Wednesday, July 29, 2015

Raya 2015: Persiapan Baju Raya

Tahun ni persiapan raya biasa-biasa ajer, kitorang takder la berlebih-lebih bab berbelanja. Ala kadar jer, asalkan ada baju baru, selipar baru dan tudung baru hehehhe. Takder yang mahal pun, kain cap Nagoya dan Jakel jer. 


Lagi pun, dok sini bukan tempat shopping heaven macam Shah Alam. Tu yang tetiber jadi berhemah tu hehehhee. Untuk baju biasa dan selipar pulak, just beli kat IOI Mall Putrajaya jer. Tu jer persiapan raya kami. Simple, under bajet dan huru-hara sangat!



Saya pun dah tak kerja, kalau baju kurung tu... sekali dua pakai terus simpan masuk lemari. Bilalah nak sampai seru jalan-jalan berpoya-poya pakai baju kurung cececceee. Mesti nizam cakap buang tebiat ke minah ni? Hew hewwwwww.


Plan asal, setelah dibincangkan dengan Dania, nak baju raya kaler Royal Blue. Bincang ngan dania hokey, bukan dengan nizam. Nizam ni jenis redha jer apa saya pilih, tak kwase dia nak bertekak hal remeh-temeh pasal baju raya. Asalkan jangan warna pink sudah!


TAPI... bila dah sampai Nagoya Segamat, lain pulak jadiknya. Hariz pulak gedik berkenan kain warna grey. Dania pulak berkenan kaler hijau terkois (eh caner eja, korang paham kan? hahhaa).


Redha jer la, eiiii geram tau. Nasib baik mak nizam ada sama, kalu tak memang takdernya saya nak ikut kehendak budak berdua tu. Kekecik dah pandai memilih kan. Pasrah. Sudahnya, belilah kaler grey untuk nizam dan hariz, sementara saya dan dania kaler hijau terkois. Saya suka dua warna berbeza untuk sekeluarga, tak minat warna 'sekayu' heheehe.


Dania nak pakai jubah, so tempah jubah untuk dia. Saya buat baju kurung pahang jer.


Masa ni sebelum puasa lagi, ingatkan tempah awal dapat siap awal, tempah kat tailor kampung nizam. Sekali... kain tak cukup ohoiiiiii. Mula-mula dalam minggu kedua puasa tu, mak nizam inform kain dania tak cukup. Cukup untuk buat baju kurung saya jer. Dania punya cukup untuk buat kain baju kurung jer. Jubah takleh!


Kesian mak abah pegi semula Nagoya dan Jakel carik kain sama, tapi nan ado. Terpaksalah saya dan nizam ke Kamdar Semenyih carik. Terpaksalah beli kain bercorak. Dapat kain bercorak jalur, yang saya agak match dengan kaler kain dania tu. 




Since dania nak jubah jugak, saya beli kain jubah lain warna biru untuk dia kat Jakel, Segamat. Samakan dengan warna jubah Calaqisya saya sediada. Jadi, raya nanti, berjubah biru-lah kami berdua. 



Sekali tu, terjebak la pulok dengan 2m kain bercorak jalur. Terus grab! Dasar gila kain tak abes-abes, konon nak jimat. Phuiiii. Ini buat baju kurung moden belah tepi, nanti buleh pakai dengan seluar buat jalan-jalan. (takder gambar pulak, sebab baju tu dah tinggal kat kampung, malas bawak balik).




Ingatkan dah setel pasal baju raya, sekali tuuuuu... seminggu nak raya, mak nizam call lagi sekali. Kain untuk baju melayu hariz pun tak cukup! 2 hari sebelum raya baru ke PKNS Bangi belikan baju melayu. Sampel kain takder, jadi main agak-agak jer la kaler caner. Dah tak bebetul sama kaler baju melayu hariz dengan papanya. 





Apa pun, syukur ada jugak beberapa pasang baju raya kan.


Membeli-belah online memang heaven. Lagi best sebenarnya sebab takyah penat-penat menapak bulan-bulan puasa kan. Sedar-sedar... poslaju asyik bagi salam jer... hehhehee. Pandai pulak tu sembunyikan daripada pengetahuan nizam. Well, duit sendiri hokey, bukan ngabihkan duit laki jer. Kang timbul pulak spekulasi disini. Bahaya ohhhhh! 


Tapi, sekali tu terpaksa kantoikan diri jugak, sebab kena ajak nizam gi Bangi ambik shawl yang beli online sebab kalu pos dah tak sempat sampai sebelum raya. Hew hewwww... "Beli apa lagi?"... isteri jawab: Ada laaaa, rahsia". Hahhahahaha. 


Alah, macam la nizam tatau bini dia caner kan? 


Terlebih cahaya keimanan flash la pulak gambar ni.
Kaler lite grey.

Nanti saya share dalam entry lain saya beli abaya dan shawl 2 muka yang lawa gilerssss, selesa dan murah. Saya beli daripada kawan Facebook. Saya rekemen sangat-sangat! Rasa nak beli lagi jer!



Okey... next entry... pasal raya lagi, sampai muntah korang baca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...