Monday, June 15, 2015

Selepas 2 Minggu Cuti Sekolah

Salam semua.

Dah! Sudah la tu... cuti sekolah 2 minggu dah abes dah.
Kembalilah ke alam nyata hehehe.

Jalanraya pun confirm dah start busy semula kan?
Dari zaman ayu kerja lagi, selalu sembang ngan nizam.
"Kenapa bila cuti sekolah jalan tak sibuk, takkan mak-bapak cuti manjang jugak kot!"

Amboi, nampak tak disitu, kami dulu komited dengan kerja.
Eh! Bukan ke masa ayu kerja dulu dania masih tak sekolah tadika pun hehe.


Tapi, bila anak dah sekolah, baru kami faham.
Inilah masa mak ayah nak menumpang cuti sama.
Walaupun ayu tak kerja, nizam pulak jenis kerja outstation.

Jadi, kebetulan dia kerja kat Palong, Negeri Sembilan.
Rasa dia pun cuti sama. Mudah nak balik kampung.

Seminggu di Besut, seminggu di Keratong.
Weekend lepas (Jumaat - Sabtu) kami ke Melaka.
Hantar anak sedara nizam masuk Politeknik Merlimau.
Bermalam di Homestay area bandar Melaka.

Tapi, gi Melaka kali ni tak macam pegi Melaka sangat laaaa.
Sebabnya kami tak tawaf Mahkota Parade dan JJ Ayer Keroh.
Well, kalau tak pegi Mahkota Parade (at least), macam tak gi Melaka hokey!
Nampak sangat kaki merayap kan?


Kami cuma ke Zoo Melaka & Night Safari.
Pegi Jumaat malam sabtu tu.
Melawat rakan-taulan Nizam dalam zoo melaka di waktu malam.
Perasaan? Hahhahaha, pepaham jer la kan.
Mana kena ngan jiwa ayu pegi Zoo.
Tapi, asalkan budak-budak happy, buat-buat la happy sama kan.

Lepas tu, kami just pegi makan ikan bakar kat Alai.
Balik, terus membuta.

Esok tengahari dah balik. Oh! Rasa macam mimpi.
Ke Melaka ke hakuuuuu? Sebab tak macam biasa kami pergi huksss!


Hari ni, dah start sekolah.
Semangat dania pegi sekolah agama kejap tadi.
Tak sabar la tu nak tau result peksa dia tuh.


Hari ni dah masuk pertengahan bulan Jun 2015 dah kan.
Cepatnya lahai masa berlari.
Hari Khamis ni InsyaAllah kita akan start berpuasa.

Semalam dah beli dah buah kurma.
Yusof Taiyooobbbbbbbbb

Nizam cakap: "Wah, semangat nak puasa"

Pastu, beli jugak rempah ratus untuk masak.
Bunga cengkih, bunga lawang, segala tu laaa.

Nizam cakap lagi:
"Banyaknya beli benda ni, bila nak masak"

*See, perkataan benda ni! Nampak sangat dia tatau apa nama bahan tu semua!


Eh, dia tatau, bini dia beli stok untuk setahun terus.
Macam ler tatau bini dia 'rajin' masak!
Well, beli sesajer nak buat deko-deko kat dapur hahaha.
Lawa pulak tengok kengkawan dok share gambar rempah-ratus isi dalam botol.
Buleh gitew?


Oh yer,
Untuk bulan ramadhan ni, ayu akan lebih update pasal dekorasi rumah.
Of course daripada sumber Google Image.
Rumah i tak lawa, tak payah nak tunjuk sangat heheehe.


Saja jer nak kasik korang cuci mata dan amik idea nak deko rumah untuk raya.
Well, apa pun berbelanja ikut kemampuan.
Ramadhan bulan untuk beribadah.
Semoga kita tak terpesong daripada tujuan sebenar  bulan Ramadhan.


Cuma, hal ibadah. eloklah kita 'simpan sendiri'.
Cukuplah kita dan Allah saja tau.
Semoga Allah bersihkan hati kita daripada perasaan riak secara tak sengaja.
Amin.


Ok, jumpa lagi. Wassalam :)

No comments: