let go jer sofa ni murah-murah. 
Amboi, bagi orang tuuuu. Mentang-mentang bukan duit dia.
Re-upholstery saja dah RM700, tak sampai 2 tahun lepas.
Hari tu promote jugak nak let go RM500, tapi rasa sayang pulak. Terus cancel ahhahaha.
Dasar suka kumpul harta karun.

Eh! Sungguh pun macam ni, cap Cavenzi jer pun, design sofa ni cantik.
Duduk pun selesa jer, buleh biar tdo lagi.
Tapi, sofa iols sorry yer, tidak dibenarkan tidur!
Kalau nizam tertidur atas ni, esok memang kene bebel hahahaha.

Tapi, sejak dah order sofa baru, takper... tidur lah atas tu, tak marah dah heheh.
Ini dah jadi tempat hariz main perang-perang otromen hokey.
Berdebar mak nak bersofa baru tau bila anak buat main atas sofa.
OKEY! Melalut sudaaaaa!



Buat sementara waktu, sebelum sofa baru siap (kami tempah).
Ayu deko dulu bilik kelabu yang dah tak kelabu ni macam ni:


Dan... Inilah warna cat terkini untuk bilik ini.
Tiada lagi feature wall sobbb sobbbbb. Dah tak naik serinya.

Almari baju saya saja hehehee. Tapi, kalau berjalan dok ulang tayang baju sama.
Baju (most of it is top) adalah kain see thru, tu tak berapa nak pakai dah.
Tengah cari solution macam mana nak pakai. Sayang la sebab kebanyakannya baruuuu sangat lagi.

Letak rak tv yang sebelum ni di dapur. Meja kopi ni beli sekali dengan sofa dan rak tv kat Cavenzi dulu.
Menyesal beli saiz besar, sebab makan space. Tu letak kat atas jer, sebab tak suka banyak barang dekat area sofa.
Eh! Tapi rasa nak beli meja kopi baru yang bulat dan kecik jer sebelum raya ni.
Ada aku kene sekeh kepala ngan nizam ni ahahhha.


Dekat area tikar biru tu la nak cuba letak sofa nanti. Semoga muatlah yer.
Buat sementara ni, kononnya inilah bilik santai.

Cat dinding area tingkap tu warna putih ajer.
Kesian nak suruh nizam cat seluruh bilik, sebab warna kelabu lite tu dah lebih kurang putih jugak pun.
Ntah, takder mood dah nak melawa rumah ni. Asal tak kotor sudah ler.


Sebenarnya bila dah bawak naik sofa, ayu nak jadikan bilik ni as family room.
Tapi, panas ke main kat atas ni, tak sanggup rasanya nak melepak kalu panas macam sauna.


Ayu dan bumga... bagaikan irama dan lagu hehehehe



By the time ayu update entry ni,
Ayu dah ubah sikit dekorasi bilik ni hehee.
Tunggu... 

Dekorasi Bilik| Bila Dinding Mula Berkulat

Mula-mula kita buat sesi #Throwback dulu.

'Warna' asal bilik
Ni dinding bilik yang kami cat Kelabu semasa kami mula menyewa disini.
Masuk jer rumah ni, satu rumah kami cuci.
Lantai bukan takat vacuum dan mop. tapi basuh terus!

Dinding takyah cakap la, hazab!
Dinding bilik ok la lagi. Tapi dinding ruang tamu, fuyooo!






Ayu pilih konsep warna kelabu untuk bilik ni.
Ayu pilih cat kaler kelabu gelap as feature wall, dan lite kelabu untuk non-feature wall




Inilah hasilnya lepas di cat

Beberapa dekorasi yang diubahsuai, alih sana sini jer pun!








Malangnya, cantik dinding tu tak kekal lama.
Membazir duit dan tenaga nizam mengecat jer!
Dinding bilik ni jadi berkulat juga seperti dinding living hall!
Arghhhh! Stress nya aku dok sini.


Nampak tompok-tompok putih itu? Yer, buruk ya hampunnn.



End up, kami decide untuk cat semula. 

Cina kedai cat cakap, pilih warna cat yang tak terang.
Maksudnya, no more la kaler ala-ala cat minyak, kaler striking atau terang.
Dah tu, baik cat putih jer. Geram aku hahahaa.

Jadi, ayu pilih kaler kelabu yang paling lite.
Sedeh, tak dapat dah nak ber-feature wall.




Proses mengecat.




Tingkap 2 bilik iaitu bilik ni dan bilik hariz tuan rumah dah tukar ke tingkap jenis macam ni.

