Monday, May 18, 2015

Tuhan Sedang Menguji Saya

Lama tak bersiaran. Eh! Hari ni dah 18.5.2015 pun kan. 
Baru 1st entry untuk bulan Mei.
I like sebab setiap 18hb, quota porta wifi celcom saya akan di renew.
Merasa la internet laju. Kalau dah hujung bulan memang bosan giler.
Loading tak lepas-lepas.
Walaupun guna 2 wifi kat rumah, tapi tetap hazab. 
Rasa nak guna unifi jer. Tapi bajet nan adooo.


6.5.2015 lepas handphone S3 ayu hilang kat Tesco Semenyih.
Tak tau la, tercicir ke. pick pocket ke.
Sebab ayu letak dalam handbag, then letak dalam troli.
Troli tu nizam jaga sambil dia duduk-duduk main games.
Sampai bayar barang kat kaunter baru ayu amik beg tu semula.


Pastu ada 2x kuarkan purse masa beli barang kat sebuah kedai sama.
Perasa hp dah takder masa masuk dalam kereta nak balik.
Pi masuk semula tesco carik, tapi memang takder harapan la.
Cuba call 2x, ada ringing.
Pastu ayu sms guna hp nizam mintak tolong pulangkan.
Then call lagi sekali, terus no more ringing.
Maksudnya, hp tu dah kat tangan orang.
Beraya la dia, sebab wp hp tu dah lama *beli masa S3 baru released
Tapi ayu jaga hp tu sepenuh kasih sayang.
Senang citer takder calar depan belakang sebab ada casing dan screen protector.


Takperlah, Allah nak sucikan rezeki.
Sampai takat tu jer rezeki ayu bersama S3 yang banyak jasanya.
Syukur ayu dah transfer semua gambar.
Sebab pada ayu gambar keluarga adalah sangat bernilai.
Gambar bisnes dan contact bisnes pun semua dalam tu.
Semua gone!
Takper, Allah nak bagi yang lebih baik.


Cuma as for now, belum lagi beli hp baru.
Merasa la guna semula samsung tab zaman baru start biz Hai-O dulu.
Tab tu baru lagi sebab tak guna dah.
Anak-anak pun taknak guna sebab bateri cepat kong.
Dah ada samsung tab lain, dorang taknak guna yang tu.
Memang bersimpan jer la selama bertahun-tahun ni.


Ayu ni merungut juga kat nizam.
Seksa guna tab yang asyik kena bersambung ngan charger.
Off jer charger, mati terus tab tu wawaaaaaa.
Nak menaip pun seksa, sebab tak biasa dengan keypad tu.
Yelah, dah guna S3 dari Jun 2013 sampai la 6.5.2015.
Mestilah jari jemariku dah sherasi berdansa dengan keypad dan saiz S3 tu.


Buat sementara waktu, nizam belikan no baru.
Dah ler no Maxis. Tak suka. Nak Celcom jugak.
Sehari dua ni kena pergi Celcom Centre untuk dapatkan semula no lama.
Dalam masa 14 hari, masih boleh dapat no lama.


Yang paling susah bila hp tu hilang ialah untuk urusan Maybank2u.
Sebab TAC no guna no hp tu.
Apa-apa transaction kena tumpang guna Maybank2u nizam.
Heeeee, tiada rahsia antara kami. 
Dia jer tatau Maybank2u ayu username dan password apa.


Kalau nak guna jer M2u, ayu akan whatsapp dia.
Suh standby kasik TAC no hehehhee.


Ramai kawan-kawan kesayangan dok suggest beli Iphone6
Atau Samsung S5 & S6.
Amboiii korang ni ingat i kaya raya yer.
Kami ni biasa-biasa jer, saya bisnes suam-suam kuku jer.
Nizam pulak kulikutif jer, bukan eksekutip.
Manalah mampu beli hp latest dan kebabommmm ni.


Dah btau nizam.
Kalau boleh nak S3 jugak, sebab dah biasa.
Dia kata taknak Samsung Grand ke.


Ayu cakap, kalau saiz sesuai ngan tangan (tak suka saiz besar).
Dan camera pixels sama atau lebih besar daripada S3, ok jer.
Sebab ayu kan gila snap gambar. 
Keutamaan ialah spec untuk camera.
Kalau functions lain, tak kesah pun.
Asal dapat guna internet, call, sms, whatsapp cukup dah.
Bukannya haku reti pun guna functions canggih-canggih.
I is tak minat gadjet, guna untuk keperluan saja.
Apa lagi nak jenis biar papa asal bergaya.
Memang tidak ler. Nizam pun sama, dulu sampai pakai hp ikat getah!
Ok, itu lawak hahahha.


Jadi buat masa ni, ini no sementara saya:
017 - 306 2007


Jika ada antara yang baca blog ni pernah contact saya tentang ABDR.
Boleh contact semula.

Sebab beberapa hari sebelum tau ada beberapa orang contact saya.
Tak sempat nak closed the deal.


*Saya doakan semoga yang dapat hp saya tu diberikan hidayah. Dan jika dia guna sendiri atau jual hp tu, semoga hp tu digunakan untuk kebaikan (wp kita dah dapat agak setakat mana kejujuran dia tu kan?), tapi hidayah itu, Allah yang punya. DIA yang jaga dan pegang hati manusia.


Saya redha hp tu bukan lagi milik saya, dan semoga ujian ini adalah asbab untuk Allah berikan pengampunan pada saya dan saya yakin, DIA pasti dah sediakan yang lebih baik untuk saya. Bukankah setiap ujian Allah ada hikmahNya?


Wow! 
Panjangnya entry, ni kira cover untuk 17 hari sepanjang bulan Mei. 



No comments: