Sunday, May 24, 2015

Resepi Sira Nenas

Pernah tak korang dengar ungkapan macam ni:

"Bila seseorang tu dah pergi selamanya, setiap apa yang dia gemari pasti akan mengingatkan kita pada dia"


Tak kira berapa lama pun dia telah pergi, namun ia tetap terpahat dalam ingatan.
Pada saat itu, kita akan merasa rindu sangatttt.
Rindu yang tiada ubatnya, sampai menitis airmata.


Begitu juga dengan Ayu.
Lebih-lebih lagi bila nak menjelang bulan Ramadhan ni.
Makin sayu kenangkan arwah ayah dan abang. 


Arwah ayah ayu meninggal dunia pada 3//6/2003.
Bermakna, akan genap 12 tahun pada 3/6/2015 nanti.


Antara makanan kegemaran arwah ayu pada bulan puasa ialah Sira Buah Nenas.
Selalu dia beli, lepas tu suruh mak buat 'jeruk'.
Biasa sana panggil sira ni jeruk.


Biasa kalau kita beli buah nanas yang rasanya masam, takder mood nak makan kan?
Jadi, ayu nak share resepi sira nanas.
Gunakan nenas dah masak yer.
Nanas yang manis pun sedap jugak jeruk.
Sebab bila air gula dan air nenas dan bercampur, sedapnyaaa!



Caranya mudah saja.


1. Kupas nenas.

2. Potong nenas
(bentuk sesuka hati la yer)\

3. Tabur gula 
(kuantiti gula ikut suka korang, kalu nenas tu masam, lebihkanlah gula) 

Ayu suka potong bulat, senang.


Dah potong dan tabur gula, letak dalam peti.
Biar sejukkkkk baru maveles!



Bila tengok gula dan cair dan dah ada air keluar jadi macam kuah, boleh la makan.


Jika airnya banyak, boleh buat cicah dengan roti.
Atau, masa makan nenas tu, hirup sekali dengan 'kuah'nya tu.
Makan masa sejuk-sejuk tu, memang yummyyy to the max!



Selamat mencuba!

No comments: