Wednesday, July 29, 2015

Raya 2015: Ho Ho Hoooo Balik Kampung

Dania cuti sekolah untuk raya cuma dari hari Rabu - Selasa.
Oh! Ingatkan sekolah bagi cuti berganti seminggu terus.
Tapi, since nizam tetiber kena kerja kat Kuantan minggu raya tu.
Memang kena pepandai extend cuti sekolah dania.


Elok-elok hari Selasa pagi tu tak silap.
Nizam & the geng dapat panggilan kerja.
Ada tower tumbang kat Kuantan.
Ohoiiii, dengarnya ada malaun tarbus curik besi tower.
Jadi, tower pun tumbang.


Alahai, kan bagus kalu orang curik tu terkena karen melekat terus kat tiang,
Jangan matik dulu, tapi terseksa kat situ sampai orang TNB datang.
Pastu, pakat sekeh kepala secara berjemaah.
Biasa niiiiii. Time orang nak beraya tu la ko buat kerja kan.
Kan dah lariks plan raya, kesian tau kami anak-bini staf TNB ni.
Sebab tu la, uols jangan la sentap kalu TNB bagi 4-5 bulan bonus.
Besar pengorbanan kami tau... hahahhaa.


Mula-mula dapat tau nizam kena kerja,
Saya dah merajuk dah hahahaha.
Ye lah, cuti dah elok-elok apply, kena kerja.
Plan raya dah lariksss... dah la raya umah mak dia.
Takkan saya dan anak-anak nak melangut umah mak dia tanpa dia.
I is kekok tau walaupun dah 10 tahun kawen.
Dah la takder bilik... no no nooooo.
Taknak lah. Menderita daku seminggu kat situ.

Tetiber dapat idea, cuba call abang kat Kemaman.
Kalau dia balik raya kedua atau ketiga, dapatlah tumpang balik Besut.
Sebab nizam dijangka kerja hari raya ketiga (Ahad) hingga 5 hari kot.
Maybe Ahad - Khamis @ Jumaat.

Jadi, raya kedua nizam anta saya dan anak-anak ke Kemaman.
Dia terus ke Kuantan kerja, habis kerja dia ke Besut.

Alhamdulillah. Dapat tumpang abang. Dia nak balik Besut raya kedua.
Jadi, terus muncungku ditarik masuk semula.
Marilah berkemas baju dengan senang hati.


Bagus jugak nizam kena kerja, dapat balik Besut raya kedua!
Kalau tak, rasanya kami tak balik Besut sebab cuti dania sekejap sangat.
Tak sanggup nak redah jalan jem, sehari dua kat Besut dah kena balik.
Penat pun tak sempat hilang.


Maka, insaflah saya.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya hehehhe.
Dan-dan ada hikmah bila saya dapat apa saya nak!
Best, raya kedua dah balik rumah mak sendiri.
Biarlah rumah buruk pun, asal selesa kannnnn.


Kami balik sehari sebelum raya.
Dania sebelumnya dah ikut kakak nizam balik.
Budak tu memang, nak berkawan dengan sepupu-sepupu dia.
Jadi, esoknya kami bertiga jer la balik kendian.


Ke main banyak bawak balik tudung. Bila tudung saya dan dania bergabung.
Letak dalam tudung yang digulung, baru tak berkedut.
Malas nak menggosok sebab tu takleh campur dengan pakaian lain dalam beg.


Dah siap berkemas pada tengahari nak balik.
Kami ke sana-sini memang bawak bantal sendiri.
Kalau boleh, tilam pun nak angkut sama, sebab cadar pun bawak jugak!

Seminggu dalam minggu ni hariz ber*ak-ber*k cair.
Mungkin sebab susu kot. Sampai bawak ke klinik.
Itu yang jadi lambat bertolak. Dalam pukul 2pm baru bertolak.


Dah siap susun barang. Mainan hariz pun dah sebakul, macam mana tak penuh barang.



Kami pun memulakan perjalanan balik kampung.
Dia jer lah duduk kat seat depan. Senang nak tukar-tukar vcd.
Bagus jugak, dok belakang sedap sikit mama dia membuta hehehhee.
Hariz la tukang layan papa dia sembang bila jalan jauh. Mama dia dah sampai london dah.
Muka cengkung taknak makan, harapkan susu jer.


Kali ni hariz tak berapa sihat. Dehydrate. Cuma syukur tak demam.
Tak lama lepas tu dia ke seat belakang dekat mama untuk tidur.


Kami lalu jalan kampung ikut Kuala Klawang. 
Lama dah tak lalu jalan Kuala Pilah walaupun balik bukan pada hari raya. 

Tak suka jalan ni, sebab macam jalan ular kena palu.
Tapi nizam suka, ikut jer la dah kete dia.

Singgah beli lemang 3 batang.


Otromen sempat menunjukkan aksinya.

Dah habes baju rayaku bau lemang!

Kat Pekan Kuala Kelawang, menyinggah pulak alter baju melayu Hariz.
Saya pun menyelit sama alter abaya. 
Well, orang tak berapa tinggi ni bila beli ready made pakaian kenalah alter yer.


Sementara tunggu aunty kedai tailor siapkan alter, kami ke kedai cari songkok hariz.
Sampin takdok, so tak payah la hariz bersampin.


Masa ni dah pukul 4.45pm.
Matik ler menantu tak tolong mak mertua masak!
Dah nak buat macam mana, nizam siap tidur laaaa siangnya.
Tengok tv laa... pastu ke klinik lagi. Memang lambat lerrrr.




Hariz sambung tidur.
Allahu, syukur rezeki Allah berikan pada kami.
Dalam kereta, anak dapat tidur dengan selesa macam kat rumah.
Sampai dengan mamanya sekali pun tidur tak hengat dunia kan.
*Memang saya suka tidur pun hehehe.

Sedih tengok 4 beranak yang naik motor balik kampung dari Sepang - Penang.
Itulah, saya ni selalu merungut, 
Padahal terlalu banyak nikmat dan rezeki Allah bagi.


Alhamdulilah. 
Kami selamat sampai kampung nizam pada jam 6.30pm!
Esok dah nak raya. 

3 comments:

Rizziela said...

Kalau kami x blh mcm tu..kereta kecik..semua kena masukkan dalam beg.. kalau mcm ni senang nak cari kan :D

Aty_Fared said...

kak...cakap pasal tetibe ken kerja time kite eksaited nak raye tu...sama laaaaa.. asben kite slasa tu dah gi out station hokeh... memang majuk...huhuhu

Tengku Madi said...

apa yang berlaku ada hikmah kan ..datang bertandang ni , sila jemput ke rumah saya www.mrtengkuasmadi.com

Selamat Hari Raya