Tuesday, August 4, 2015

Pengalaman dan Panduan Bekerja di Rumah

Bila sebut bekerja di rumah, ramai yang fikir ia mudah. Goyang-goyang buai anak, reply pm/wa daripada customer, masak, golek-golek tengok tv layan filipina (eh!), yadaaaa yaadaaaaa.


Itu yang manis.

Yang kita selalu nak tahu dan nak lalui. Biasalah, kita kan suka yang best-best ajer, tu yang asyik nak berada di alam fana cinta jer.




Tapi, yang pahit dan sukarnya bagaimana?
Pasti ada! Malah, jika tak sabar dan tak fokus pada matlamat, memang harapan... harapan menjadi layuuuuuuuu.



Saya pun macam tu lah. Itulah yang saya lalui. Ada suka, ada duka. Time seronok tu, memang rasa akulah wanita paling heaven dapat layan citer filipina sambil golek-golek hehehe. Tapi, bila time stress tu, ohoiiiiii rasa nak gi kerja semula jer.


EH! Tapi, saya dah berumur, rasa tak sesuai dah nak gi interview semula. I is dah kekok untuk lalui semua tu. Dah rasa anti sosial pun yer jugak. Sadis tak? Mujurlah masih suka melaram lagi hahaha. Kalu tak, hantu kak limah tengok i pun takut nak balik rumah. Seram sangat katanya, lawan tauke pulak tu.



Saya kerap terima pertanyaan daripada pembaca blog, tanya pengalaman dan hal-hal berkaitan kerja dari rumah. Ada yang mintak saya sharing.

Sebenarnya saya segan!


Sebab saya bukan somebody yang dah ada nama dan berjaya. Tapi, bila fikir semula dan ada rakan baik advise saya menulis di blog untuk dijadikan EBOOK, jadi saya pun fikir dengan sedalam-dalamnya dan saya decide untuk mula menulis di blog mengenai perkongsian Pengalaman dan Panduan Bekerja di Rumah.


Saya pegang kata-kata ni:

'Kita tidak perlu jadi hebat untuk bermula"


Jadi, saya akan mulai sharing di kedua-dua blog saya iaitu:



1 comment:

Rizziela said...

kena kuat & prepare utk hadapinya