Friday, July 31, 2015

Beli Items Deko di Mid Valley Megamall

Isnin lepas, nizam ke opis TNB Bangsar.
Terus saya pun nak ngikut sama. Nak pegi Mid Valley Megamall.

Rasanya, last pergi sebelum hariz lahir.
Maksudnya, dah lebih dari 4 tahun. Waaa lamanyaaaa.
Rindu giler kat tempat kitorang berdua dok 'ukur' dulu.



Dah tu, dania pun sibuk juga nak ikut.
Pandai-pandailah dia kalau kena marah ngan cikgu.
Dari hari Rabu lepas tak sekolah, ni sedap jer sambung lagi sehari.


Nizam drop-by kitorang 3 beranak kat tepi Mid Valley.
Then, dia terus ke opis.
Masa tu, baru pukul 11am, maka Mid Valley tu kami yang punya!
Heaven jalan pepagi on weekdays ni. 






Kami bekfes dulu kat KFC, then mulakan misi masuk dalam JJ.
Memang tujuan utama nak gi JJ dan Kamdar jer pun.
Takder minat dah nak masuk kedai-kedai baju, kasut, mekap dan beg segala.
Zaman sebegitu telah lama daku lupuskan dari ingatan... gitew.
Kini, nafsu nak shoping barang rumah dan deko-deko jer.



Misi pun bermula....
Lalu kawasan macam ni dengan anak-anak memang seram!
Dania ok la dah besar, malah dia yang bising mulut cakap:
"Hariz, jalan elok-elok...Hariz jangan pegang"

Fuh! Jalan lelaju jauhkan diri dari kawasan berbahaya ni. Buat masa sekarang, belum berminat lagi dengan pinggan mangkuk dan barang dapur. Jadi, takyah buang masa nak belek-belek.



Kawasan ni yang saya spent masa berjam-jam!
Puas hati window shopping tanpa ada nizam heeehee.
Kalau dia ada, dia bukan suruh cepat atau bising ke apa.
Cuma tak selesa bila dia berdiri jer menunggu. Saya ni semua benda nak belek-belek. Nak beli pilih yang betul-betul berkenan. Bukan main sebat amik jer coz nak cepat punya pasal.



Huh! Nasib baik tak kena tegur ngan Promoter JJ. Tapi dorang main camni sekejap jer, tu dania tengah larang adik dia nak naik atas karpet tu. Terus hariz patuh!


Sempat jugak pegi Kamdar. Itu pun letih menapak.
Biasalah, MV ni kan besar. Dah berumur, jalan lama sket dah mula lenguh!
Tak beli apa pun dalam Kamdar, mahal kain-kain kat sini.



Ini jer yang beli setelah berjam-jam dalam tu. Yang jadik lamanya sebab menunggu nizam datang.









Ini diluar perancangan. Tengok langsir ni cantik pulak.
Dah beli langsir, nak pulak beli cadar. Aishhhh!
Ada offers, so tu yang beli. Ok la, 2 items ni baru RM150+

Langsir dan cadar ni untuk bilik dania.
Tak pasang lagi, sebab tunggu nizam pasang railing langsir.
Huhuuuu bertahun pindah, railing tak buat lagi.

Bila balik rumah, baru perasan... warna langsir ni sama daaa dengan warna 2 cadar sebelum ni: biru dan pink.
Alahai, mata ni dah kenapa suka warna macam tu. Ikutkan tak minat pun warna biru. Iskkkk.



Table runner untuk meja makan.

Bila dah pasang, rupanya yang jalur tu untuk meja 8 kerusi.
Tapi ok la masih sesuai dengan meja 6 kerusi.
Saya pakaikan kat meja SOHO. Lipat 2, just nice jer

Yang pink tu baru betul untuk meja 6 kerusi.
Plan asal nak letak atas rak dalam bilik Dania, tapi dah guna untuk meja makan.
Takper, buleh tukar-tukar pakai nanti.



Sarung throw kusyen. Mahal sket RM29.90 selai. Beli 3 helai ajer.
Bila pasang langsir kelabu nanti, buleh la match dengan langsir.



Pegi pulak kat area bunga-bunga.

Nak beli bunga hydrangea, tapi cuma ada kaler merah menyala dan purple jer.
Tak berkenan pulak kat mata ni bunga kaler camtu.
Bunga orkid pun tak lawa.

