Monday, July 27, 2015

TEASER RAYA 2015

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, kembali ke alam nyata setelah selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dan, seterusnya bersambung dengan Hari Raya. Eh! Dah hari raya ke-11 dah hari ni yer. 


Seronok tengok gambar-gambar raya family & friends di Facebook. Macam-macam kaler pakaian dan pose raya ado. Yang pasti, pose sekeluarga atas sofa wajib ado. Kalau tak, tak sah posing raya kannn?


Lama tak update blog kan.
Banyak nak bercerita, tapi kejap lagi nak bersiap untuk ke Mid Valley. Nizam ada urusan kat opis di TNB Bangsar, jadi bini dia pun nak ikut sama. 


Lama weh tak gi Mid Valley. Rasanya sejak Hariz lahir tak pernah pergi. Plis imagine, 4 years tak pegi kat tempat yang kitorang selalu tawaf dulu. Betapa rindunya nak merayap dalam tu. Dah terbayang dah, nak pegi sana pun just nak masuk JJ dan Kamdar jer hahahaa.


Dah berumur ni, dah takder minat dah nak shopping baju melawa. Rasa nak beli barang untuk rumah jer. Dapat beli sarung throw pillow 2 bijik jadik ler. Kot ada bunga hydrangea atau orkid sekuntum dua pun dah ok. Biasanya items decor kat JJ Mid Valley is more up to date berbanding outlet JJ lain. 


Oh! Kami baru jer sampai ke Semenyih petang semalam. Balik rumah, alangkan kecewanya hatiku, bila tengok beberapa pohon bungaku dah mati kering. Syukur dah ada back-up beli sesiap sepasu lagi pokok money plant spesis besar ni. Sejuk hati.

EH! Biasa kat JJ Mid Valley cantek-cantek pokok bunga hidup. Tapi tatau la mini nursery dalam tu wujud lagi ke tak (bersebelahan dengan tempat jual laksa asam yang sedap.


Ok, ini cuma entry warm-up dan teaser raya. Nanti saya share cerita dan gambar Raya 2015 Ayu Rashid sekeluarga. Jumpa lagi, nak bersiap pakai cantek-cantek nak gi Mid valley. Rasa jakun pulak nak gi KL sejak dok Semenyih ni... hehehehe.

3 comments:

cik hani said...

pokok kami banyak yang layu masa balik kampong.
lepas siram air segar balik..selamattt!!!

Aty_Fared said...

teaser jer kak...??!! sobsob...

lia ummiirfan said...

selamat hari raya dear! :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...