Friday, May 22, 2015

Dekorasi Bilik| Kombinasi Warna Pink & Biru

Ayu siap kemaskan bilik dania ni masa dia gi sekolah.
Macam biasa la, 'berkemas' dengan hariz!

Sampai berebut vacuum ngan dia. Geram betul.
Kerja buleh siap sejam dah jadi 2 jam.

Tapi bila dah siap, dia cakap:
"Wah! Cantiknya bilik Alish"

Wah! Ko dah kenapa nak bilik warna pink!
Parah!


Lantaklah lantai tu tak hilang pun simen-simen melekat tu.
Bukan rumah aku pun nak beria bersihkan. Buat-buat tak nampak sudah.
Paling tak pun, letak jer karpet nanti.

Malas nak buang masa dan tenaga membersihkan rumah orang.
Bukan salah kami pun lantai tu penuh simen tu, salah tukang buat rumah.

*sebenarnya ada sedikit bengang, tu yang malas nak menjaga sangat. tapi tak sesesuailah citer kat sini, cukuplah kami dan few kawan rapat ayu jer tau.


Jom. Cuci mata.
Malas nak taip panjang-panjang. Hariz dok mintak nasik goreng.





3 ekor ni yang nizam kasik masa kawan ngan ayu dulu.
Masa nak kat kiter kan.

Now, aku suh tebuk railing langsir dan gantung lukisan pun nak masuk 2 tahun tak buat-buat jugak.
Cesssss sangat kan!












Petang ni nak balik Keratong pulak.
Berkemas pun belum. Letih sebenarnya asyik balik kampung ni.
Tapi, daripada dok dalam rumah ni lagi bosan.
Kalu kat kampung, buleh jugak amik angin kat beranda rumah mak.
Sini panas ya ampun! Macam sauna kat beranda.


Ok, siap entry untuk 3 buah bilik kat rumah kami.

Selamat berhujung minggu uols.

4 comments:

Aty_Fared said...

waaaaahhh..habes dah semua bilik bertukar wajah ni..rajin akak.. :)

cik hani said...

berkemas dengan anak puas hati bila dah siap kemas.. berbaloi duk gaduh berebut vacuum pun.. hahaha

Ayu Rashid said...

ini bukan rajin aty. tapi sesi spring cleaning kerja tukang rumah pemalas hehehe. terpaksa huhuu

Ayu Rashid said...

mana tau nanti hariz jadi ala2 eric leong kan ;)