Lastly, beli pokok daun-daun tiruan ni.
RM5.90/setangkai. Beli 6 tangkai jer.
Letak dalam pasu Ikea ni. Dijamin subur sepanjang zaman!

Buat masa ni, rumah kami takder lagi deko-deko raya.
Nantilah cerita lain entry... 

Raya Kedua 2015

Ahad Nizam & the geng dah kena kerja kat Kuantan.
Alhamdulillah, ada hikmahnya, dapatlah balik Besut.


Pagi-pagi dah siap berkemas. Tak sabar nak balik rumah mak sendiri.
Pukul 12.30 tengahari baru bertolak.
Abang nak bertolak ke Besut lepas Asar.

Meriah kan? 




Mak nizam kasik seplastik besar rambutan. Ni kerja Hariz dan cousin dia, pepagi dah makan rambutan.




Dania bersama jubahnya.
Kalau sesaper nak tempah, boleh tempah melalui saya untuk raya haji ni.
Masih dalam proses berunding dengan tailor tentang harga.

Nak tempah atau nak tau lebih lanjut, boleh contact saya.




Abaya saya beli online.
Kebetulan cutting dan design lebih kurang sama yang tailor buat untuk dania.




Inilah aktiviti Hariz bila naik kereta. Pilih VCD.
Nak dengar lagu kat radio pun dah susah. Boring betul asik cd otromen jer.




Si hensem pujaan hati. Hensem kerrrr?




2 jelitawan dijiwa nizam sedang membuat cobaan wefie. 



Dah ada geng nak melarams! Best bila anak dah makin besar.



Port feveret Hariz! Celah-celah seat






Mulai mengantuk nampaknya!



Fuh! Dapat mama papa dengar lagu raya.

Alhamdulillah, selamat sampai Kemaman sebelum Asar.
Jalan pun tak jem. Sedap jer tidur sebab anak-anak pun tidur. hehehe.

Nizam terus ke Kuantan lepas tu.
Kami teruskan perjalanan ke Besut.
Sampai Besut dalam pukul 8pm.


Yer, itu saja cerita raya kami.
Mati kutu ler jugak sebab raya ketiga nizam dah kerja.
Gini ler nasib anak-bini TNB. 
Takper, sabar jer lah... janji masyukkkkk :)

Ok, bye!

Thursday, July 30, 2015

Raya 2015: Selamat Hari Raya - Outdoor

Hari raya... satu rumah jer pergi berjalan. Seharian melanguk kat rumah jer. Siap nap lagi. Best ke best raya camtu?


Cobaan wefie dalam kereta yang tetaplah tak menjadik. 



Pantang nampak bunga!Not bad la kualiti gambar camera Samsung Grand Duos Prime ni.
Tapi, saya tetap suka Samsung SIII huuuuhuuu.



Korang ni dah kenapa?
Kutub Utara vs Kutub Selatan dah rupanyanya.



Baru dapat snap gambar Hariz sesorang.
Itu pun dari tepi jer, pun boleh laaa daripada takder.

Dah balik beraya, baru snap gambar beramai-ramai depan rumah. 

Eh! Bunga lagi... depan rumah nizam.


Dania carik Lady Bird. Suka sangat main ngan benda alah tu.


Otromen di mana saja melekat kat tangan.



No Captions hehehe.



Tak payah Captions dah. Malas nak taip.
Let the picture do the talking.
Gambar sepesen jer pun.

 









Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin

DARIPADA;
Ayu Rashid & Keluarga.



Raya 2015: Selamat Hari Raya - Indoor

Amboi! Gambar raya pun ada Indoor - Outdoor hokey!

Since raya hari Jumaat, maka agak kelam-kabut la sikit sebab kaum lelaki mengejar untuk solat Jumaat pulak. Konon dari pagi nak bergambar se-family sebab ni first time raya 4 beradik nizam ada semuanya. 


Tapi, biasa la raya kan. Sorang ke sana, sorang ke sini... tu pun belum kira dengan sibuk makannya, eh!. Jadi, memang tak bergambar pun pagi - petang tu. Saya ni, dah petang waktu zuhur tu siap cuci dah baju dan tudung. Jemur siap-siap tengah panas, kot petang nak pakai lagi. Takleh tukar baju lain, sebab nanti dah tak feel raya. Saya tak selesa pakai semula baju yang dah bukak, pastu pakai semula tanpa basuh. 


