Monday, June 1, 2015

Setengah Tahun 2015 Telah Berlalu...


Terasa masa berlalu sangat pantas?
Alhamdulillah, itu tandanya kita bahagia.
Cuba check lemak kat perut, ada berapa cm agak-agak tu? 
Hehehe. Makin banyak cm-nya, confirm makin bahagia.
Auwwww, dasyat 'ukuran bahagia' yang ayu kasik.
Seram mak!


Well, sepanjang 6 bulan dalam tahun 2015.
Nikmat yang paling ayu syukuri ialah masih bernafas lagi.
Masih lagi bersama keluarga yang ayu sayangi.
Tak kira la sayang sikit ke sayang banyakkkkk, tapi itulah namanya keluarga.
Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakitnya.
Tanpa salah satu darinya, pasti terasa kehilangan.


Dalam usia sebegini, matlamat hidup hanya untuk bekalan akhirat.
Juga, untuk anak-anak.


Ayu tidak lagi berimpian nak berkerjaya hebat seperti dulu.
Tidak lagi mengidamkan kediaman mewah dan gah.
Cukuplah sederhana saja, dan mencukupi.


Kerana seiring dengan usia, kematangan dan keinsafan.
Tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan untuk bertemu Pencipta dalam keadaan diri yang telah bertaubat atas dosa-dosa lalu. 


Tiada apa yang lebih menguntungkan dunia dan akhirat bila zuriat kami akan menjadi salah satu sumber untuk kami ke syurga, dan terhindar dari neraka.


Tiada apa yang lebih membahagiakan bila dapat bersama keluarga, melihat manisnya senyuman di wajah orang tua menyambut kepulangan anak cucu. Rumah yang sunyi kembali bergegar dengan suara tempikan saya menjerit pada hariz hahahhaa.


Belajar bersyukur dengan nikmat 'percuma' yang Allah berikan, yang seringkali kita lupakan. Sedangkan, itulah nikmat yang tidak mampu kita beli dengan wang setinggi gunung sekalipun.


Batuk tak sampai seminggu, selera makan juga tiada, demam menyelimuti badan, gastrik turut bertapa diperut... sakit kepala dan migrain mengegarkan kepala. Kini daku mula merindui kesihatan yang selama ini dianugerahkan kepadaku.



Maka, nikmat yang manakah lagi yang hendak kita dustai?

1 comment:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

syukur alhamdulillah ... bak akta kak ros ..syukurlah malaysia masih aman ;-) .. nie mak yong ni dok counting days ;-)