Wednesday, July 29, 2015

Raya 2015: Satu Pagi di Hari Raya

Kita mulakan entry pagi raya dengan tayang muka budak tak mandi lagi, tapi dah memandai bukak balang biskut raya. Eiii, dah la mama dia cuma bawak balik 2 jenis kerepek ajer, dia pulak lelebih. Dah la mama dia tak tolong masak juadah raya, dia pulak lelebih. Dah ler kat rumah orang... hehehe.

Muka eksaited nak makan kuih raya walaupun belum mandi!

Berangan jugak nak buat biskut raya eceecceee, tapi kemalasan luarbiasa melanda. Lagi pun, daripada buat tak menjadik, baik takyah buat. Untuk tekak sendiri, berani la cuba buat, nak bagi orang lain makan... segan oiiii. Dengan tak sihat laginya... memang tak laaa.


Sudahnya, hari Selasa 2 hari sebelum raya tu, beli jer kerepek pisang dan kerepek ubi pedas kat PKNS Bangi. 



Pagi raya, bila semua kaum lelaki dah pergi masjid, baru bersiap-siap. Masa ni hariz pun belum mandi lagi. Ke mainnn susah nak ajak mandi. Umpan cakap nak pakai baju raya  kaler Black tak? Baru nak mandi.


Gambar balang kuih raya wajib ambik, barulah suasana raya.

Haippp... merasmikan dulu nampaknya.



Juadah raya 


Wah! Bikin meleley ailio la pulak time menaip ni. Sedapnya!


Raya kat felda memang kebanyakan macam ni la kan? Ada "bara'an". Ni persediaan hidangan untuk kaum lelaki. Lepas solat raya, dorang akan berziarah secara berjemaah dari rumah ke rumah. Tahun ni tak ramai, lagi pun raya hari jumaat, waktu pun singkat sebab nak mengejar solat jumaat pulak,


Entry seterusnya, baru kita tunjuk gambar tuan punya blog dan keluarga beraya pulak. Tengah rajin ni... kena keep on the momentum hehehe.

1 comment:

nadiah hanum said...

Meriahnya raya korang...siap ada bara'an lagi..
Org kg nad takder pon bara'an bagai...