Thursday, August 13, 2015

DIY Gubahan Bunga Orkid

Semalam kitorang 3 beranak pergi Nilai 3.
Nak alter langsir eyelet (nanti cerita lain entry).
Dah alang-alang ke sana.
Terus pegi kedai bunga yang Ayu selalu pergi.
Nak beli bunga orkid, nak gubah sendiri.


Ni kali pertama Ayu gubah bunga orkid.
Nak beli pun, macam terkial-kial gitu.
Pilihan banyak jugak, tapi ayu nak kaler putih.
Nak yang simple ajer.



Ini dia... RM45++ jer.
Main ambik jer, mana sesuai atau tidak, tengok masa gubah jer.



Pasu guna sediada kat rumah jer.
Ayu tau, guna pasu kaca, letak batu-bata dan rumput lagi lawa.
Tapi, demi keselamatan pasu dan anak-anak, guna jer pasu macam ni.
Tak beria sangat pun takper, orkid tetap orkid hehe.




Step 1: Potong span & masukkan dalam pasu

Step 2: Cucuk bunga orkid besar dulu (as master piece)




Step 3: Letak bunga orkid kecik-kecik

Step 4: Letak dedaun atau rumput

Step 5: Ayu selit sikit rumput untuk tutup span

Jika ada aksesori lain seperti bunga kecik-kecik, batu-batu comel ke... bolehlah letak.



Step 6: Bawak dan letak gubahan ke tempat yang kita nak letak.

Baiki-baiki gubahan ikut kesesuaian sudut tu supaya lebih cantik.



Dah siap DIY Gubahan Bunga Orkid dengan bajet kurang dari RM50.



Okey, selamat mencuba!

No comments: