Thursday, May 21, 2015

Dekorasi Bilik| Bila Dinding Mula Berkulat

Mula-mula kita buat sesi #Throwback dulu.

'Warna' asal bilik
Ni dinding bilik yang kami cat Kelabu semasa kami mula menyewa disini.
Masuk jer rumah ni, satu rumah kami cuci.
Lantai bukan takat vacuum dan mop. tapi basuh terus!

Dinding takyah cakap la, hazab!
Dinding bilik ok la lagi. Tapi dinding ruang tamu, fuyooo!






Ayu pilih konsep warna kelabu untuk bilik ni.
Ayu pilih cat kaler kelabu gelap as feature wall, dan lite kelabu untuk non-feature wall




Inilah hasilnya lepas di cat

Beberapa dekorasi yang diubahsuai, alih sana sini jer pun!








Malangnya, cantik dinding tu tak kekal lama.
Membazir duit dan tenaga nizam mengecat jer!
Dinding bilik ni jadi berkulat juga seperti dinding living hall!
Arghhhh! Stress nya aku dok sini.


Nampak tompok-tompok putih itu? Yer, buruk ya hampunnn.



End up, kami decide untuk cat semula. 

Cina kedai cat cakap, pilih warna cat yang tak terang.
Maksudnya, no more la kaler ala-ala cat minyak, kaler striking atau terang.
Dah tu, baik cat putih jer. Geram aku hahahaa.

Jadi, ayu pilih kaler kelabu yang paling lite.
Sedeh, tak dapat dah nak ber-feature wall.




Proses mengecat.




Tingkap 2 bilik iaitu bilik ni dan bilik hariz tuan rumah dah tukar ke tingkap jenis macam ni.

Sebabnya tingkap lama jadi penyebab air hujan masuk yang menyebabkan bumbung dapur bocor.
Dah la orang buat kerja ni cincai giler buat kerja.
Tak kemas kerjanya, pastu bersepah-sepah simen dan pasir.
Buat kerja macam tak ikhlas dan tangkap muat jer. 
Jenuh membersihkan lepas tu. sampai simen melekat-lekat atas lantai.


Lepas pada ni la kami alihkan katil queen ni ke bilik purple dania.
*Entry semalam tu


Nanti ayu share dekorasi bilik ni dalam entry esok.
KBye.

1 comment:

cik hani said...

kak yu.. rumah sewa saya dulu pun berkulat dinding. geli bukan main lagi.. sampaikan letak langsir untuk tutup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...