Wednesday, May 20, 2015

BILIK KEDUA TERKINI!

Tak pasti dah pernah share ke tak di blog.
Bulan Mac lepas kami berdua alihkan katil daripada bilik kelabu ke bilik purple.
Bila cuba dok dalam bilik, rasanya bilik depan yang mengadap cahaya petang ni lebih sejuk.
Dan of course lagi besar (wp tak besar mana pun!),  berbanding bilik kelabu.


Bilik ni yang sebenarnya master bedroom.
Tapi sebelum ni kami jadikan bilik dania aka bilik stor!
Cuma bilik stor versi tak bersepah (sangattt laaa).


Hari ni, ayu share dulu gambar bilik purple ni.
Hari-hari akan datang, gambar bilik kelabu dan bilik coklat.
Bila dah alih alih perabot ni, adalah sikit perubahan.
Wp perabot sama jer huhuuuuu.
Railing langsir pun tak pasang lagi huuuuuuu huuuuuu lagi.


Mak mertua kesayangan dah jahitkan langsir untuk bilik.
So, untuk masa ni, langsir pink baru untuk bilik purple ni jer dapat pasang.
Jahit simple jer. Kain pun cap nagoya RM8/m.
Beli 5 meter, dapat la buat 2 keping.


Untuk langsir bilik-bilik, ayu decide nak buat yang biasa jer.
Dan taknak gantung railing sampai siling.
Railing pun nak guna railing besi biasa jer.
Tak mau yang kayu-kayu tu wp semuanya dah ada (dari rumah SA).


Motif taknak langsir sampai siling ialah sebab nak mudahkan kerja.
Sebab bilik kuat berhabuk.
Bila langsir tak tinggi dan pendek.
Nak bukak-pasang pun senang.
Basuh pun tak berat *macam la basuh pakai tangan!


Berdasarkan pengalaman berlangsir ni.
Bila railing langsir tu tinggi, banyak guna kain.
Jadi, nak menukar dan basuh tu malasnyaaaaaaaaaaaaaaaa.
Tepu la habuk kat langsir tu, makan tahun baru cuci ngeeeeeee.


Jadi, bila langsir pendek ni, kain pun jimat.
Buleh la berangan nak beli kain mahal sikittttttt sebab tak banyak guna kain.


Amboi introduction, ke mainnnnn melalut-lalut.
Nah... dipersembahkan dekorasi bilik sempit yang tak seberapa ni.


Gambar blur pulak hehhee. Dinding tu apsal lah jadi cam ada garis-garis tu.
Warna sekata jer sebenarnya tu.
Cuma dinding ni pun dah macam start berkulat, cuma tak teruk macam dinding biru living hall dulu.

Malas dah nak cat-cat, bukan rumah sendiri pun nak beria sangat.
Asal tidak berconteng dan buruk keadaan macam baru duduk dulu dah memadai dah. 




Letakkan katil jauh dari tingkap untuk elak haba
*jauhlah sangat, sekangkang hariz jer pun dari tingkap!







Area almari solek dan drawer baju










Bunga rose tangkai panjang dulu dah potong pendek-pendek. Letak dalam vase kaca dan jadikan gubahan bulat macam tuannya



Area tepi tingkat dan hujung katil

Sikit jer ruang yang tinggal. Bilalah nak dapat rumah bilik lapang macam bilik ayu kat kampung.



Area sini la ayu berangan nak letak sebijik wing chair & stool.
Sudut membaca la kunun. Tapi macam tak muat jer.



Hariz suka main kat atas karpet ni, sedap bergolek-golek sebab gebu,





TIPS DEKORASI TANPA KELUARKAN BAJET

Bila nak tukar selera dekorasi, ayu just alih-alihkan bantal jer la. 
Contohnya:











Ada orang sedang busy. Ni kembar siam saya. Berkepit sokmo. 
Mama mengemas, dia pun 'mengemas'.
Kalau larang buat sepah dia akan cakap: Baik Kapten!

Pengaruh otromen sangat!

3 comments:

cik hani said...

kemas bilik kak yu..

luas jugak tu..still boleh solat dalam bilik..

JaJa_NoRLiza said...

Eh kira luas la gak bilik ni ayu..bilik rumah sy lg cenonet tau....

ellysa emran said...

macam bilik perantin dah tgk alas cadar tu.... :)