Sebabnya tingkap lama jadi penyebab air hujan masuk yang menyebabkan bumbung dapur bocor.
Dah la orang buat kerja ni cincai giler buat kerja.
Tak kemas kerjanya, pastu bersepah-sepah simen dan pasir.
Buat kerja macam tak ikhlas dan tangkap muat jer. 
Jenuh membersihkan lepas tu. sampai simen melekat-lekat atas lantai.


Lepas pada ni la kami alihkan katil queen ni ke bilik purple dania.
*Entry semalam tu


Nanti ayu share dekorasi bilik ni dalam entry esok.
KBye.

Wednesday, May 20, 2015

BILIK KEDUA TERKINI!

Tak pasti dah pernah share ke tak di blog.
Bulan Mac lepas kami berdua alihkan katil daripada bilik kelabu ke bilik purple.
Bila cuba dok dalam bilik, rasanya bilik depan yang mengadap cahaya petang ni lebih sejuk.
Dan of course lagi besar (wp tak besar mana pun!),  berbanding bilik kelabu.


Bilik ni yang sebenarnya master bedroom.
Tapi sebelum ni kami jadikan bilik dania aka bilik stor!
Cuma bilik stor versi tak bersepah (sangattt laaa).


Hari ni, ayu share dulu gambar bilik purple ni.
Hari-hari akan datang, gambar bilik kelabu dan bilik coklat.
Bila dah alih alih perabot ni, adalah sikit perubahan.
Wp perabot sama jer huhuuuuu.
Railing langsir pun tak pasang lagi huuuuuuu huuuuuu lagi.


Mak mertua kesayangan dah jahitkan langsir untuk bilik.
So, untuk masa ni, langsir pink baru untuk bilik purple ni jer dapat pasang.
Jahit simple jer. Kain pun cap nagoya RM8/m.
Beli 5 meter, dapat la buat 2 keping.


Untuk langsir bilik-bilik, ayu decide nak buat yang biasa jer.
Dan taknak gantung railing sampai siling.
Railing pun nak guna railing besi biasa jer.
Tak mau yang kayu-kayu tu wp semuanya dah ada (dari rumah SA).


Motif taknak langsir sampai siling ialah sebab nak mudahkan kerja.
Sebab bilik kuat berhabuk.
Bila langsir tak tinggi dan pendek.
Nak bukak-pasang pun senang.
Basuh pun tak berat *macam la basuh pakai tangan!


Berdasarkan pengalaman berlangsir ni.
Bila railing langsir tu tinggi, banyak guna kain.
Jadi, nak menukar dan basuh tu malasnyaaaaaaaaaaaaaaaa.
Tepu la habuk kat langsir tu, makan tahun baru cuci ngeeeeeee.


Jadi, bila langsir pendek ni, kain pun jimat.
Buleh la berangan nak beli kain mahal sikittttttt sebab tak banyak guna kain.


Amboi introduction, ke mainnnnn melalut-lalut.
Nah... dipersembahkan dekorasi bilik sempit yang tak seberapa ni.


Gambar blur pulak hehhee. Dinding tu apsal lah jadi cam ada garis-garis tu.
Warna sekata jer sebenarnya tu.
Cuma dinding ni pun dah macam start berkulat, cuma tak teruk macam dinding biru living hall dulu.

Malas dah nak cat-cat, bukan rumah sendiri pun nak beria sangat.
Asal tidak berconteng dan buruk keadaan macam baru duduk dulu dah memadai dah. 




Letakkan katil jauh dari tingkap untuk elak haba
*jauhlah sangat, sekangkang hariz jer pun dari tingkap!







Area almari solek dan drawer baju










Bunga rose tangkai panjang dulu dah potong pendek-pendek. Letak dalam vase kaca dan jadikan gubahan bulat macam tuannya



Area tepi tingkat dan hujung katil

Sikit jer ruang yang tinggal. Bilalah nak dapat rumah bilik lapang macam bilik ayu kat kampung.



Area sini la ayu berangan nak letak sebijik wing chair & stool.
Sudut membaca la kunun. Tapi macam tak muat jer.



Hariz suka main kat atas karpet ni, sedap bergolek-golek sebab gebu,





TIPS DEKORASI TANPA KELUARKAN BAJET

Bila nak tukar selera dekorasi, ayu just alih-alihkan bantal jer la. 
Contohnya:











Ada orang sedang busy. Ni kembar siam saya. Berkepit sokmo. 
Mama mengemas, dia pun 'mengemas'.
Kalau larang buat sepah dia akan cakap: Baik Kapten!

Pengaruh otromen sangat!