Wednesday, July 1, 2015

Deko-deko Hari Raya Aidilfitri 2015



Alhamdulillah, hari ni dah masuk 1 Julai 2015
Dah masuk juga Ramadhan ke-14.
Esok dah pertengahan Ramadhan dah. 
Allahu, cepatnya masa berlalu.


Kita sembang pasal kemas-kemas rumah dan deko-deko raya.
Korang dah start mengemas ke?
Ke dah shopping sakan?


Wah! Best kan kalu bajet besor.
Buleh raya sakan. 
Takper, kalu ada bajet tak salah pun berbelanja barang rumah.
Kalau ada beli, takder dok dediam.


Buleh ajer deko-deko tanpa keluarkan bajet.
Just keluarkan IDEA, TENAGA & PELUH jer nak ubah deko.
Caranya, tarik-tolak sana sini perabot yang ada hehehe.


Kalau langsir, yang sediaada tu ubah sikit partner langsir tu.
Contoh, jika biasa pasang sheer kaler putih dan day curtain kaler coklat.
Ganti laa dengan kaler-kaler langsir lain yang ada.


Throw cushion punya sarung pun buleh tukar.
Untung kalau pandai menjahit, beli kain jahit sendiri.
Macam ayu, tak reti menjahit.
Kenalah beli dah siap atau upah orang.


Atau, beli table runner.
Modal tak besar mana pun, asal pandai pilih.



Its all about creativiti, trial & error dan effort.
Kalau dah suka deko rumah, memang takleh wat aper kan.
Macam lelaki laaa... kalau dah giler mekap kereta, apa pun jadik.
Keter wira tetiber ada logo mitsubishi.
Ni nizam ler dulu hahahha. Nak pakai Lancer tak mampu,
Dapat logo tepek logo pun jadik leerrr.
Bini yang buta bab kete ni dah naik konpius ahaks!


Eh! Ayu tak bersiap apa pun untuk raya.
Kata raya seminggu lebih kat kampung kan.
Kalau berkemas dan berdeko awal-awal buat penat jer.
By the time balik sini semula, dah bersawang rumah.


Ni sesajer jer nak naikkan semangat nak kemas rumah.
Kemas harian ajer pun. Asyik bersepah ajer.
Banyak sangat mainan hariz, semak jadiknya.


Okay... nanti kita cerita lagi pasal deko-deko
Bye!




1 comment:

nadiah hanum said...

Nad pon tak mendeko apa sgt raya ni...sblm ni ingat nak pasang lampu raya lip lap tu..tp cam tak jadiiii jer!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...