Wednesday, June 17, 2015

Persediaan Sambut Bulan Ramadhan

Esok kita akan start berpuasa.
Macam mana persiapan Ramadhan korang?
Tak kira la persiapan atau perancangan ibadah atau urusan harian.

Kalau wanita samada yang dok rumah (macam saya ni haaa)
Atau yang bekerja.
Mesti dah start rancang macam-macam kan?


Sebenarnya perancangan ni bagus.
Ia memudahkan urusan kita.


Ada yang share resepi berbuka dan bersahur untuk sebulan.
Wah! Mak suka. Boleh laa tiru.
Hari ni nak 'copy-paste' menu Ramadhan daripada Cik Nadiah Hanum.
Tapi, rasanya kena 'edit' sikit resepi tu.
Sebab tak semua benda ayu tau buat hahahaha.
Iyer uols, mak sendu bab masak-memasak ni.


Bercakap pasal menu Ramadhan.
Ada pulak terbaca orang up status tentang kenapa dok sibuk rancang menu.
Bukankah bulan ramadhan ni bulan ibadah.
Jangan la pentingkan 'perut dan tekak' ajer.

Hmmmm. Sebenarnya benda ni terpulang pada individu.
Macam ayu cakap kat entry sebelum ni.
Hal ibadah, seeloknya cubalah kita tak perlu share segalanya.
Tak semestinya orang yang dok share pasal persiapan berbuka dan raya tu tak beribadat.
Entah-entah dia tu lagi hebat ibadahnya daripada kita yang kononnya dok fokus ibadah ni.
Don't judge the book by its cover hokey!


Perancangan menu ni sebenarnya memudahkan lagi urusan ibadah khusus kita.
Dah tu, kalau tetiap hari dah setengah jam dok pening nak masak apa.
Pastu, kalut pulak bahan tak cukup untuk masak menu kita nak masak tu.
Lagi sendu, resepi pun tatau hahahaha
AKU LER TU HEEHEHH.
Bukankah itu sedikit sebanyak boleh buang waktu untuk ibadah khusus kita?

Lagipun jangan lupa.
Masak-memasak pun ibadah kan?
Kita masak niat kerana Allah.
Untuk jamu diri kita, keluarga dan mungkin orang lain untuk berbuka puasa.
Bukankah ia juga bakal dapat ganjaran pahala yang besar?


Jadi, tak perlu kot nak sindir-sindir orang kan.
Kalau kita rasa perkara tu kita nak ikut, ikut jer la.
Taknak, sudah.


Macam ayu, yang memang sendu abadi bab masak-memasak ni.
Menu-menu berbuka dan sahur tu memang penting.
Dah tu... takkan dalam sebulan asyik nak ulang tayang menu sama.
Ayam masak merah, ayam kicap, kari ayam, masak lemak ayam.
*Kitorang kurang makan ikan sebab ayu tak suka siang ikan hahahha.


Lagi pun, tahun ni dania dah semangat nak puasa.
Ayu dan nizam tak memaksa dia puasa.
Lagi pun, dalam Islam... anak disarankan ajar penuhkan solat 5 waktu dulu.
Puasa tu, takper lagi.
Sebab ramai yang puasa, tapi tak solat.
Kukuhkan dulu 'tiang', baru buat yang lain-lainnya.


Jangan kita sebagai ibu-bapa dok banding anak-anak puasa berapa hari.
Kadang-kadang, mak ayah yang lelebih membanding ni.
Tak cukup membanding bab exam, bab ibadat pun nak banding-banding.


Ikutkan, kalau ayu sorang waktu sahur.
Makan lauk telur mata dan kicap dah syorgaaa dah.
Kali ni nak beli serunding, sambal hitam ikan bilis dan tempe sambal kacang jer.
Senang hidup aku hehehhee.
Alah, takat sahur makan apa sangat kan.
Yang wajib makan ialah 3 biji kurma.


Nanti ayu share menu berbuka sebulan yang ayu copy-paste dan edit sikit yang ayu ambik daripada blog Cik Nad. Terima kasih yer Nad, dan halalkan menu u yang mak edit ni hahahah. Mak tak reti la masak yang bombastic macam u.


Okey, sekian bebelan menjelang Ramadhan.

3 comments:

Diana Din said...

Salam Ramadhan..semoga diberi kesihatan untuk menunaikan ibadah Nya tahun ini ^_^*

Nadiah Hanum Wahab said...

Ehhh patutlah mak rasa cam diawang-awangan...rupanya namaku diseru disini! Hahaha...jom lah ayu kita cuba masak sendiri utk family berbuka...dah jadi mak2 kannn..tak reti2 lgi nak insaf? Hehehe...yg nak mengata tu, biarlah...kita doa jer yg baik2 utk diaorg...slamat beribadat ayu...;)

cik hani said...

salam Ramadan kak ayu..
merancang menu bukan lah bermaksud pikirkan nafsu dan makan sahaja di bulan puasa.
jika mempunyai keluarga kite nak kena pikir jugak perut dan selera suami untuk berbuka kan.
Hal ibadah tu antara kita dan Allah, ikhlas atau tak, semua Allah tahu kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...