Monday, August 24, 2015

Pindah Bilik Lagi!

Dania mengada pulak nak bilik lebih besar.
Nanti senang katanya kalau cousin dia nak datang tidur.
Eleh! Padahal dia yang manjang nak gi tidur umah cousin dia.
Gigih la mama dia mengalih katil.
Mujur tak tanggal terus katil antik ni hahaa.
Syahdu nengok katil berikat tali ni, bila la dapat beli baru.


2 minggu lepas, barulah nizam drill railing langsir.
Abah & mak dia datang, jadi abah tolong drill sesamer dia.
Fuh! 3 tahun hokey i saborrr menanti.
Sabor tak sabor jugak la... menyirap takyah cakap la.


Jadi, ketiga-tiga bilik dah pasang langsir elok-elok.
Tapi, by semalam buat lagi tebuk dinding.
Gantung roman blind...panas la takder roman blind.
Gantung bodo-bodo jer pun, sebab tak reti nak masukkan tali semula.
Asalkan tak panas sudah.


Ni Ayu nak share gambar yang sebelum ni.
Petang ni baru nak kemas semula, bersepah dengan habuk.



Ini langsir dan cadar yang beli kat JJ Midvelley bulan lepas.




Dah siap pasang. Biasalah, kalau ready made curtain ni kat JJ ni.
Senteng ler huhuuu. Rasa nak letak kat dapur jer lah. 
Dah pasang roman blind, langsir just pasang sheer curtain lagi lawa dan simple.




Meja belajor pun beralas hehehe.
Ni alas meja makan, lipat dua...sedang elok untuk meja ni.





Hujung kaki katil, lemari baju mama dania 








Semalam gantung lukisan 3 serangkai... nanti ayu update gambornya.
Tunggu tukar langsir dulu, tak lawalah langsir senteng nih.
Tak minat langsir pakai 'skirt'.
Macam pelik je. Letak kat dapur takper sebab tak nampak sangat coz terlindung meja makan.
Lagipun, langsir bercorak macam messy jer. 

Ok jumpa next entry...now masa untuk memasak!


P/S: Redha jer la gambar pecah-pecah..guna internet macam chipsmore macam ni ler, malas nak upload semula, buang masa jer.

1 comment:

cik hani said...

dania dah besar..dah tahu request..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...