Wednesday, May 27, 2015

SOHO| Printer Hadiah Besday daripada Suami

Bila dah makin serius kerja dari rumah *amboi statement poyoonyaaa!
Rasa tak lengkap dan susahnya takder printer.
Lagi-lagi ayu dah kemaruk beli ebook.
Errrrr, dan juga download ebook versi Free. Heh!

Biasanya, ayu akan grab jer ebook free berkaitan ilmu bisnes dan marketing.
Kalau yang beli pun banyak dah ayu beli.


Ilmu dan sharing daripada orang lain ni penting untuk bisnes.
Biasalah, bisnes ada pasang surutnya.
Kita kena kekalkan momentum dan sentiasa upgrade ilmu.
Walaupun kekadang beli atau download tu dok perap jer dalam folder.
Yang penting ada. Hehehhehe.
Tapi, biasanya ayu akan baca.


Actually, inilah salah satu tips WAHM untuk kekalkan momentum.
Sebab ramai yang tanya tips macam mana nak jadi WAHM berjaya.
Eh! I belum berjaya lagi. Masih jauh lagi perjalanan.
Ini pun baru bangkit semula, malah terkial-kial lagi.


Nasihat Ayu, mudah ajer.
Jangan berkira duit untuk ilmu.


Sebab ramai antara kita, nak beli eBook atau buku fizikal RM10 - RM50 terasa mahal.
Tapi kalau harga shawl dengan nilai tu, kita rasa murahnyaaa.
Kita bandingkan ilmu nak buat duit dengan nilai macam tu, memang susah.


Contohnya eBook-ebook Akademi Bekerja di Rumah.
Kalau korang tengok, memang dah pakej lengkap untuk dapat ilmu dan tips nak jadi WAHM
Atau nak berniaga dengan modal minimum.

Kita invest duit untuk ilmu.
Ilmu apa? Ilmu nak buat duit.
Rugi ke? Jawapan tu ada pada diri masing-masing :)



Haaa. kalau tak melalut, bukan ayu namanya LOLS!
Maka, marilah kita kembali ke pangkal jalan cerita,
Iaitu berkaitan PRINTER :)



Lama dah beli printer Canon ni. Bulan Januari lepas.
Nizam hadiahkan as besday present.
Mana tak hadiahkan, dah bini asyik menuntut ajer nak printer hehe.
Duit sendiri kedeks. Well, selagi laki mampu kannnn.
Lagi pun, harga printer ni cuma RM200++ jer.


Printer Canon ni ada functions utk print, photostat dan scan.
Kualiti hasil cetakan pun ok sangat. Puas hati!



View SOHO bila dah ada printer.
Agak messy dan saya tak suka. Serabut heehhee.


Ayu letak atas meja bulat. Tak letak atas meja kerja, sebab printer ni agak besar, makan space



Sesi print eBook



Ni antara eBook yang ayu suka baca. Ni versi Free.
Now dah ada versi buku fizikal. Ayu dah beli pun bukunya.
Beli la korang, best buku ni. Kawan FB ayu ada jual, kalau nak tau contact Ayu, nanti ayu bagitau details seller tu.

Buku ni pun kena re-stock untuk cetakan. Terlajak larisss weehhhhhh.
Eh! Macam aku pulak jual buku ni hehehhhe.
Takper, pasal ilmu yang baik untuk dunia akhirat, kita sama-sama share. 


By the time ayu update entry ni, printer tu ayu dah simpan pun.
Letak dalam plastik hitam (plastik sampah ler hehe).
Pastu letak dalam almari.


Alah, bukan tiap-tiap hari guna pun.
Bila nak guna baru gigih ayu keluarkan.
Daripada duduk kat meja berhabuk dan bikin semak mata, baik simpan.


Alhamdulillah, satu daripada wishlist 2015 tercapai sudah.
SesungguhNya Dia akan berikan apa kita idamkan pada waktu yang tepat.


Jumpa lagi. Wassalam.

4 comments:

cik hani said...

kalau ada printer memang memudahkan suri rumah. tak payah nak print kat CC.
kalau bekerja dah tentu2 tumpang print kat opis.. hahaha

cara mengatasi asma tanpa obat said...

Model printernya apa ya? kelihatannya hasil printingnya sangat bagus...

Fyda Noh said...

Tahniah... saya pon lagi suka baca buku fizikal daripada baca kat pc. sakit mata i, tak boleh bawak berbaring lagi tu..

saye niza said...

hmmm.terkenang printer baru rosak. dah lama printer tu setia, tapi bab jasa tu biase2 jer haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...