Thursday, July 30, 2015

Raya 2015: Selamat Hari Raya - Indoor

Amboi! Gambar raya pun ada Indoor - Outdoor hokey!

Since raya hari Jumaat, maka agak kelam-kabut la sikit sebab kaum lelaki mengejar untuk solat Jumaat pulak. Konon dari pagi nak bergambar se-family sebab ni first time raya 4 beradik nizam ada semuanya. 


Tapi, biasa la raya kan. Sorang ke sana, sorang ke sini... tu pun belum kira dengan sibuk makannya, eh!. Jadi, memang tak bergambar pun pagi - petang tu. Saya ni, dah petang waktu zuhur tu siap cuci dah baju dan tudung. Jemur siap-siap tengah panas, kot petang nak pakai lagi. Takleh tukar baju lain, sebab nanti dah tak feel raya. Saya tak selesa pakai semula baju yang dah bukak, pastu pakai semula tanpa basuh. 


Sesi bergambar pagi, hanya kami berempat jer, itu pun dalam rumah. Petang lepas asar nak keluar raya rumah sedara mak nizam, baru bergambar beramai-ramai. Itu pun adik bongsu dan abah nizam takder. Maka, tak lengkaplah juga sekeluarga nizam. 


Itu tak penting, yang penting gambar kami berempat lengkap! Hehehhee. Oh! maka jadiklah sesi bergambar Indoor dan Outdoor. 


Kita mulakan gambar indoor dengan gambar cobaan wefie yang tidak begitu suksess. Nampak sangat kami ni tak biasa wefie! Tapi tetap nak ado jugak gambar wefie. Baru ikut trend. Gitew!

Tak semenggah semuanya!

Okey, kita tayang gambar yang molek-molek pulok yer. Tahun ni banyak gambar raya, cuma saya share gambar kami berempat ajer.


Pantang mundur kecuali oprasi.
Penangan COC! Kalau COC ni ada gaji untuk pemain dia, lama dah nizam jadik jutawan. 

Dania tukang snap gambar.
Ni nak amik gambar sofa ke mama dia tatau la. But, not bad... sebab gambar jauh ni nampak ler kurus sket mihmihmihhh



Cat lovers!
Di mana ada kucing, di situ ada Dania. Ikut papa dia suka kucing.

Kami tak jadi pakai jubah biru. 
Sebab bila tengok warna baju kurung moden belah tepi ni match pulak dengan kain baju kurung pahang. Kebetulan sangat. 

Since saya suka pakai baju bercorak + kain plain, maka terus pakai. Baju kurung pahang pasangan kain ni, pakai lain kali jer. Dah jadi tema Sweet Dreams baju raya saya dan dania, sebab corak stripes ala-ala cadar gitew :)



Sopan di sitew!



Papadom & anak-anakmya

Mamadom & anak-anaknya. *amboi pipiku, gemuknya!

Dah transfer gambar kat labtop, baru perasan takder gambar hariz sorang-sorang.

Gambar di sofa yang korang pun taknak lepaskan peluang snap kan?
Supaya nampak suasana raya.


Nak jugak gambar kat sliding door. 
Baru bertambah feel raya kan?



Next entry, kita sambung gambar Outdoor pulak. Alah, gambar depan rumah jer pun hehehe.
Tapi best sebab dah dekat pukul 7 malam, suasana rasa sejuk dan view pun cantek jer.
See ya!

1 comment:

nadiah hanum said...

kemahen ko...siap ada entry outdoor indoor tu! hehee...
untungla ada gak gambar berempat tu...nad takder langsung gmbar kami berlima...nyampah betul anak2 ai, siksa nak ngajak bergambo!