Wednesday, July 29, 2015

Raya 2015: Ramadhan Yang Cepatnya Berlalu

Mood berblog dah nak meroyan semula lepas sekian lama malasnya.
Jadi, bila tengok banyak gambar kat hp, sayang pulak jika tak guna untuk blog.
Jadi, saya share di blog sebagai kenangan sendiri dan buat pembaca yang sudi baca.


Actually, semakin lama semakin seram nak share pasal life & family di media social.
Macam-macam kes jenayah boleh berlaku.
Itu belum lagi penilaian orang lain pada setiap gambar dan penulisan kita.


Tapi, bila saya fikir dari sudut positif.
Allah kan ada, DIA yang lebih mengetahui.
Buat apa pun, biarlah ada batasan, dan InsyaAllah saya jaga.
Sebab tu lah dalam blog dan facebook saya tak share gambar family lain.
*Iaitu selain kami 4 beranak, demi menghormati dan jaga privacy mereka.


Okey, seawal 2 minggu pertama Ramadhan lepas.
Saya tak sihat. Demam dan batuk teruk sampai suara pun macam suara itik.
4 beranak batuk sejak sebelum puasa.
Saya kena paling last, dan paling teruk!

Minggu kedua Ramadhan tu, sampai nak bercakap pun susah.
2 hari saya tak puasa sebab tekak terlalu sakit.
Mulanya puasa jugak, dania cakap macam ni:
"Mama, tak payahlah puasa, kesian mama"

Pastu, Hariz amik air masak dalam botol, kasik kat mama dia ni.
Terus saya amik minum. Hahhaaa.
Rasanya memang tak tahan dah sakit perit tu.
Bayangkanlah batuk, tapi takleh minum air untuk basahkan tekak.
Sudahnya, 2 hari berturut-turut tak puasa sebab batuk.

Maka, nanti gigihlah mengganti puasa!


Untuk beri semangat pada Dania, saya buatkan Kalendar Diari Ramadhan Dania.
Semangat dia tampal kat rak buku.
Hari-hari tick dan kira berapa hari lagi nak raya.
Kita dulu pun macam tu kan?
Kira tarikh nak kawen pun buat kalendar macam ni. 
Eh! Sayalah tu hahahhaa.

In fact, kalendar macam ni memang saya buat setiap bulan.
Untuk mudahkan planning dan schedule harian dan bisnes.
Masa kerja pun wajib ada juga untuk setahun terus.
Saya suka guna jenis macam ni berbanding planner.
Datang la planner macam mana pun, tetap saya guna yang saya buat.


Sepanjang Ramadhan, saya kurangkan urusan bisnes.
Saya fokus pada hal lain yang lebih penting.
Blog pun jarang update, malas pun satu hal juga hehehhee.
Sekejap-sekejap jer saya on labtop dan duduk kat workstation.
Itu pun banyak blogwalking tengok deko rumah Minah Salleh.
Oh! Geram tengok tau. Cantek meletops.


Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan usia dan berikan rezeki.
Pelbagai bentuk rezeki sepanjang Ramadhan.
Dia tarik sikittt nikmat sihat, agar saya menghargai nikmat semasa sihat.



Okey... jumpa di next entry tentang persiapan nak balik kampung.

No comments: