Wednesday, June 10, 2015

Cuti Sekolah di Besut

Salam semua.

Tajuk pasal cuti di Besut.
Tapi menaip entry-nya masa dah kat Keratong!
Kat Besut internet takleh on langsung kat labtop.
Stress giler rasa takleh buat kerja.
Susah hati pun yer jugak, yelah orang dah bayar gaji.
Tapi iols takleh buat kerja.
Syukur boss memahami.

Buat masa ni, hp masih belum beli lagi.
Huhuuuu sedeh!
Seksa iols guna tab yang manjang kena sambung ngan charger.
Dah la internet slow, processor tab tu pun slow.
Slow berganda-ganda, maka darah naik ke kepala bila guna.


Sekali sekala jer gigih jugak update FB.
Itu pun asik menayang gambar hariz tak pakai baju!
Else, tayang buah pelam hahahaha.

Maklum ler, kat Besut sekarang ni musim buah pelam.
Pelbagai jenis pelam ado, kecuali Pelam Harum Manis takder.

Rezeki pun murah jer, jiran-jiran bersilih ganti kasik sedekah pelam.
Kembung pelam iols balik kampung seminggu.
Lancor sistem pencernaanku hahahhaa.


Kami bertolak ke besut (dari keratong) hari Isnin lepas.
Balik Keratong semula Isnin kelmarin.
Jadi, genap seminggu kat Besut.


Dok sana kepanasan giler.
Tatau nak pergi mana dah.
Dapur panas, ruang tamu panas, beranda panas.


Terus insaf.
Terbayang macam mana seksanya mangsa banjir di Kelantan.
Dah setengah tahun kejadian banjir besar.
Masih ada lagi yang duduk dalam khemah.
Allahu, mengadanya aku ni kan.
Panas sikit mengeluh. Kipas siling ada, kipas meja hadap ke muka
Pun mengeluh panas!


Panas dunia boleh mandi, boleh berkipas.
Panas akhirat nanti?
Nauzubillah, semoga kita tak merasa la panasnya di akhirat.


Esok maybe kami balik Semenyih dah.
Tazzabar nak balik rumah sendiri.
Rindu.

Rindu pada internet yang agak laju berbanding kat kampung.
Rindu pokok bungaku. Entah apa nasibnya huhuuuu.
Rindu nak bergolek atas tilam sendiri dengan pasang ekon.


Ok, entry tak berguna langsung. Hahhahhaa.
Bye!

1 comment:

cik hani said...

haah..Terengganu memang panas musim ni.
umah saya memancar panas kalau pagi ke tengahari. masuk pukul 2 dah tak panas sangat sebab berangin jer