Tuesday, June 23, 2015

DIA... ISTERI LUARBIASA

Wah gitew, tetiber buat posting pasal drama melayu.
Actually, ayu tak minat sangat layan tv, lagi-lagi drama yang siarannya waktu Maghrib.
Bila melekat ni seksa kan?

Eh, kejaplah solat... eh kalu solat time iklan tak khusuk.
Nak laju ajer siap solatnya hahaha.
Astaqfirullahala'zim Ayu. Demi drama ko lewatkan solat.


Erk... tapi sejak ada dekoder astro buleh rekod ni.
Takder masalah lagi nak tengok citer pukul berapa pun.
Rekod saja, lagi heaven tengok sebab boleh forward dengan kelajuan 30x ganda.
Jangan buang masa tengok iklan, lagi-lagi tv3 kan.
Iklan lagi panjang dari siaran ditayangkan. Bosan!


Kalau slot drama pukul 7pm - 8pm kat tv3 tu.
Kiranya daripada 10 drama, 1 jer ayu tengok.
Itu pun bergantung pada pelakon.


Tapi, bila Nur Fathia berlakon, weeehuuu i suka.
Drama Dia... Isteri Luarbiasa
Terus dari tengok preview kat tv dah tanam azam nak tengok.
Amboi! Tanam azam terus, over!


Sekali, bila tengok citer Dia... Isteri Luarbiasa ni.
Nizam dan dania pun terjebak sama.
Amboi! Anak dara weols tu, dah layan citer cinta hokey!

Nizam pun sama naik.
Siap pesan suruh rekod kalu dia kerja.
Kalau tengok pulak, siap dia buat ulangtayang lagi,
Especially bila tak dapat concentrate bila hariz memekak time tengok tu,


Citer Dia... Isteri Luarbiasa ni adaptasi novel yer.
Eh! Memang trend banyak filem dan drama melayu kini adaptasi dari novel ke?

Takder idea dah ke?
Atau tu memang strategi nak tarik penonton.
Whateverlah, bukan ayu baca novel pun.


Citer ni sweet la.
Tapi macam ala-ala tak sesuai dengan ajaran agama Islam.
Buleh nak kawen sebab nak anak jer?
Dah dapat anak, mintak cerai. Amboiiii!

Nanti ada la yang ikut kan?
Bahaya juga cerita macam ni kan?
Tapi, i layan jer hahahhahha.
Mana baik tu ikut jer lah. Ada akal fikiran, nilailah sendiri.
Banyak jugak part ada pengajaran.


Between, wahhh! i suka la pelakon lelaki tu.
Nama Shukri apa ntah. Nizam tau. hahahhaa
Laki aku, bab retis dia jadik rujukan i selepas google.

Tumpang lalu Abang Hensem... hehehehhe


Dia siap cakap masa awal-awal drama ni ditayangkan,
Katanya, lagu ending tu suara "Dewi & Raden"
Ayu cakap, takkan laaaa.
Dia menjawab lagi... 
"Cuba dengar betul-betul, kan suara dorang tu"
Ayu tetap tak caya hahahha.

Tapi bila dah few episod lepas dah tunjuk ending dorang nyanyi kat studio.
Baru ayu caya!
Sedap la suara dorang.
Suara Raden tu serak-serak basah seksi gitew.
Suara Fathia pun not bad. 


Eiiii... tak sabar nak tengok camner jadiknya kat Kak Long Zahra tu.
Bila dia tau laki dia ada skandal ngan Fatiha.


Pastu, apa akan jadi pada Eda nanti.
Eiiii, takutnya ada bff yang kita anggap macam adik beradik.
Tapi ada longkang busuk dalam hatinya.


Dan of course nak tau.
Apa kesudahan hubungan Kem dan Dr. Akma.
Hihiii... comel jer episod semalam'
Bila Dewi suruh Raden tolong transform/bantu Kem jadi maskulin.


As overall, semua pelakon dalam citer ni best.
Pandai Zeila Jalil pilih pelakon, sesuai dengan watak.


Saper layan citer ni?
Kalau belum terjebak, ayu nasihatkan JANGAN jebakkan diri.
Nanti terus melekatttttttt!
Hehehhehee.

KBye!


IMAGE SOURCE: Google Image

3 comments:

Rizziela said...

Saya pun dah start melayan.. best gak ceritanya

cik hani said...

ada jugak tengok time berbuka puasa.sbb buka puasa makan depan tv

Fateha said...

ye kak ayu..
sama la kita..
xpenah2 tengok drama time senja..kikikiki