Friday, July 31, 2015

Beli Items Deko di Mid Valley Megamall

Isnin lepas, nizam ke opis TNB Bangsar.
Terus saya pun nak ngikut sama. Nak pegi Mid Valley Megamall.

Rasanya, last pergi sebelum hariz lahir.
Maksudnya, dah lebih dari 4 tahun. Waaa lamanyaaaa.
Rindu giler kat tempat kitorang berdua dok 'ukur' dulu.




Dah tu, dania pun sibuk juga nak ikut.
Pandai-pandailah dia kalau kena marah ngan cikgu.
Dari hari Rabu lepas tak sekolah, ni sedap jer sambung lagi sehari.


Nizam drop-by kitorang 3 beranak kat tepi Mid Valley.
Then, dia terus ke opis.
Masa tu, baru pukul 11am, maka Mid Valley tu kami yang punya!
Heaven jalan pepagi on weekdays ni. 







Kami bekfes dulu kat KFC, then mulakan misi masuk dalam JJ.
Memang tujuan utama nak gi JJ dan Kamdar jer pun.
Takder minat dah nak masuk kedai-kedai baju, kasut, mekap dan beg segala.
Zaman sebegitu telah lama daku lupuskan dari ingatan... gitew.
Kini, nafsu nak shoping barang rumah dan deko-deko jer.




Misi pun bermula....
Lalu kawasan macam ni dengan anak-anak memang seram!
Dania ok la dah besar, malah dia yang bising mulut cakap:
"Hariz, jalan elok-elok...Hariz jangan pegang"

Fuh! Jalan lelaju jauhkan diri dari kawasan berbahaya ni. Buat masa sekarang, belum berminat lagi dengan pinggan mangkuk dan barang dapur. Jadi, takyah buang masa nak belek-belek.



Kawasan ni yang saya spent masa berjam-jam!
Puas hati window shopping tanpa ada nizam heeehee.
Kalau dia ada, dia bukan suruh cepat atau bising ke apa.
Cuma tak selesa bila dia berdiri jer menunggu. Saya ni semua benda nak belek-belek. Nak beli pilih yang betul-betul berkenan. Bukan main sebat amik jer coz nak cepat punya pasal.



Huh! Nasib baik tak kena tegur ngan Promoter JJ. Tapi dorang main camni sekejap jer, tu dania tengah larang adik dia nak naik atas karpet tu. Terus hariz patuh!


Sempat jugak pegi Kamdar. Itu pun letih menapak.
Biasalah, MV ni kan besar. Dah berumur, jalan lama sket dah mula lenguh!
Tak beli apa pun dalam Kamdar, mahal kain-kain kat sini.



Ini jer yang beli setelah berjam-jam dalam tu. Yang jadik lamanya sebab menunggu nizam datang.









Ini diluar perancangan. Tengok langsir ni cantik pulak.
Dah beli langsir, nak pulak beli cadar. Aishhhh!
Ada offers, so tu yang beli. Ok la, 2 items ni baru RM150+

Langsir dan cadar ni untuk bilik dania.
Tak pasang lagi, sebab tunggu nizam pasang railing langsir.
Huhuuuu bertahun pindah, railing tak buat lagi.

Bila balik rumah, baru perasan... warna langsir ni sama daaa dengan warna 2 cadar sebelum ni: biru dan pink.
Alahai, mata ni dah kenapa suka warna macam tu. Ikutkan tak minat pun warna biru. Iskkkk.



Table runner untuk meja makan.

Bila dah pasang, rupanya yang jalur tu untuk meja 8 kerusi.
Tapi ok la masih sesuai dengan meja 6 kerusi.
Saya pakaikan kat meja SOHO. Lipat 2, just nice jer

Yang pink tu baru betul untuk meja 6 kerusi.
Plan asal nak letak atas rak dalam bilik Dania, tapi dah guna untuk meja makan.
Takper, buleh tukar-tukar pakai nanti.



Sarung throw kusyen. Mahal sket RM29.90 selai. Beli 3 helai ajer.
Bila pasang langsir kelabu nanti, buleh la match dengan langsir.



Pegi pulak kat area bunga-bunga.

Nak beli bunga hydrangea, tapi cuma ada kaler merah menyala dan purple jer.
Tak berkenan pulak kat mata ni bunga kaler camtu.
Bunga orkid pun tak lawa.

Lastly, beli pokok daun-daun tiruan ni.
RM5.90/setangkai. Beli 6 tangkai jer.
Letak dalam pasu Ikea ni. Dijamin subur sepanjang zaman!

Buat masa ni, rumah kami takder lagi deko-deko raya.
Nantilah cerita lain entry... 

2 comments:

Anonymous said...

Hello, I enjoy reading all of your article. I wanted to write a
little comment to support you.

Take a look at my webpage - escorts in Las Vegas ()

YieN said...

nyah.. i baru jumpa blog u.. kejam tak? hahaha.. best best :)