Sesi bergambar pagi, hanya kami berempat jer, itu pun dalam rumah. Petang lepas asar nak keluar raya rumah sedara mak nizam, baru bergambar beramai-ramai. Itu pun adik bongsu dan abah nizam takder. Maka, tak lengkaplah juga sekeluarga nizam. 


Itu tak penting, yang penting gambar kami berempat lengkap! Hehehhee. Oh! maka jadiklah sesi bergambar Indoor dan Outdoor. 


Kita mulakan gambar indoor dengan gambar cobaan wefie yang tidak begitu suksess. Nampak sangat kami ni tak biasa wefie! Tapi tetap nak ado jugak gambar wefie. Baru ikut trend. Gitew!

Tak semenggah semuanya!

Okey, kita tayang gambar yang molek-molek pulok yer. Tahun ni banyak gambar raya, cuma saya share gambar kami berempat ajer.


Pantang mundur kecuali oprasi.
Penangan COC! Kalau COC ni ada gaji untuk pemain dia, lama dah nizam jadik jutawan. 

Dania tukang snap gambar.
Ni nak amik gambar sofa ke mama dia tatau la. But, not bad... sebab gambar jauh ni nampak ler kurus sket mihmihmihhh



Cat lovers!
Di mana ada kucing, di situ ada Dania. Ikut papa dia suka kucing.

Kami tak jadi pakai jubah biru. 
Sebab bila tengok warna baju kurung moden belah tepi ni match pulak dengan kain baju kurung pahang. Kebetulan sangat. 

Since saya suka pakai baju bercorak + kain plain, maka terus pakai. Baju kurung pahang pasangan kain ni, pakai lain kali jer. Dah jadi tema Sweet Dreams baju raya saya dan dania, sebab corak stripes ala-ala cadar gitew :)



Sopan di sitew!



Papadom & anak-anakmya

Mamadom & anak-anaknya. *amboi pipiku, gemuknya!

Dah transfer gambar kat labtop, baru perasan takder gambar hariz sorang-sorang.


Gambar di sofa yang korang pun taknak lepaskan peluang snap kan?
Supaya nampak suasana raya.


Nak jugak gambar kat sliding door. 
Baru bertambah feel raya kan?



Next entry, kita sambung gambar Outdoor pulak. Alah, gambar depan rumah jer pun hehehe.
Tapi best sebab dah dekat pukul 7 malam, suasana rasa sejuk dan view pun cantek jer.
See ya!

Wednesday, July 29, 2015

Raya 2015: Satu Pagi di Hari Raya

Kita mulakan entry pagi raya dengan tayang muka budak tak mandi lagi, tapi dah memandai bukak balang biskut raya. Eiii, dah la mama dia cuma bawak balik 2 jenis kerepek ajer, dia pulak lelebih. Dah la mama dia tak tolong masak juadah raya, dia pulak lelebih. Dah ler kat rumah orang... hehehe.

Muka eksaited nak makan kuih raya walaupun belum mandi!

Berangan jugak nak buat biskut raya eceecceee, tapi kemalasan luarbiasa melanda. Lagi pun, daripada buat tak menjadik, baik takyah buat. Untuk tekak sendiri, berani la cuba buat, nak bagi orang lain makan... segan oiiii. Dengan tak sihat laginya... memang tak laaa.


Sudahnya, hari Selasa 2 hari sebelum raya tu, beli jer kerepek pisang dan kerepek ubi pedas kat PKNS Bangi. 



Pagi raya, bila semua kaum lelaki dah pergi masjid, baru bersiap-siap. Masa ni hariz pun belum mandi lagi. Ke mainnn susah nak ajak mandi. Umpan cakap nak pakai baju raya  kaler Black tak? Baru nak mandi.


Gambar balang kuih raya wajib ambik, barulah suasana raya.

Haippp... merasmikan dulu nampaknya.



Juadah raya 


Wah! Bikin meleley ailio la pulak time menaip ni. Sedapnya!


Raya kat felda memang kebanyakan macam ni la kan? Ada "bara'an". Ni persediaan hidangan untuk kaum lelaki. Lepas solat raya, dorang akan berziarah secara berjemaah dari rumah ke rumah. Tahun ni tak ramai, lagi pun raya hari jumaat, waktu pun singkat sebab nak mengejar solat jumaat pulak,


Entry seterusnya, baru kita tunjuk gambar tuan punya blog dan keluarga beraya pulak. Tengah rajin ni... kena keep on the momentum hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...