Wednesday, June 24, 2015

Pegang Pensil pun Tak Betul Lagi!

Tahun depan hariz dah masuk umur 5 tahun.
Dah nak sekolah tadika.

Kesian dia berbanding dania.
Kat sini takder banyak pilihan tadika.
Dania dulu, kami survey beberapa buah tadika jugak.
Antaranya Smart Reader, Little Caliph, Nuri.
Dan juga few tadika yang takder nama sangat.
Tapi semua tadika tu nampak very presentable *buleh guna ayat ni?

Kat sini, ke PASTI je lah jawabnya.
Takperlah, asalkan sekolah.
Nak ajar bersosial sikit.
Asyik nak berkepit dengan mama ajer.


 Semangat nak belajar tu dah ada. Cuma mama dia yang tak rajin melayan hahahhaha. Selalunya, hariz akan request, cakap: "Mama, Alish nak blaja"

Belajar menconteng. Pegang pensil pun tak betul lagi. Dah dia selesa macam tu, biar ajerlah. Nanti, lama-lama pandailah tu. Maybe itu dah style dia.



Nampak, ketekunan tu.

Ayu ada belikan set Read Easy (Cory the Cat).
Ayu beli online kat selller di Instagram.

Set Bacalah Anakku beli kat Pustaka Rakyat jer.
Sampai skang ni Buku 1 pun tak abes lagi hahahhaa.
Ni mama dia yang malas sebenarnya.

Tapi sikit-sikit dia dah tau sound the alphabets tu.
Sebab dia lagi suka layan CD berbanding mama dia ajar.

Selalu dia sendiri pasang.
Pastu, dalam 10 minit... CD tu akan ditukar pulak ke CD Ultraman!


Okey... nak ajar anak jangan dipaksa hehehe.
Untuk anak-anak ayu, ayu tak memaksa.
Biar dia nikmati zaman kanak-kanak dia dulu.

Buat masa ni, belajar dulu pegang pensil hahah.
Dasar mak pemalas ajar anak.

Eh tapi hariz suka 'baca buku'.
Nanti ayu share gambar buku-buku cerita dia.
Ala tak banyak pun.
Ada yang beli khusus untuk dia.
Ada juga buku masa Dania kat Nuri dulu.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...